Kesan pelancongan terhadap budaya tempatan

        Yang dimaksudkan dengan pelancongan ialah pergerakan sementara manusia ke destinasi-destinasi selain daripada tempat kerja dan tempat tinggal mereka yang biasa. Pelancongan merupakan suatu bentuk kemewahan yang hanya dapat dikecap oleh segelintir manusia. Hal ini demikian kerana hanya golongan yang mempunyai masa dan wang sahaja yang berupaya melancong. Kini, pelancongan menjadi suatu aktiviti yang menarik dan banyak negara yang mengambil kesempatan ini dengan menjadikan pelancongan sebagai suatu industri. Malaysia tidak ketinggalan dalam hal ini dan telah beberapa kali mengadakan promosi Tahun Melawat Malaysia dan Cuti-cuti Malaysia. Sebagaimana industri lain, industri pelancongan ada kesan positif dan negatifnya kepada negara ini, khususnya kepada budaya tempatan.

 

Antara kesan pltsitifnya termasuklah industri ini dapat memperkaya budaya kita. Hal ini demikian kerana kemasukan pelancong asing mendedahkan kita kepada budaya yang diamalkan mereka. Oleh hal yang demikian, kita berpeluang menerapkan dan mencontoh budaya positif yang diamalkan mereka, khususnya budaya yang unik sifatnya. Sebagai contohnya, orang Barat dan Jepun terkenal sebagai manusia yang tidak suka membuang masa. Mereka juga memiliki minat membaca yang tinggi dan biasanya akan membaca tidak kira di mana mereka berada. Selain itu, mereka sangat menitikberatkan penjagaan diet dan kesihatan tubuh badan. Mereka bersarapan atau makan tengah hari secara ala kadar sahaja. Pelancong asing juga mengutamakan kebersihan alam sekitar. Mereka tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Kesemua amalan yang menjadi budaya pelancong asing tersebut sesuai dicontoh dan diterapkan oleh rakyat negara ini dan menjadi budaya kita.

 

Selain itu, industri pelancongan memberikan peluang kepada kita untuk mengetengahkan budaya tradisional yang menjadi amalan masyarakat majmuk di negara ini. Hal ini demikian kerana kebanyakan  pelancong asing terdiri daripada manusia yang bersifat ingin tahu. Kecintaan mereka terhadap sesuatu bentuk budaya amat tinggi. Keadaan tersebut memberi kita peluang untuk mengkomersialkan kebudayaan tradisional seperti tarian, nyanyian, permainan, dan sebagainya. Hal ini telah pun berlaku sekarang kerana kebanyakan hotel di negara ini ada mempersembahkan budaya tradisional untuk menghiburkan pelancong asing. Artis-artis yang terlibat dalam pefsembahan tersebut diberi ganjaran yang lumayan. Keadaan ini secara tidak langsung menggalakkan lebih banyak generasi muda melibatkan diri dalam budaya tradisional dan seterusnya mencintai budaya sendiri supaya tidak pupus ditelan zaman. Selain itu, kemasukan pelancong asing turut membantu memajukan industri kraf tangan tempatan. Hal ini demikian kerana sebagai pelancong mereka akan membeli pelbagai barangan seperti ukiran kayu, batik, dan lain-lain untuk dijadikan cenderahati atau kenang-kenangan apabila pulang ke negara masing-masing.

 

Kesan yang seterusnya ialah pelancongan membantu memupuk persefahaman sejagat. Kemasukan pelancong asing membolehkan kita berinteraksi dan berkomunikasi dengan mereka. Melalui interaksi dan komunikasi dengan mereka, kita dapat bertukar-tukar fikiran dan pendapat tentang pelbagai perkara. Kita dapat mengetahui keadaan politik dan ekonomi mereka Berta adat resam yang diamalkan mereka dengan lebih mendalam dan rinci. Mereka pula akan mengetahui keadaan negara kita yang sebenarnya melalui interaksi dan komunikasi dengan kita. Sebagai contoh, kita dapat memberitahukan amalan “rumah terbuka” yang sudah menjadi budaya nasional kerana diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat majmuk di negara ini. Penerangan kita ini secara tidak langsung dapat menangkis fitnah asing yang mengatakan negara kita berada dalam keadaan huru-hara dan dipenuhi sentimen perkauman.

 

Walau bagaimanapun, pelancongan turut membawa kesan negatif kepada budaya tempatan. Hal ini demikian kerana kehadiran pelancong asing sedikit sebanyak berupaya menghakis nilai-nilai murni yang menjadi kebanggaan masyarakat tempatan, khususnya kepada golongan yang tipis rasa kecintaan mereka terhadap nilai-nilai ketimuran. Kini, telah ada segelintir rakyat Malaysia yang mengagung-agungkan bahasa asing, khususnya bahasa lnggeris. Seterusnya, telah ada juga generasi muda yang terikut-ikut akan budaya asing, khususnya budaya Barat yang liar. Hal ini dapat dilihat melalui tutur kata, pakaian, dan kelakuan generasi muda hari ini. Semakin banyak generasi muda kita yang memakai pakaian yang mencolok mata. Ada yang bercumbu-cumbuan dengan pasangan masing-masing di hadapan khalayak tanpa rasa segan. Kehadiran pelancong asing juga menggalakkan pergaulan bebas dalam kalangan generasi muda hari ini.

 

Kesan negatif daripada industri ini yang seterusnya ialah meningkatnya kes-kes jenayah dan maksiat di negara ini. Hal ini demikian kerana semakin banyak pusat hiburan seperti kelab malam, karaoke, dan pub dibuka oleh pengusaha tempatan bagi memenutii keperluan pelancong-pelancong asing. Pusat-pusat hiburan ini turut menjual arak serta menyediakan pegawai  perhubungan pelanggan wanita untuk melayan nafsu pelancong asing di tempat-tempat sedemikian. Keadaan tersebut mendorong berlakunya pelbagai kegiatan maksiat khususnya pelacuran. Terdapat juga pelacur yang memasuki negara kita dengan menyamar sebagai pelancong sehingga menyebabkan kegiatan pelacuran semakin sukar dikawal. Penyalahgunaan dadah seperti pit khayal, ecstasy, dan lain-lain juga berleluasa sebagai akibat kemasukan pelancong asing.

 

Di samping itu, industri pelancongan turut menggalakkan tumbuhnya sikap materialistik dalam kalangan rakyat di negara ini melalui kemewahan yang dimiliki pelancong asing. Hubungan mesra sesama penduduk kampung semakin renggang kerana mereka sibuk dalam industri yang ada kaitan dengan pelancongan seperti menjadi penjaja, pemandu pelancong, dan sebagainya. Mereka lebih sibuk dengan urusan sendiri sehingga kurang bertegur sapa. Yang paling ketara, kecenderungan pelancong asing untuk memberikan upah dan tip bagi tiap bantuan yang diterima mereka telah menggalakkan bercambahnya sikap mata duitan dalam kalangan rakyat negara ini. Semangat tolong-menolong dan sukarela semakin terhakis.

 

lndustri pelancongan memang dapat meningkatkan tarafhidup penduduk setempat serta mendedahkan kebudayaan tradisional kepada negara luar. Walau bagaimanapun, industri ini turut mengacau-bilaukan sistem sosial rakyat negara ini, khususnya kepada kalangan remaja yang tipis iman dan akhlak mereka. Sehubungan dengan itu, setiap rakyat negara ini perlu merasionalkan pemikiran mereka dalam menapis dan memilih nilai budaya yang positif daripada pelancong asing untuk dijadikan ikutan dan contoh teladan.

About these ads

21 Respons

  1. terima kasih..info anda sangat membantu..

  2. terima kasih . ia membantu saya

  3. k la nc but k la

  4. terima kasih sangat2!!!! benda ni amat membantu. esok kena hantar assignment, baru hari ini saya gelabah!!! terima kasih ye!!!

  5. Maklumat yg amat bagus..Secara tidak langsung ianya dapat memberi idea dan juga ilmu pengetahuan kpd pelajar..

  6. terima kasih….ia sangat membantu

  7. assalammualaikum…tima ksih ….maklumat ni banyak mmbntu sya…shukran jazilan…wassalam…

  8. karangan ini lebih padat kalau disertakan sekali dengan kesan buruk pelancongan.hal ini keerana jka ada kebaikan lebih baik disertakan sekali dengan keburukan.

  9. isi lengkap… sangat sesuai dijadikan bahan rujukan untuk pelajat stpm bm2 la…
    sy ambl untuk rujukan ya..
    terima kasih (^u^)/

  10. apakah kesan2 positif dan negatif yg ada dlm industri pelancongan negara kita secara lebih terperinci kerana info di atas boleh dikatakan bersifat umum dan ini kurang membantu saya dlm menyelesaikan tugasan.

  11. bagaimana utk mengetengahkan amalan budaya tradisional dalam masyarakat kita?

  12. saya ingin minta pendapat,bagaimana cara untuk mengekalkan pelancong tinggal lebih lama dimalaysia

  13. salam…thanx sbb sa dapat kasi sia kerja umah gara2 ni esei..mekasi bebanyak ye…moga d rahmati slalu…

  14. salam, terima kasih.. esei ini amat membantu saya dalam menyiapkan tugasan..

  15. bagaimanakah hendak mengatasi kesan2 negatif berikut

  16. sedih la sebab kami sebagai pelajar hidup berjaga-jaga

  17. haluu…boleh saya tahu apakah kesan negatif teknologi maklumat terhadap generasi muda?

  18. hi..boleh saya tanya kesan H1N1 terhadap ekonomi negara kita?

  19. salam…boleh saya minta pendapat anda tentang kesan negatif sektor pelancongan ini terhadap ekonomi negara kita??

  20. terima kasih
    maklumat ini amat membantu saya dalam kerja kursus

  21. saya ingin meminta pendapat saudara tentang sejauhmanakah pelancongan telah memutarbalikkan budaya, memusnahkan budaya atau mengukuhkan budaya dan menghasilkan budaya…saya harap saudara memberi pandangan yang bernas berdasarkan bukti dan contoh yang sesuai…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: