Waja Campro CPS pantas

PENGENALAN model Proton Waja dilengkapi enjin Campro 1.6L dengan ‘Cam shaft Profi le Switching’ (CPS) dan ‘Variable Intake Manifold’ (VIM), barubaru ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada peminat model berkenaan, malah berbaloi untuk dimiliki.

Enjin yang dikenali sebagai Campro CPS itu bukan sahaja menawarkan kuasa lebih tinggi, malah memberi tindak balas lebih pantas ketika memecut selain penggunaan minyak yang cekap.


Ditawarkan pada harga RM61,888 seunit bagi transmisi manual lima kelajuan dan RM64,888 untuk versi automatik empat kelajuan, orang ramai kini mempunyai pilihan untuk memiliki kenderaan yang selesa, berkuasa dan jimat.

Selain itu, Proton Holding Bhd turut menawarkan jaminan lanjutan selama tiga tahun selepas jaminan pengeluar bagi setiap pemilik Waja Campro CPS.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata Waja Campro CPS yang dipertingkatkan itu mampu memberikan lebih kuasa dan penjimatan minyak.

Menurutnya, model Waja Campro CPS terbaru itu bukan saja menawarkan prestasi, tetapi turut dilengkapi ciri lebih menarik berbanding model sebelumnya.

“Secara keseluruhannya, saya gembira dengan model Waja yang dipertingkatkan ini dan kami menunggu maklum balas daripada pelanggan.

“Proton kini dalam usaha mempertingkatkan diri dalam pelbagai aspek, kami berpendapat ini masa yang sesuai mengubah model Waja dan Proton optimis peminat akan menerima perubahan ini secara positif,” katanya.

Penggunaan teknologi CPS dan VIM terbukti meningkatkan kuasa sehingga 13 peratus kepada 125 kuasa kuda (hp) berbanding 110hp pada enjin Camro standard.

Selain mampu menyediakan pemanduan lancar dan tindak balas pantas, enjin dengan teknologi CPS dan VIM mematuhi peraturan pengeluaran asap Eropah terkini.

Paling menarik, Waja Campro CPS berupaya memotong mengguna gear tiga, empat dan lima di bawah pacuan antara 2,500 hingga 4,500 rpm.

Ciri lain yang diperbaharui adalah Waja dilengkapi tingkap kawalan jauh elektrik, tempat rehat kepala kerusi depan boleh ubah, gear automatik ciri berpagar (gate shifter) dan kemasan panel meter baru.

Waja Campro CPS turut dilengkapi dengan sistem pembuka but belakang kawalan jauh, sistem brek anti-kekunci (ABS), lampu anti kabus, rim aloi dan kerusi kulit.

Ciri luaran lain termasuk lampu Xenon dengan pelaras lampu utama, muncung ekzos berkembar, skrin ultra ungu dan struktur badan menepati piawaian Eropah.

Ia hadir dengan enam warna menarik iaitu bronze garnet, blue agate, iridescent white, twilight blue, metal gray dan burgundy.

About these ads

2 Respons

  1. lampu Xenon WAJA CPS DI BENARKAN JPJ ATAU TIDAK

  2. adakah waja jenis ini limited?….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: