Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembangunan raksasa berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah menimbulkan pelbagai masalah.
Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan sementara. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan asing juga enggan membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin.
Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Malangnya, mereka terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki pencuri setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari.
Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS.
Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada mas a akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.
Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat kita.
Kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun kehadiran mereka, terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri.
Difailkan dalam: STPM | Tagged: pendatang asing, tanpa izin





















salam…saya pun sama mcm yg lain…nak guna untuk
pengajian am…
saya ada perlawanan bahas bertajuk “kedatangan pekerja asing mendatangkan kebaikan kepada negara” tapi masalahnya…
saya dipihak kerajaan dan tidak boleh membangkang usul ini..
jadi saya nak mintak tolong pihak tuan untuk memberikian informasi-informasi yang boleh saya gunakan nanti..perlawanan itu pada 2/11/2009.
saya amat berharap pihak tuan dapat membalas komen saya….(yahoo mail) ateku_amyekin@yahoo.com
saya nk mntak izin gne teks tuan utk prlawanan bahas…
terima kasih.
info ini banyak membantu sy utk presentation sbjek pengajian am esk..terima kasih
salam..
thanx 4 da info..
my work can be easier
wei..cuak dowh spm….
ada idea x pasal perdagangan manusia?harap boleh kongsi…tq..
salam…mcm dgn org2 kat atas…nak amik isi tuk wat krngan…..tq
help me..
perluasan lagi kesan-kesan positif…..
aq amik ekk isi2 krgn ne cuz tmrw will be sittin for bm xm (form6).. tenks.. Wonderfull
selat hari raye..moge panjang umor..
rencan sangat bagus..
moge ade banyak pendedahan..
salam..sy nk minta kbnran saudara utk mgmbil isi2 ini bg tujuan forum di ipt..syukran laka…
saya memang memerlukan informasi ini,tapi saya tidak dibenarkan mengambil maklumat dalam blog ataupun wikipedia
salam sir,
saye seperti masyarakat di atas.
ingin meminta kebenaran tuan untuk menggunakan KEBANYAKAN isi karangan tuan.
saye tidak tahu bagaimana tuan boleh mengarang esei yg sungguh gramatis ini.
thanks again! ;]
pinjam ek nak wat karangan esk thx bro
thanks! I love this isu and imformation…
hmm.dari segi penggunaan isi tu memang nampak cantik tapi di tambah dengan penggunaan peribahasa atau penanda wacana yang lebih gempak mungkin akan memberi impak yang lebih menarik kepada pembaca
saya pun ambik untuk wat esigment.. terima kasih.
salam,,,
sy amik artikel ni sebagai rujukan saya,,,,
minta halal erk,,,huhuhuhu
salam,sy minta kebenaran en utk mengambil artikal ini bagi debat di sekolah
time kasih
juz want to ask ur permission to use the info for my assignment..
the same people..juz want to ask ur permission to use the info for my assignment..
terima kasih.. i use this essei t finish my asignment. thanks once again
Salam tuan…Artikel tuan mempunyai idea dan isi yang sangat bagus untuk menerangkan tentang kesan-kesan pendatang asing tanpa izin.Saya ingin meminta kebenaran untuk menjadikan artikel tuan sebagai bahan rujukan saya.
salam tuan, boleh tak saya nak petik sedikit dari rencana tuan untuk rujukan assignment saya… time kasih..
hm…xde citation pun.camne nie…
mekasih…
thankz….selesai sume probz nk wt forum
salam tuan
sy pun nk mntk kebenaran tuan untuk ambil isi artikel ni bg menyiapkan assignment sy.
terima kasih banyak-banyak.
saya memerlukan kebaikan pendatang tanpa izin ke Malaysia…
Plss give me the answer,i have forum on 20 July 2009…
tlg bg kalau sy memerlukan ape2
tank becouse i can do my work with this information and i can do my forum
tq 4 ur information….i can get complete answer 4 all my question…
terima kasih…amat berguna untuk saya dalam ulbs…thanks yaa
thanks 4 the information……….memudahkan saya mencari bahan 4 stpm.kalau boleh banyakkan artikel berkaitan
tuan, saya pakai awak punye artikel wat asignment ok. tq bery much
kpd sesiapa di luar sana…tolonglah saya…bagaimana prosedur yg betul utk membuat aduan tentang ramainya pendatang asing tanpa permit di kawasan saya…mereka sudah berleluasa…seolah-olah tempat itu spt Indonesia tempat asal mereka…nak harapkan pihak yg berwajib merekapun umpama “Harapkan pagar, pagar makan padi”. Mereka sentiasa lepas bebas seolah-olah ada pihak tertentu yg melindungi mereka……….
sy nk ambil hasil kerja tuan utk djdkn rjukan kertas kerja sy…
hmm….amat membantu saya dlm isi2 utk jwb final exam esok..
mcm mane nak dapat kan isi2 bahas ala parlimen??sye dpt tajuk “buruh asing mampu menjana ekonomi negara”.team kami kena jadi pembangkang.
can put the akta perundangan ar????we need it!!!!for projek warga!!!
salam, tuan…
terima kasih atas informasi yang disediakan..ternyata amat berguna dalam saya membantu saya menyiapkan hujah saya..jadi, saya mohon izin tuan untuk menggunakannya.
kerjasama dari tuan, saya dahului dengan terima kasih.
askm, minta terjemah dlm bhsa arab blh x?
sy ingin buat perbentangan tentang isu ini..
sy mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulis dan segala isi yang pihak penulis sediakan ini saya mohon kebenaran untuk digunakan didalam tugasan pengucapan awam……..tq
sy ingin meminta kebenaran encik utk mengambil isi-isi dlm rencana di atas untuk melengkapkan teks bahas sy, boleh tak encik? Selain itu, sy ingin menanyakan kpd encik adakah pekerja asing turut meningkatkan masalah sosial sedangkan masalah sosial di negara sudah menjadi senario yg biasa?
saya ingin minta kebenaran encik untuk menggunakan karangan encik untuk digunakan dalam tugasan saya
LEH X BAGI ISI UNTOK PUNCA2 KEMASUKAN PENDATANG ASING N CARA2 MENGATASI
MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGUNAKAN KARANGAN ANDA UNTUK TUGASAN SAYA. TERIMA KASIH.
ade tak faktor2 nye…
bgus
terima kasih atas isi2 yang amat tepat..
thanks for all the article,i like read that.
sy nak mintak kebenaran dr tuan untuk memetik sedikit artikel ini bgi rujukan assigment sy…tq
salam…tuan,sy turut meminta izin utk mgambil karangan ini bg rujukan assignment.. thank you!
saya ingin minta kebenaran encik untuk menggunakan karangan encik untuk digunakan dalam tugasan saya
Bagi saya karangan nie baik tapi tidak cukup lengkap.Maaf,kerana bagi saya penulis hanya menulis dasarnya saja dan bukan secara mendalam.Justeru itu,ia kurang sesuai dijadikan rujukan…
Saya minta kebenaran saudara saya gunakan tulisan saudara sebagai rujukan saya. TK
Salam, minta kebenaran guna karangan tuan untuk tugasan saya.
salam sejahtera, saya ingin menjadikan karangan anda sebagai rujukan saya. dengan ini saya memohon kebenaran dari anda. terima kasih.
Saya meminta tuan memberi kebenaran mengambil maklumat penting sebagai rujukan. Terima Kasih ^^
saya nak minta kebenaran abang untuk guna karangan abang dalam rujukan tugasan saya
saya minta anda merumuskan kesan kemasukan pendatang asing ini dari aspek EKONOMI kerana ia secara tidak langsung memberi impak yang agak besar kepada masyarakat dan yang paling utama ialah kepada negara kita
ramai gler pendatang asing kt malaysia…
sampai msia pun nk jd indonesia…
xkan xde tindakan kot… dh la wat masalah kt malaysia, igt negara sendiri ke???
saya tidak tahu bagaimana hendak menulis karangan bertajuk sejauh manakah rukun negara mampu membentuk masyarakat malaysia yang bersatu padu di dalam 500-600patah perkataan kerana kekurangan idea dan pengetahuan.saya juga keliru untuk memilih isi 5 kandungan yang terdapat di dalam rukun negara.di harap tuan dapat membantu……
tq…karangan yang menarik dan saya jadikan sebagai rujukan untuk tugasan saya..
artikal andabtelah membantu saya maka saya harapkan anda lebih giat dlm menulis artikal seumpama ini serta menyenth isu2 yg melanda negara kita
Mazlan Terima kasih di atas sokongan anda.
menarik…….saya mengambilnta sebagai rujukan karangan saya,,,,,,,,,
Karangan yang menarik…sy mengambilnya sebagai rujukan.
Assalamualaikum.. sy ingin mminta kbenaran mngambil mklumat drpd krangan di atas.. krngan ini sngat berkualiti dan sngguh bernas.. terima kasih
assalamualaikum tuan. sayer minta kebenaran untuk menjadikan karanagn tuan sebagai rujukan utk laporan praktikal saya. terima kasih.
Insya Allah, mudah-mudahan ianya dapat membantu situasi nisa.
saya ingin meminta kebenaran encik untuk menggunakan maklumat ini sebagai rujukan dlm tugasan saya.ia banyak membantu saya dalam melaksanakan tugasan saya. terima kasih.
saya mnta kbenaran en. untuk mnggunakn input brguna ini sbgai rjukn dlm tugsan saya..
Karangan berkualiti yang membantu saya memahami keadaan berkenaan.
Terima kasih.
Sekiranya karangan saya itu memberi kebaikan kepada sdri Aifa, saya mengizinkannya.
Untuk kali yang ketiga, saya nak minta kebenaran Tuan utk menyalin karangan ini. Terima kasih.
Saya nak minta kebenaran untuk menyalin karangan ini untuk tujuan rujukan. Terima kasih.
[...] Kesan-kesan kebanjiran (kedatangan pendatang asing.) [...]
thankzz.. amat membantu untuk isu semasa..
sangat bagus,,
perlu ada lebih pendedahan