Peranan Televisyen di Malaysia

Televisyen merupakan salah satu daripada media elektronik yang boleh menyampaikan maklumat. Peti televisyen ini boleh mengeluarkan gambar dan bunyi bagi menyampaikan maklumat dengan lebih cepat dan tepat dengan bantuan teknologi yang serba moden. Televisyen merupakan alat yang dapat menghiburkan penonton. Rancangan-rancangan yang disiarkan berbentuk komedi, nyanyian, dan sebagainya dapat menghiburkan perasaan penonton.

Di samping itu, televisyen juga berperanan dalam menyampaikan berita terkini. Ini boleh memudahkan masyarakat menerima maklumat dengan cepat dan betul. Ini bukan sahaja dapat menambahkan pengetahuan masyarakat setempat malah mampu menyampaikan belita di dalam dan di luar negara.

            Selain itu, televisyen juga boleh dijadikan medium dalam menayangkan berita sukan. Lebih menggembirakan lagi apabila peminat sukan dapat menonton tayangan secara langsung tidak kira masa dan tempat.

Iklan televisyen juga boleh disampaikan dengan lebih menarik berbanding iklan di radio. Contohnya iklan barangan seperti minuman Pepsi dan Coca-cola dapat menarik lebih ramai penggemar bagi minuman ini. Para pengguna boleh melihat sendiri barangan yang diiklankan itu. Manakala bagi pihak pengeluar, iklan di televisyen dapat memperkenalkan barangan keluaran mereka dengan lebih efektif lagi.

Televisyen juga berperanan sebagai alat siaran kerajaan yang mempunyai pengaruh dalam penyiaran negara. Kerajaan mempunyai hak untuk mengawal rancangan yang disiarkan melalui televisyen.

Televisyen juga boleh digunakan untuk menyampaikan pesanan atau pengumuman kepada masyarakat dengan lebih cepat dan mudah. Ini bukan sahaja dapat mengurangkan kos malah menjimatkan masa. Oleh yang demikian, diharapkan masyarakat dapat memanfaatkan penggunaan televisyen ini. Seterusnya ia dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa peka terhadap alam sekeliling dan bukannya seperti katak di bawah tempurung.

 

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: