Surat untuk tinggal di asrama


Muhamad Hanif Mustafa,
60, Kampung Tunggal Dalam,
06010 Changlun,
Kedah Darul Aman.

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra,
06000 Jitra,
Kedah Darul Aman                                                                              8 MAC 2008

Tuan,

Memohon untuk Tinggal di Asrama Sekolah

Dimaklumkan bahawa saya seperti nama clan alamat di atas, iaitu pelajar Tingkatan Empat Megah ingin memohon untuk tinggal di asrama sekolah.

2.     Antara sebab-sebab yang mendorong saya untuk tinggal di asrama sekolah ialah jarak antara sekolah dan rumah saya adalah jauh lebih kurang 30 kilometer. Memandangkan saya terpaksa berulang-alik dari rumah ke sekolah setiap hari dengan jarak yang begitu jauh, amat memenatkan dan mengambil masa yang lama kerana saya terpaksa menaiki dua buah bas setiap hari.

3.      Selain itu, memberikan kesan negatif terhadap pencapaian dalam pelajaran saya. Saya tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya semasa di dalam kelas terutamanya pada waktu awal pagi kerana saya terpaksa bangun awal pagi dan tidak mendapat tidur secukupnya. Saya terpaksa keluar rumah pada pukul 6.00 pagi setiap hari kerana bimbang akan terlepas bas dan terlewat ke sekolah.

4.     Tambahan pula, saya begitu berminat untuk menyertai aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh sekolah pada waktu petang. Namun disebabkan rumah saya jauh dari sekolah saya terpaksa kuburkan sahaja minat itu kerana menghadapi masalah pengangkutan. Saya amat terkilan akan hat ini kerana aktiviti kokurikulum juga penting bagi seorang pelajar demi menjaga kesihatan dan mendapat pengalaman serta sijil-sijil yang berharga untuk masa depan saya. Saya tidak mahu ketinggalan sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum.

5.     Saya juga menghadapi masalah untuk mengulang kaji pelajaran di rumah kerana mempunyai adik-beradik yang ramai. Memandangkan rumah saya yang kecil, maka tidak ada ruang yang sesuai dan selesa untuk saya mengulang kaji pelajaran. Lagipun, jika saya dapat tinggal di asrama lebih mudahlah mengulang kaji pelajaran bersama kawan-kawan saya. Memandangkan banyak juga subjek yang sukar untuk saya fahami jika belajar seorang diri. Jadi belajar berkumpulan adalah berlipat kali ganda lebih baik daripada belajar seorang diri.

6.     Saya berjanji akan mematuhi segala peraturan asrama jika berjaya tinggal di asrama kelak. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh dan cuba untuk mempertingkatkan prestasi pelajaran demi membuktikan kepada sekolah dan keluarga saya akan kemampuan saya yang sebenarnya. Tahun depan saya akan menghadapi peperiksaan yang paling besar dalam hidup saya iaitu Sijil Peperiksaan Malaysia yang akan menentukan masa depan saya.

7.      Saya berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini, berdasarkan sebab-sebab yang telah saya perkatakan di atas tadi.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

………………………………….

(MUHAMAD HANIF MSTAFA)

About these ads

6 Respons

  1. thanks kerana dapat buat karangan saya dgn isi ini!!

  2. Thx! :)

  3. karangan yg bagus , dan sya amendapat banyak isi :)

  4. thanx~ :)

  5. terima kasih :D

  6. buat ape nak tulis surat nak masuk asrama… pa pun tq coz sy dpt maklumatr yg dperlukan,,

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers

%d bloggers like this: