Katak di bawah tempurung

Orang Melayu mempunyai pelbagai cabang seni bahasa yang patut dibanggakan. Antaranya ialah kemahiran dan kebijaksanaan membina dan mencipta kata-kata bidalan, perumpamaan, pantun, peribahasa, dan lain-lain. Tentu kita banyak mendengar dan melihat peribahasa orang zaman dahulu. Antaranya ialah ‘kacang lupakan kulit’, ‘bagai isi dengan kuku’, ‘air dicincang tidak akan putus’, dan lain-lain. Semuanya sudah sinonim dan terkenal dengan masyarakat masa kini.

Salah satu peribahasa yang amat terkenal ialah ‘seperti katak di bawah tempurung’. Peribahasa ini rnembawa maksud orang yang tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya. Peribahasa ini amat berguna dan bermakna kerana ia membawa maksud orang seperti ini tidak mengetahui kejadian yang berlaku di sekelilingnya. Maka jadilah seperti seekor katak yang berada di bawah tempurung yang tidak tahu apa yang berlaku di luar tempurung tersebut. Ia seolah-olah terkurung dan tidak dapat rnembezakan keadaan di dalam dan di luar.

Peribahasa ini bolehlah dikaitkan dengan satu kisah yang berlaku pada diri seorang wanita bernama Aminah. Dia tinggal seorang diri setelah ibu bapanya meninggal dunia lebih kurang tiga tahun yang lain. Dia tidak hidup melarat kerana ayah dan ibunya telah meninggalkan harta yang banyak. Aminah seorang yang agak pendiam dan tidak mempunyai ramai kenalan. Dia cuma mengharapkan wang daripada harta yang ditinggalkan oleh ibu bapanya untuk menyara kehidupannya. Wang daripada pajakan tanah sawah seluas lima relong, tanah kebun seluas lima hektar, rumah sewa sejumlah lima buah, serta rumah sendiri memberikan pendapatan yang lumayan. Aminah seorang yang pendiam dan jarang berbual. Dia tidak stika menonton televisyen atau membaca surat khabar. Oleh itu, sudah tentu dia tidak rnengetahui hal-hal yang berlaku di sekelilingnya.

Hari-hari yang dilalui oleh Aminah berjalan seperti biasa sehinggalah pada suatu hari dia didatangi oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Osman. Dia datang menemui Arninah kerana dia hendak menjual tanah seluas empat hektar kepada Aminah. Alasannya ialah dia tidak mahu tanah itu jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Aminah yang berminat untuk rnembeli tanah tersebut telah meminta Osman menyerahkan geran tanah yang hendak dijual itu. Osman bersetuju lain pulang ke rumahnya Aminah berasa gembira kerana dia memang berhajat untuk membeli tanah itu untuk menambahkan hartanya. Malah, bagi Aminah dengan pembelian tanah itu dia rnampu untuk menambah pendapatan bulanannya.

Dua hari kemudian, Osman datang lagi bersama-sama dengan geran tanah yang dipinta oleh Arninah tempoh hari. Setelah ditunjukkan kepada Aminah, mereka berbincang tentang harga yang dipersetujui. Osman ingin menjual tanah tersebut sebanyak RM75,000.00 tetapi Aminah meminta dikurangkan kepada RM70,000.00 sahaja. Osman bersetuju lalu meminta bayaran sebanyak RM50,000.00 sebagai pendahuluan. Aminah memberitahu bahawa wangnya ada di bank. Lalu, Osman mencadangkan mereka pergi ke bank bersama-sama untuk mengambil wang tersebut. Aminah bersetuju dengan cadangan Osman untuk memberikan RM50,000.00 kepada Osman sebagai pendahuluan.

Bakinya pula akan diberi semasa membuat pertukaran nama pada geran nanti. Osman yang amat gembira dengan pemberian wang tersebut berjanji akan datang dengan segera untuk menyelesaikan hal pertukaran nama pada geran tanah tersebut. Aminah pun pulang dengan rasa senang hati kerana sudah harnpir pasti dia akan memiliki tanah itu.

Apabila hari yang dijanjikan, Aminah menunggu Osman di perkarangan Pejabat Tanah. Dia rnenanti dengan penuh harapan agar Osman muncul untuk menyelesaikan perkara itu. Tetapi hampir empat jam Aminah menunggu, namun bayang-bayang pun tidak kelihatan. ilia cuba menghubungi nombor telefon yang diberi oleh Osman namun ternyata nombor itu adalah palsu. Dia yang berasa tidak senang hati telah masuk ke dalam Pejabat Tanah dan meminta salah seorang daripada pegawai di situ rnenyemak geran tanah yang dikatakan milik Osman itu. Ternyata geran tanah itu adalah palsu. Pegawai itu menyatakan bahawa semua kakitangan sudah diberitahu tentang seorang lelaki yang menjalankan aktiviti penipuan penjualan tanah di serata tempat. Pihak mereka juga telah mengiklankan kegiatannya di akhbar-akllbar, televisyen, dan majalah.

Nyatalah Aminah ditipu dan dia menyesal kerana tidak mahu mengambil tabu tentang perkara yang berlaku di sekelilingnya. Osman merupakan seorang penipu dan orang kampung sudah pun dimaklumkan mengenai kegiatannya. Aminah hampir pengsan mengenangkan nasibnya yang ditipu oleh Osman.

Kesimpulannya, kita perlulah mengambil iktibar tentang kejadian yang berlaku ke atas diri Aminah. Dari kisah tersebut, dapatlah kita rumuskan bahawa keadaan ini merupakan satu kerugian kepada kita. Biarlah kita menjadi seorang yang tabu segala yang berlaku di sekeliling kita. Janganlah menjadi seperti ‘katak di bawah tempurung’, kelak kita juga yang akan rugi.

About these ads

9 Respons

  1. Terima Kasih di ucapkan kerana memberi penjelasan yang detail. Saya akan ikut apa yang cikgu sarankan.
    Terima kasih. Zailina

    Mazlan. Semoga anak puan mendapat markah yang memuaskan. Yang pentingnya berusaha. Insya Allah.

  2. 1. Pelajaran Lemah

    * Sering diabaikan oleh pelajar.
    * Sepatutnya ianya perlu diberi keutamaan semasa membuat ulangkaji kecuali hampir dengan peperiksaan.
    * Banyak bertanya untuk memudahkan anda memahaminya.
    * Cuba sedaya upaya untuk memahami dan menguasai pelajaran ini.

    1. Mata Pelajaran Yang Memuaskan:

    * Jangan mengambil mudah jika anda memahami sesuatu pelajaran dan mas yang lebih juga perlu diberi kepada pelajaran ini bagi memastikan keayaan anda.
    * Sewaktu peperiksaan, lebihkan masa untuk pelajaran seperti ini .

    Cara-Cara Mengulangkaji / Kesannya :

    1. Mencoret / mengaris rangkaikata penting dari nota.
    2. Mengulangkaji nota dan buku teks.
    3. Kerja Rumah/ Latihan.
    4. Ulangkaji dengan soalan bentuk objektif
    5. Mengulangkaji dengan contoh-contoh jawapan kertas peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan.
    6. Mengulangkaji melalui ujian-ujian yang diberi oleh guru.
    7. Mengulangkaji secara lisan (soal jawab bersama-sama rakan)

  3. Jenis-Jenis Ulangkaji:

    1. Mengulangkaji pelajaran harian.

    -Ia mesti dilakukan pada hari itu juga selepas balik dari sekolah.

    2. Mengulangkaji pelajaran yang telah seminggu atau lebih –

    – Biasanya pelajaran ini masih bersangkut paut dengan pelajaran terdahulu.

    – Ulangkaji ini mustahak bagi membolehkan anda mendapat pandangan secara menyeluh tentang topik tersebut.

    – Kita menapis nota-nota yang telah dibuat dan pilih yang terpenting sahaja

    – Ia bertujuan untuk menjadikan nota kita tidak banyak dan berat .

    – Nota-nota penting inilah yang perlu diulangkaji selalu.
    3. Mengulangkaji pelajaran sepenggal / setahun.

    * Gunakan nota-nota penting dalam bahagian 2 untuk mengulangkaji beberapa topik sepanjang penggal atau tahun.
    * Anda masih boleh menyelidik mana-mana bahagian yang masih kurang difahami dan cuba fahami bahagian tersebut.

  4. Tujuan mengulangkaji ialah untuk mengingati semula isi pelajaran. Kekerapan mengulangkaji pelajaran mencerahkan peluang anda untuk berjaya dalam peperiksaan.

    Kepentingan Mengulangkaji:

    * Menguatkan hafalan dan ingatan anda.
    * Menjadikan isi pelajaran lebih jelas.
    * Dapat memberi perhatian kepada bahagian-bahagian yang kurang difahami.
    * Dapat menambahkan fahaman anda secara keseluruhannya.

  5. Membaca sebelum menghadiri ke kelas sering diabaikan oleh pelajar walaupun sedar akan kepentingannya.

    Kelebihan Membaca Sebelum Ke Kelas:

    * Berupaya melihat gambaran pelajaran anda dengan lebih jelas.
    * Boleh menentukan perkara-perkara uyang kurang difahami dan bersedia dengan soalan untuk menyoal guru.
    * Merasa lebih aktif dan bersemangat dalam kelas.
    * Tahu lebih awal topik yang akan dipelajari.
    * Lebih yakin bila menjawab soalan guru.
    * Mudah memetik / membuat nota dari penerangan guru.
    * Menambah daya ingatan anda (proses ulangan)
    * Memudahkan anda memahami sesuatu topik.

  6. Cara Membaca:

    * Menggaris
    * Membezakan isi-isi penting (Terpenting,penting dan keterangan)
    * Meneliti rajah-rajah
    * Membuat nota-nota dari bacaan anda. Ini akan meringankan beban anda.
    * Mengenal isi sepintas lalu seperti kandungan,tajuk utama,tajuk kecil dll.
    * Mengulangkaji bacaan anda daripada nota-nota yang dibuat
    * Mencuba soalan-soalan dan Latihan yang ada contoh jawapan dapat memperbaiki kelemahan diri dengan membetulkan semula kesalahan itu.

  7. Matlamat membaca ialah untuk mendapatkan pemahaman.

    * Banyak masa akan terbuang jika apa yang dibaca tidak difahami.
    * Pelajar sering keliru semasa membaca tetapi tidak berusaha untuk mendapatkan penjelasan.
    * Keadaan ini menjadikan mereka bosan dan malas membaca(putus asa).

  8. Kebanyakan orang Melayu (terutamanya pelajar) beranggapan subject BM adalah mudah bagi mereka memandangkan mereka adalah penutur jati (boleh bercakap dalam BM dengan lancar).Lantaran mereka sering menganaktirikan subject ini berbanding subject lain. Akhirnya ‘tersungkur’ dengan memperoleh markah atau gred yang rendah.

    Untuk mengatasi kebuntuan ini, bagi saya ada dua penawarnya iaitu proses membaca dan mengulangkaji.

    (Bersambung…)

  9. Saya mempunyai dua orang anak (12 tahun dan 13 tahun) mereka skor semua subjects kecuali BM. Keputusan pertengahan tahun jatuh dari B ke D (57%). Saya memerlukan panduan untuk memperbaiki BM mereka. Tolonglah beri tunjuk bagaimana menolong mereka. terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 41 other followers

%d bloggers like this: