Kesan-kesan penggunaan Internet dan e-mel secara meluas

    Dalam era perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang begitu pesat, Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Internet merupakan rangkaian komputer komunikasi yang terbesar di dunia. Rangkaian induk ini menggabungkan ratusan ribu sistem komputer lain. Lebuh raya maklumat antarabangsa ini tidak dimiliki sesiapa dan tidak ada pihak yang mampu mencegahnya di bawah konsep langit terbuka. Intemetjuga menawarkan kemudahan e-mel. Sesungguhnya, Internet ini mendatangkan pelbagai implikasi.

    Masyarakat berilmu dapat diwujudkan dengan adanya Internet. Melaluinya, ungkapan “katak di bawah tempurung” tidak timbul lagi. Pengguna komputer hanya perlu menggunakan hujung jari bagi menjengah maklumat terkini dalam semua bidang. Peristiwa yang berlaku di mana-mana sahaja dapat kita ikuti dengan serta-merta. Hal ini membolehkan kita membina satu masyarakat yang  berilmu.

    Internet banyak membantu dunia perniagaan. Pengusaha dapat mengiklankan perkhidmatan atau barang dalam ruang siber dan mendapatpulangan daripadanya. Misalnya, kini RTM-Net mendapat 90,000 pelanggan manakala Utusan Malaysia Online memikat setengah juta pengguna. Melaluinya, pasaran global dapat dicapai secara terus. Perbankan, urus niaga saham, penerbitan, dan pengiklanan juga dijalankan melalui Internet. Urus niaga jual beli dapat dijalankan serentak dengan berbekalkan nombor kad kredit yang sah. Pelaburan antarabangsa dapat berkembang pesat. Para pelabur, baik dalam pertukaran asing, Baham mahupun perniagaan, dapat menghubungi pihak sasarannya.

     E-mel pula berkesan dalam komunikasi pelbagai hala. Kemajuan ini telah mendekatkan hubungan sesama negara dan man usia. Penggunaan teknologi digital optik fiber menggantikan filem dan video. E-mel ibarat pejabat pos, manakala jaringan telekomunikasi berupa posmen. Surat-menyurat dan maklumat dapat dihantar ke seluruh pelosok dunia dalam sekelip mata sahaja asalkan dapat sambungan Internet. Perhubungan antara manusia telah dipermudah dan dipercepat lagi .


Internet juga akan merevolusikan dunia pendidikan. Pendidikan jarak jauh dapat dijalankan. Pelajar dapat memilih kursus-kursus kesukaannya bila-bila sahaja. Pelajar juga tidak perlu menghadiri kuliah dan tinggal di kampus. Dengan menggunakan CD-rom, pemelajaran dan perolehan ilmu tidak membosankan. Latihtubi dapat dijalankan dan kelemahan pelajar mudah di betulkan. Hal ini mendatangkan kesan yang berlipatganda. Para pengajar dan pelajar juga dapat memperoleh maklumat dan dari universiti di seluruh dunia.

         Internet bagaikan pisau tajam. Pisau dapat mengukir sesuatu yang indah, dan juga dapat membunuh. Inilah pancaran kesannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menyalurkan maklumat yang berunsur pornografi, propaganda, ajaran sesat, dan sebagainya melalui Internet. Adalah sukar bagi kita menghalang, menyaring, dan menyekat penggunaan dan pengaliran bahan negatif daripada meresapi minda kita. Hal ini memang membimbangkan kita. Pemuda pemudi kita mungkin terdedah kepada nilai yang bercanggah dengan nilai murni kita. Akibatnya, keruntuhan sosial mungkin berlaku. Internet menjajakan seks dan menyebarkan fitnah Berta menjadi lebuh raya sampah dan jaringan lucah berkelas dunia.

         Internet juga membuka jalan kepada jenayah komputer. Orang yang mahir dalam komputer dapat menceroboh masuk ke dalam sistem komputer sesebuah syarikat menerusi laman webnya di Internet. Mereka mahir memecahkan kod sekuriti komputer untuk memasuki sistem komputer itu. Mereka akan mencuri maklumat penting untuk dijual kepada pesaing syarikat tersebut. Mereka juga dapat menukar atau merosakkan data di dalam komputer itu. Ada pula penjenayah yang menyebarkan virus tertentu melalui e-mel sehingga melumpuhkan sistem komputer. Terdapat pula pihak-pihak yang menganjurkan “skim cepat kaya” diInternet untuk menipu orang. Mereka mempelawai pengguna Internet menyertai skim itu dengan membayar yuran penyertaan. Sebenarnya, skim sedemikian tidak selamat dan orang yang menyertai skim tersebut kehilangan yuran penyertaan mereka. Sudah ada banyak kes penipuan dan jenayah komputer dilaporkan dalam akhbar. Hal ini menunjukkan Internet amat berbahaya jika disalahgunakan.

         Ketagihan Internet juga akan mengubah hidup dan peribadi seseorang. Kita tidak perlu berganjak dari kerusi untuk mengikuti perkembangan antarabangsa. Orang yang dilanda “demam” Internet mungkin melupakan corak hidup yang perlu dilaksanakan. Mereka akan mengabaikan produktiviti kerja. Ibu bapa mengabaikan anak-anaknya. Manusia mungkin memencilkan diri semata-mata hendak menyelami maklumat dalam Internet yang tanpa batasannya. Amalan hidup berkelompok, bagai aur dengan tebing, akan terhakis. Sebaliknya, akan muncul amalan enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Oleh rtu, Internet merenggangkan hubungan sesama  manusia.

Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi banyak mengubah kehidupan manusa. Kemajuan ini membukajendela kepada kemungkinan, kegilaan, dan malapetaka baru, bergantung pada cara-cara kita memanfaatkannya atau  menyalahgunakannya. Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka ketika mereka melayari Internet. Ketahanan diri itulah yang menjamin kita tidak diracuni unsur negatif melalui Internet.

 

About these ads

27 Respons

  1. saya perlukan, mengapa rangkaian sosial merupakan cara yg berkesan bagi menyampaikan dakwah, sila email saya, TQ

  2. nak share erk.. tq..

  3. nak shared erk… tq.

  4. mohon izin untuk bahan menulis esei

  5. salam

  6. yeah!tq

  7. terima kasih bnyak2 .

  8. terima kaseh..ini sgt mmbntu sya untok mghasilkn krgn sekolah..

  9. mnta izin utk djadikan rujukan..tq =)

  10. say perlukan kajian tntang kesan penggunaan internet kepada pelejar,,,, jika anda mempunyai maklumat,,, sila e-mail kan kepada say,…

  11. saya perlukan kajian yang pernah di buat oleh pengkaji-pengkaji bebelum ini, jika anda mempunyai maklumat tersebut, sila e-mail kan kepada saya,… saya sangat memerlukan pertolonga anda.

  12. alhamdulillah

  13. pggunaan internet kdg2 mmang bgus….tapi, ade klngan yg menyalah gunakannya…..fikir kan lahhhh…

  14. mohon izin tuan untuk dijadikan rujukan

  15. mohon izin tuan empunya untuk dijadikan rujukan….
    terima kasih..

  16. erm,..bagus ar karangan nie…bleh d jadikan rujukan utk wat esei sayer…

  17. mohon izin tuan untuk dijadikan rujukan.
    terima kasih.

  18. mmg bgus la web nie dpt la bntu sy buat r&d ttg prjek seni,, mtk izin blh x nk ambk atkl nie?

  19. terima kasih banyak kepada tuan

  20. emmm bgus gak ade web ni…jd smber rujukanku………………………………….

  21. emmm komennyer…pgunaan internet mmg bnyk mbntu ..tp ade prkara negetifner…both side…biaserler….

  22. [...] Kesan-kesan penggunaan Internet dan e-mel secara meluas [...]

  23. karangan yang sangat membantu dalam menambahkan ilmu pengetahuan……

  24. karangan ini sangatlah membantu..
    terima kasih..

  25. mohon dari tuan untuk dijadikan rujukan. semoga rujukan ini memberi manfaat kepada semua… terima kasih…

  26. nk dijadikan bahan rujukan

  27. mohon izin tuan untuk dijadikan rujukan.
    terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: