Punca-punca dan cara-cara mengatasi masalah disiplin pelajar

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?

            Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

            Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

            Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

            Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.

            Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

            Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

            Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

 

21 Respons

  1. y all the remaja will becm like tis?
    all is bcoz of parent….responsible on parent is very important….

  2. pd zmn kini..rmj skrg semakin hari semakin jht n tdk bermoral…mrk tdk akan menghargai apa yg mereka dpt skrg…jd pd masa depan ,mrk akan menyesal dan tidak sempat lagi. dan mrk akan jd sampah masyarakat..dan pd masa depan when they r b other .ppl parent thy will feel it …n feel wats the feeling/
    mayb thy will change or mayb thy will give up t0 gv a g00d teaching t0 their son or daughter…

  3. hoi………

  4. kebanyakan laman web yang saya buka untuk cari artikel masalah sosial ni tak memuaskan hatilah terutama dalam mencari penyelesaian masalah sosial di kalangan remaja.sebenarnya pucuk pangkal diri sendiri.kalo nak ckp mslh keluarga,ramai agkt luar 2 bmslh tp x semuanya terlibat dgn gjl ngtf ni.bg sy rmj yg terlibat dgn mslh sosial ni nk trk perhatian je.bg dorg,melalui cr yg tak spttnya mrk akan dpndg spt mana budaya barat amalkan.dan kedua,rmj zmn skrg ggl nk kwl nafsu sbb 2 ramai yang terlibat dlm mslh berkaitan pergaulan bebas.

  5. hmm,,,btul ke punca utama trletak pada ibubapa..msih ada lagi ibu yg sggup tdk bkerja krna ingin mnumpukan perhatian yg lbih trhadap ank mrk,tapi msalahnya,wlaupn ibubapa mmberi tmpuan yg lbih trhadap ank mrk,msalah gejala sosial ni msih ada,smpai ibubapa pn ditindas..sy rasa,ini brgantung kpda jati diri remaja itu sndiri..semua pihak kne jlnkan tggungjwb msing2..

  6. PERLU DIDIKAN DRI IBU BAPA
    PERLU BERMULA DRI KCIL

  7. KTE MESTI ADA TANGGUNGJWJBG TERHDAP DRI SENDRI TERUTAMAMYA……..
    PERLU ADA DISPLIN DALM DRI LAAAA………..

  8. ley tlg bg idea x?kne wat kolokium f6 r tntng mngatsi mslh displin pljar….

  9. sye kne wat presentation… leh tlg bg isi penting bnyk sket x ??? tajuk presentation sye same seperti diatas… tapi, sye rase karangan kat atas tu sket sgt larh….kalo bleyh, sye nk isi-isi tu sbl0m 19/7/2009… pleaz!!!!

  10. salam..jemput dan sama2 menyokong
    kongrespendidikan.blogspot.com :)

  11. tlg kite..
    kite kene wat assingment tentang
    MASALAH GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA..
    mst ad ciri2 tersebut:
    1.pengenalan
    2.sebab2
    3.kesan2
    4.tindakan2
    5.kelemahan dr tindakan yg telah diambil
    6.cadangan
    7.penutup..
    TOLONG…..
    PLEZ HELP ME

  12. hermmm,x ada karangan berunsur punca-punca remaja lari dari rumah dan cara-cara mengatasi masalah tersebut..
    ada x if ada pleezzz hope siarkan yerkkk..
    becoz awin kena buat folio nie…
    pleezzz….

    admin: Saya ada siarkan karangan tersebut dalam kategori SPM. Cuba semak. TQ

  13. bagus2, tq….
    lagi umph jika kaitkan dengan peranan guru disiplin, sama ada gaya kepimpinan dan pengurusan guru disiplin di setiap sekolah mencorakkan tahap masalah disiplin masing-masing :)

  14. cara mengatasi ada satu je.
    buatlah banyak sikit.

  15. pada pendapat saya, ibubapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak- anak agar menjadi insan yang berguna. anak- anak memerlukan perhatian daripada ibubapa. dengan ini saya percaya gejala ini dapat dikurangkan. bak kata pepatah, mendidik anak biarlah dari rebungnya. ibubapa lah yang membentuk anak- anak mereka. oleh itu, ibubapa harus sedar kepentingan tersebut. pada hari ini, ibubapa yang berkerjaya tidak mempunyai masa untuk anak- anak mereka. apabila anak- anak bersekolah, pihak sekolah berkejasama dengan ibubapa dalam mendidik anak-anak tersebut. didikan agama juga penting dalam menangani masalah ini. sekian dan terima kasih.

    Admin: Terima kasih di atas pendapat anda itu.

  16. pd pndpat saya,slh 1 sbb utama mslh displin pljr adlh b’punca drpd diri sndiri n karangan ini krg mmpamerkn cara mengatasi

  17. saya secara peribadi berpendapat… guru harus bijak menyesuaikan diri dengan pelajar. cuba mendampingi, dekati pelajar dan jiwai apa yang tersirat. InsyaAllah… dengan keikhlasan seorang guru mudah-mudahan pelajar mampu menilai dan menghargai dirinya sendiri bahawa ada yang prihatin dan sudi mendekatikati masalahnya. era moden ini, cara hukuman sperti merotan, gantung sekolah dan mengadu kepada pihak atasan tidak berkesan kerana faktor usia remaja yang smemangnya di ketahui adalah fasa mereka di usia remaja ini adalah mudah cepat memberontak dan meniru.

  18. kalo buat ikut asas karangan macam ni boleh dapat markah banyak ke?thnx…

  19. cara mengatasi kurang sangat…..

  20. aikk, seksi-seksi amacam pandai bergaul dong…

  21. kurang cara mengatasi

Tinggalkan jawapan