Jenayah di kalangan pelajar dan remaja.

Hari ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan pelajar dan remaja. Kejadian jenayah tersebut telah menggambarkan keseriusan kejadian jenayah di kalangan pelajar dan remaja. Semakin hari kes-kes jenayah ini semakin berleluasa.lsu ini sungguh memalukan memandangkan negara kita sekarang merupakan negara yang sedang pesat membangun. persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar dan remaja dan apakah masalah ini dapat diatasi?

Jika dikaji begitu banyak punca berlakunya kes-kes jenayah di kalangan remaja. Antaranya ialah didikan yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa ialah orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah di kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab hakiki mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Inilah punca utama yang menyebabkan akhlak pelajar-pelajar dan remaja-remaja runtuh. Natijahnya mereka tergamak melakukan jenayah berat seperti merogol, membunuh, menyamun, dan peras ugut.

Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar-pelajar dan remaja-remaja kerana mereka sungguh rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempaMempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Jika mereka bijak memilih rakan yang dapat memimpin mereka, mereka tidak akan mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral. Sebaliknya jika mereka tersalah pilih rakansudah pastimereka juga akan berkelakuan tidak bermoral kerana sememangnya remaja-remaja mudah terikut perangai rakan. Di sinilah berpuncanya kegiatan jenayah seperti peristiwa membakar sekolah, kes ragut, dan sebagainya.

Selain itu, media massa juga menjadi punca kegiatan jenayah di kalangan remaja.Tidak dinafikan kemudahan seperti Internet, e-mel, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur. Akan tetapi banyak juga kesan-kesan negatif daripada kemudahan ini. Jika tidak dimanfaatkan dengan betul. Contohnya, menyalahgunakan Internet untuk memalsukan data-data penting, menonton gambar-gambar lucah, dan sebagainya yang akan mendorong mereka untuk melakukan jenayah seperti rogol, bunuh, pengedaran pil-pil khayal, dan dadah.

Namun begitu, segala jenayah di atas dapat dibendung jika perhatian dan pendekatan yang lebih diberikan kepada remaja-remaja tersebut. Contohnya, ibu bapa hendaklah memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak ketika di rumah kerana segalanya bermula daripada rumah. Pendidikan agama dan nilai-nilai murni mestilah diterapkan supaya anak-anak dapat menilai antara perkara baik dan buruk.

Remaja juga haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya remaja mudah ter- pengaruh dengan kawan-kawan mereka. Di sini, ibu bapa mesti tahu dengan siapa anak mereka berkawan. Pengaruh media massa juga hendaklah dibendung. Pelajar hanya perlu mengetahui maklumat-maklumat yang hanya berkaitan tentang pelajaran sahaja. Cara sebegini dapat menghasilkan pelajar bermaklumat sekaligus dapat membendung jenayah di kalangan remaja.

Selain itu, pihak sekolah juga perlu memantapkan lagi disiplin sekolah bagi menjamin kegiatan salah laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahau. pelajar seperti ponteng sekolah, merokok, menghisap dadah, atau memukul pelajar lain hendaklah didenda setimpal dengan kesalahan mereka. Ibu bapa mereka juga harus ke sekolah untuk berbincang bagi mencari pendekatan awal dalam mengatasi masalah yang lebih serius.

Kuat kuasa undang-undang hendaklah diperketatkan. Remaja bawah umur yang melakukan kegiatan jenayah berat seperti bunuh hendaklah dikenakan hukuman mati mandatori bagi memberi pengajaran kepada remaja-remaja lain.

Kesimpulannya, pelajar-pelajar haruslah didedahkan kepada isu-isu semasa, kempen-kempen, khemah kerja, motivasi dan sebagainya bagi menyedarkan mereka bahawa merekalah generasi pemangkin negara. Sekali gus, perkara sedemkian dapat memberi pengajaran kepada mereka. Golongan tersebut juga perlu mengetahui bahawa segala kes jenayah akan merosakkan masa depan mereka.

About these ads

50 Respons

  1. masei bebyk . nsib baik jmpa , siap la karangan ak nhe ,
    thanks arr ! ;)

  2. 也不这么样啦。==

  3. karangan yang bagus…tetapi tidak ada peribahasa….

  4. Terima Kasih, ini telah membantu saya dalam projek Bahasa Melayu saya. Jika saya tidak terjumpa artikel ini, nampak-nampaknya saya akan tidur pukul 3 pagi:)

  5. its nice.it helpful to me for finish my essay and ‘esei’ for competition.it helpful for me and i reliese that we must becareful before choose friend for us.

  6. THX…NASEK BEIK NMPAK NIE KLU X X SIAP KARANGAN CAYE…

  7. punca ade, langkah nk bendung pun ade, kesannya xde ke???

  8. bnyakkan perumpamaan,kosa kata yang menarik dan huraian contoh :)

  9. fuck you

  10. thnx coz buat blog ni its really help me a lot with my assignment!!! anyway thnx yeah!!

  11. bolehkah tuan berikan maklumat mengenai jenayah siber,punca-punca.kesan jenayah siber…..

  12. […] Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk menggalakkan supaya masyarakat membantu pihak berkuasa membendung jenayah dalam kalangan pelajar dan remaja? […]

  13. npe xdew byk peribahasa? tp msh mantap…………

  14. […] tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara membendung jenayah dalam kalangan pelajar dan remaja. Panjang ringkasan anda hendaklahtidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan […]

  15. bagus…ini mengurangkan kes dlm ngRa kITa…..sya sokong..

  16. …nice jOb…
    …tP isi-isi tentang punca jenayah kurg…
    …sy ngh bLank nie cr idea 2k pemBentangan kOlOkium tentang tajuk jenaYah nie…
    …anYwaY,tQ 4 the infOrmation…

  17. thanx a lot,,i can copy n paste for pengajian am subject,,huhu,, ;)

  18. menarik

  19. good trutama untk munirah n azierah ny!!

  20. thanks sbb bg isi 2 yg bleh dgunakan dlm exam….

  21. wow..
    interesting…
    tp saya nak
    “cara cara mengatasi”
    ONLY….

  22. […] tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara membendung jenayah dalam kalangan pelajar dan remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan […]

  23. salam…emmm…mslh remaja skrg smakin terok…especially…xina…

  24. tajuk esei ini sama dngan hw saya tqtq

  25. thanks alot..^^…nice

  26. salam,
    bolehkah tuan membantu saya dalam menambahkan isi karangan tentang peranan masyarakat dalam memantapkan keselamatan yang semakin terancam(jenayah)..??
    kerjasama tuan amat dihargai..
    i want this essay as soon as possible:)

  27. masalah remaja ni saya sendiri pun payah nak cakap.. selagi semua masyarakat tidak bersatu padu dalam membanteras jenayah ni.. selagi tu lah remaja kita akan terus rosak akhlak..

  28. huhu tgh duk cri pasal jenayah tetiba npk yg ni.thanx Allah.hik2.sape2 yg de g pasal jenayah show arr..ak nga kebingungan nih

  29. omg! this is awesome. kebetulan tgah cri esei pasal punca-punca jenayah. mind if i copy and paste?

  30. mmg bestla tp umum sgt..ak nk cri ttg kes ragut je..walau pepn syabas…

  31. sy0k gler. .wt lawh slalu k. .

  32. bolehlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

  33. thanks a lot..blh guna sbg esei dlm exam..

  34. boleh buat perbahasan tentang jenayah di kalangan remaja zaman sekarang….

  35. very intersting………………………

  36. sangat bgus……tpi ayat dan tatabahasa krang memua skan….but thank tuk impomasi…

  37. telah aku tinggalkan kepadamu dua perkara iaitu AL-QURAN dan AL-HADIS.Jika kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat selamanya.(sabda RASULLULLAH S.A.W.)

  38. askm,yang pastinya Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad untuk kesejahteraan umatnya hingga akhir zaman, so..first skali aku rase kita sbg umat islam kenelah mengamalkan segala suruhan yang maha Esa dan jgnlah sesekali mendekati laranganNya..insyaallah…

  39. bolehlah

  40. boleh saya dapatkan statistik jenayah di malaysia.

  41. ???bagus code…..bye-bye

  42. kita mestilah mengikut perangai orang yg buat kerja ni semua….wa tabik dada lahh……cayalah…….

  43. bagus!!!!!well done….good job!!!!

  44. Pelajar tidak mengambil berat terhadap kesan yang akan belaku apabila mereka melaku sesuatu yang diluar jangkaan..Selain itu,pelajar pada zaman ini telalu mengikut perkembangan sosial yang boleh melalaikan dan menghabiskn masa dengan melakukan perkara-perkara negatif..

  45. bolehkah beri maklumat tentang kesan jenayah ragut terhaap negara,masyarakat dan agama…………..

  46. kena memperbanyakkan lagi usaha untuk mendapatkan maklumat……….

  47. tajuk karangan : Perpaduan kaum . Bolehkah tuan memberi maklumat kepada saya tentang karangan tersebut ?
    Terima kasih atas bantuan tuan.

  48. very interesting

  49. good job…interesting to read…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: