Pengaruh Televisyen Terhadap Masyarakat

Selamat sejahtera saya ucapakan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang dimuliakan Tuan Hakim yang arif lagi bijaksana, yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra, Penolong Kanan, guru-guru, dan pelajar-pelajar yang saya kasihi sekalian. Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra kerana kesediaan menjadi tuan rumah kepada pertandingan pidato peringkat daerah pada kali ini. Berdirinya saya pada pagi yang berbahagia ini adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk “Pengaruh Televisyen Kepada Masyarakat”.

Tuan-tuan, puan-puan, dan rakan seperjuangan sekalian,

Televisyen adalah salah satu daripada media massa yang sering digunakan untuk menyebarkan berita, dan maklumat-maklumat penting serta terkini dari dalam dan luar negeri. Alat sebaran am ini berperanan menyampaikan pengetahuan kepada masyarakat pelbagai kaum dari kanak-kanak hinggalah golongan dewasa dan orang tua. Berbeza dengan radio dan sural khabar, televisyen berkemampuan untuk menyampaikan dan menyebarkan berita dalam bentuk gambar dan audio. Jadi, televisyen menjadi pilihan semua golongan masyarakat untuk mendapatkan berita, hiburan, bahan-bahan pendidikan, dan sebagainya. Pada masa hadapan, interaktif televisyen akan diperkenalkan dan dijangka televisyen menjadi pilihan nombor satu masyarakat Malaysia. Selain daripada itu, melalui rancangan televisyen dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa melalui penyiaran bahan-bahan yang bertemakan integrasi nasional. Ia juga dapat memperkenal kebudayaan kaum-kaum yang berlainan di Malaysia melalui siaran-siaran televisyen kerajaan dan swasta yang tempatan dan antarabangsa seperti TV1, TV2, TV3, NTV7, dan Astro.

Hadirin yang saya hormat! sekalian,

Media massa televisyen merupakan medium yang mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap masyarakat. Cerita-cerita yang bercorak kekeluargaan dan yang dapat memberikan ilmu pengetahuan banyak memberikan kebaikan kepada masyarakat. Terdapat juga stesen televisyen seperti TV3 yang memaparkan berita terkini dan hal ehwal semasa kepada penonton. Hal ini akan menjadikan kita rakyat Malaysia maju dalam menangani isu-isu semasa. Golongan pelajar dan kanak-kanak pula mendapat manfaat dan faedah daripada rancangan-rancangan pendidikan dan rancangan kanak-kanak yang disiarkan oleh stesen televisyen kerajaan dan swasta. Rancangan-rancangan agama pula dapat menarik minat golongan tua dan golongan pencinta agama.

Sebaliknya, cerita-cerita yang berunsurkan keganasan, seks, dan tahyul pula akan membawa kesan negatif kepada kita. Sebagai contoh masyarakat kita terutamanya golongan remaja akan terpengaruh dengan filem-filem bermutu rendah yang ditayangkan di stesen-stesen televisyen dan pemangkin kepada lahirnya budaya ‘bohsia’, ‘bohjan’, ‘black metal’, ‘punk’, seks rambang, samseng, dan sebagainya. Tidak hairanlah jika keg-keg juvana di negara kita akan meningkat tahun demi tahun. Tentu saudara dan saudari pernah mendengar berita tentang seorang kanak-kanak berusia sepuluh tahun membunuh seorang kanak-kanak lain yang berusia lima tahun. Naluri suci seorang kanak-kanak telah dicemari akibat pendedahan terhadap budaya-budaya negatif.

Hadirin yang saya kasihi sekalian,

Naluri remaja dan kanak-kanak yang bersifat ‘inkuiri’ atau ingin tahu ini sebenarnya akan menjadikan mereka meniru, mengikut,. dan menerima pakai sesuatu yang dilihat tanpa berfikir dan menyedari aspek negatifnya. Contohnya, meniru aksi, pakaian, atau cara hidup artis pujaan mereka,melakukan adegan ‘stunt’ yang berbahaya dan sebagainya. Mengikut teori psikologi, ini dikatakan proses ‘modeling’ atau mengambil contoh gaya, sifat, sikap, dan tingkah lakli individu yang lain. Justeru, secara tidak langsung pengaruh buruk ini akan menjejaskan moral dan akhlak golongan muda di negara kita. Pemuda harapan bangsa. Harapan tinggi yang disandarkan pada bahu mereka akan berkecai.

Kerajaan perlu prihatin terhadap pengaruh dan kesan tayangan-tayangan filem atau bahan-bahan yang disiarkaIi di televisyen terhadap masyarakat. Contohnya, masa tayangan haruslah disesuaikan. Cerita-cerita yang sesuai ditonton oleh kanak-kanak dan para pelajar sewajarnya disiarkan pada sebelah siang atau awal malam. Cerita-cerita yang hanya sesuai ditonton oleh golongan dewasa pula haruslah disiarkan pada lewat malam. Setakat ini, tindakan kerajaan yang harus dipuji ialah mengklasifikasikan jenis-jenis filem dan rancangan-rancangan yang bakal di keudarakan, mengikut gimbal. Simbol SG adalah bagi filem-filem dan rancangan-rancangan televisyen yang mengandungi unsur-unsur ganas, SX bagi yang mengandungi unsur- unsur seks yang tidak keterlaluan, PL bagi yang mengandungi unsur-unsur sosial dan politik, dan simbol U adalah bagi tontonan umum.

Dewasa ini, semakin banyak filem yang diimport dari luar khasnya dari barat. Jadi, stesen televisyen kerajaan dan juga swasta haruslah menapis dan menyaring filem-filem dari barat ini dan tidak seharusnya memikirkan keuntungan semata-mata. Hal ini keranakebanyakan cerita-cerita dari barat ini mempunyai unsur-unsur yang kurang sesuai dengan adat dan budaya masyarakat kita. Sebaliknya, badan-badan penyiaran tempatan sarna ada kerajaan atau swasta mesti bekerjasama dalam memperbanyak rancangan- rancangan tempatan yang menekankan unsur-unsur moral dan hiburan yang sesuai dengan kebudayaan kita.

Berdasarkan hujah-hujah yang telah saya sampaikan tadi, saya berharap agar semua pihak dapat bekerjasama dalam membanteras pengaruh negatif televisyen daripada menular di dalam masyarakat kita. Sekian pidato saya, saya sudahi dengan ucapan assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

About these ads

15 Respons

  1. yeeesss…. akhirnya… thanxx f0r this inf0rmati0n…

  2. komen yg bgus idea yg mnarik

  3. sama-sama

  4. tuan.saya kena buat assgment tentang gejala keruntuhan moral dikalangan remaja(punca dan penyelesaiannya)
    apa yg sy nak tau ialah penyelesaian untuk menanganimasalah ini…tq

  5. thanx…point yg amt bgus untuk assignment sy…(=

  6. Tuan,saya akan membentangkan sebuah karangan yang bertajuk pengaruh televisyen terhadap pelajar dan masyarakat untuk ujian plbs.Oleh itu, boleh tuan berikan beberapa contoh karangan ataupun isi-isi yang mantap dan bersesuaian dengan aras sekolah menengah ting 1- ting 2.

  7. assalamualaikum
    saya menyertai pertandingan bahasd yg bertajuk penambahan saluran telivisyen meningkatkan tahap pengetahuan msyrakat. oleh itu, saya memerlukan isi2 yg mantap dan reliven untuk perbahasab saya. tq

  8. Tuan, saya ingin menyanya untuk perbahasan kami yang mana kami menjadi penyanggah dalam tajuk “Pengaruh budaya asing banyak mendatangkan keburukan kepada golongan rmaja” jadi tolonglah berikan isi-isi penting bagi kebaikannya kerana kami menjadi penyanggah

  9. hmmm.gud issue…

  10. good keep up work

  11. terima kasih.saya ingin megambil isi-isi penting utk karangan saya dan isi-isi ini amat cukupkan utk saya.

  12. bgus punya info dpt membantu saya terima kasih

  13. Sgt menepati dgn text bahas sy. Cuma sy ingin menanyakan kpd encik bagaimana hiburan yg berlebihan drpd saluran tv kpd masyarakat pljr?

  14. salam..
    tuan,saya akan menyertai pertandingan bahas bertajuk kemasukan filem asing harus disekat atau tidak..
    saya berharap tuan dapat membantu saya untuk mencari lebih info mengenai tajuk ini..
    terima kasih.

  15. terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: