Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun, sekarang kita telah mendengar pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.
Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakanyang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu.
Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Mintalah pertolongandaripada Allah supaya hati kita lebih tenang.
Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.
Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada kita.
Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen “Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kespenderaan anak-anak.
Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yangmendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.
Pihak-pihakyang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka aka:n lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi.
Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Allah yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti.





















alice tu sape.pandainya memang btl kata ko,org tua kena dihormat sentiasa.tetapi remaja zaman skrng tak begitu
terima kasih..
telah bantu saya..
“kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. ”
sy quote kata2 di atas,,
nk tnye la..
bole ke penggunaan “di kalangan”?
cikgu sy kate,ayat tu salah sbb yang sebetulnya..”dalam kalangan”.
penggunaan “di kalangan” salah sbb xsesuai kedudukan kata “di”. “di” hanyalah merujuk kpd sesebuah tmpt.
harap ada yang sudi terangkan dan bg tunjuk ajar.plizzzz!!!
ok lah tapi tahbah ckit la isi
oklah!!Tambahlah dgn punca-puncapun
salam… trima kasih atas maklumat yg diberikan. Namun blehkah tuan tambahkan dgn lebih mendalam ttg kesan penderaan dr segi psikologi, emosi, fizikal dan menal terhadap kanak-kanak itu sendiri dan juga kpd ibu bapa mreka?
tq coz bg info bleh wt rujukn utk asgmt
penderaan terhadap kanak-kanak tlah melnggar etika kemanusiaan sedagai seorang menusia, boleh tolong terangkan tentang etika itu??
bolehkah tolong terangkan faktor-faktor penderaan ini berlaku secara keseluruhan. maksudnya,faktor-faktor tersebut tidak tertumpu kepada penderaan kanak-kanak sahaja…bagaimana dengan penderaan pembantu rumah,penderaan isteri dan sebagainya???
Thx! kerna mmbantu sya .. skg saya sudah dpt maklumat yg penting utk paper work sya!
sllm terima kasih atas bantuan anda.maklumat yg bermanfaat dan sgt membantu saya dlm menyelesaikan paper work saya tq
bolehkah tuan memberikan jawapan tentang nasihat kepada para ibubapa untuk saya menyiapkan paper works saya?
bolehkah tuan memberikan jawapan tentang langkah-langkah untuk mengelakkan berlakunya penderaan ini dan juga nasihat kepada para ibubapa untuk saya menyiapkan paper works saya?
tuan, bolehkah saya tahu apakah nilai yang boleh saya gunakan dalam penderaan kanak-kanak terhadap ibu bapa ini??
salam…
pada pandangan ibu bapa yang mendera adalah seorang yang mengikut hawa nafsu. oleh itu bagi ibu bapa yang ada sifat begini, dekatknlh diri dengan tuhan
kejam betul
salam
bolehkah tuan memberi langkah-langkah pencegahan penderaan kanak-kanak dan pendidikan kesitan kepada saya untuk menyiapkan paper work saya.
artikel ini memang sesuai untuk semua pembaca kerana iya memberi banyak erti kepada kita. ibu bapa memain kan peranan yang besar untuk melindungi anak-anak. bukan nya menjadi mengsa penderaan. artikel ini memberi makna untuk saya membuat kerja amal saya. terima kasih!!
Bolehkah tuan memberi idea tentang karangan yang bertajuk Langkah-langkah untuk mengelakan penyakit berjangkit ? Terima Kasih
terima kasih memberi idea kepada say untuk membuat kertas kerja saya.Bolehkah tuan memberi mamklumat untuk saya tentang pemakanan seimbang?
terima kasih membantu saya memperoleh maklumat bagi memberikan idea mengenai kertas kerja saya.
dear sir,
i find that your article is very useful indeed. thank you for sharing with all of us.
Tuan Mazlan
Terima kasih.
Tidak menjadi kesalahan kepada sesiapa jua yang memanfaatkan sesuatu yang baik kerana hidup di dunia ini adalah perkongsian antara makhluk yang menghuni bumi ini, asalkan mendapat keredaan daripada Allah s.w.t. Insya Allah.
Kepada Tuan Mazlan,
Saya menggunakan rencana tuan sebagai maklumat tambahan kepada pelajar saya.Terima Kasih
Amalan gotong-royong semakin kurang diamalkan dalam masyarakat kita sekarang.Bagaimana cara untuk kita memupuk amalan mulia ini?
warga tua adalah golongan yang patut kita hormati kerana jasa dan sumbungan mereka.bagaimana cara kita menghargai jasa mereka?