Amalan Membaca

  • Sikap suka membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih tidak boleh dibanggakan walaupun berbagai-bagai program dan kempen galakan membaca giat dijalankan.
  • Purata rakyat Malaysia membaca dalam setahun hanya satu muka surat.
  • Bahan bacaan bermutu masih kurang terdapat di negara kita terutama bahan dalam bahasa Melayu.
  • Walaupun terdapat golongan yang membaca namun mereka hanya membaca bahan berbentuk hiburan dan bukan yang berbentuk akademik.
  • Terdapat pelbagai sebab mengapa amalan membaca ini belum lagi menjadi suatu budaya dalam kalangan rakyat Malaysia. Antaranya ialah tradisi membaca ini memang tidak wujud sejak dahulu lagi di negara kita.
  • Masyarakat sekarang lebih dipengaruhi oleh media lain yang lebih mudah untuk mendapatkan maklumat dan hiburan seperti radio, televisyen, dan internet.
  • Faktor lain ialah sikap rakyat kita sendiri yang mengambil mudah terhadap amalan ini dan menganggapnya sebagai suatu beban.
  • Selain itu, bahan bacaan yang sesuai dan berpatutan harganya sukar diperoleh terutama bahan dalam Bahasa Melayu.
  • Kurangnya tempat yang menyediakan kemudahan dan bahan bacaan yang sesuai juga merupakan antara faktor yang menyebabkan kurangnya sikap suka membaca dan jika ada pun tempat seumpama itu keadaannya seperti “hidup segan mati tak mahu”.
  • Rakyat kita juga kurang mendapat galakan untuk membaca terutama golongan kanak-kanak dan pelajar.

  • Terdapat pelbagai pihak yang perlu memainkan peranan penting dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat.
  • Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebaikan dan faedah membaca.
  • Pelbagai kempen, pameran, dan pesta buku diadakan sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa.
  • Di samping itu, cukai import bahan bacaan dari luar negara turut dikurangkan agar bahan itu dapat dijual dengan harga yang lebih mampu dibeli.
  • Selain bahan dari luar negara, kerajaan juga memberikan insentif khas kepada penerbit tempatan untuk menggalakkan mereka lebih banyak menerbitkan buku.
  • Kemudahan untuk aktiviti membaca seperti perpustakaan perlu disediakan bukan sahaja di kawasan bandar malah juga di luar bandar dan ini termasuklah perkhidmatan perpustakaan bergerak.
  • Di peringkat sekolah, guru berperanan besar menarik minot pelajar membaca.
  • Pusat sumber sekolah harus dilengkapkan dengan kemudahan yang selesa untuk aktiviti membaca di samping mempunyai bahan bacaan yang mencukupi dan sesuai untuk peringkat remaja.
  • Sudut bacaan harus diwujudkan di sekitar sekolah, malah di dalam setiap bilik darjah juga perlu diadakan satu sudut untuk aktiviti membaca.
  • Program-program yang berkaitan dengan membaca harus diperbanyak seperti kempen membaca dan pertandingan membaca.
  • Namun langkah yang lebih penting dan berkesan bermula pada peringkat awal, iaitu semasa kanak-kanak lagi.
  • Dalam hal ini, ibu bapa haruslah memberikan galakan dan contoh yang baik untuk diikuti oleh anak-anak.
  • Mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai untuk aktiviti membaca seperti sudut bacaan, bahan bacaan yang sesuai, dan kemudahan yang selesa merupakan satu langkah bijak untuk menghasilkan generasi yang mengamalkan budaya membaca.

  • Melalui aktiviti membaca, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan terutama yang berkaitan dengan isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling kita.
  • Kita dapat memajukan diri dengan mendalami sesuatu bidang yang kita ceburi melalui pembacaan bahan yang berkaitan.
  • Selain menambahkan pengetahuan, membaca juga dapat meningkatkan daya fikir kita agar dapat berfikir dengan lebih matang dan berkesan dalam membuat pertimbangan dan keputusan.
  • Masa lapang yang diisi dengan aktiviti membaca lebih berfaedah daripada dihabiskan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
  • Terdapat golongan yang membaca untuk menenangkan fikiran. Membaca juga merupakan satu cora kita berehat.
  • Ada pendapat yang mengatakan bahawa orang yang banyak membaca akan cepat menunjukkan kematangan kerana mereka mampu berbincang tentang pelbagai perkara hasil daripada pengetahuan mereka yang luas.
About these ads

40 Respons

  1. yg ini ok sangat2 :)

  2. dpt jugak jumpa…akhirnya…mmg power la ayatnya

  3. blog yg brfaedah!

  4. blog yang ble d gna pakai

  5. blog ni memang bagus ….. sebagai panduan kpd sesiapa trutma para pelajar???????…..

  6. blog ni memang bagus …..utk mnjdi panduan kpd sesiapa trutma para pelajar???????…..

  7. terima kasih ….

  8. wah bgitu bnyk isi tentng amalan mbaca…thank u so much

  9. yang slalu aku terburu-buru selamani eventually di blog ni ada jgak. Haha
    Thanks bro!!!
    Dpt gak isinya

  10. thanks!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! suma ni amat999999999 bguna trutamanya untk glngan yg study las mnit cam saya!!! hahahahhaha……HOPE KUAQ UNTUK ESOK!!!

  11. terima kasih =)

  12. wow! thankX…..esk kluar exam psal nie..btw,,thankX….

  13. . . . .mAnTaB lArH . .tHaXx

  14. Isi isi yang cukup membolehkan kita untuk memikir tentangnya…
    tetapi,,saya mahukan kesan keseluruhannya,,,,,,,,,,
    anyway……….thankz

  15. wow..karangan ni amat utk trial saye ni…

  16. tis point very help to me to write essay

  17. tq…coz leh pakai juga..tp sy x nampak pn yg bkaitan tntang cara nak trpkan minat membaca…coz sy alami masalah x suka membaca…soeeee

  18. sy nak tahu cm na nk tanam minat membaca..haizzz hehek

  19. thanks ar….maklumat ni bnyk mmbntu, tp kurang ckit laa…apa2 pun,,boleh pakai laa..thank yao..!!!

  20. Isi-isi yang disuarakan sungguh bernas.
    Terima Kasih

  21. salam,, tengs 4 da information givenn..

  22. thank q 4 all…. dapat jgk siapkn tugasan ni.. huh.. lega.. pening pikirkannye,, banyak tugasan sngt2…

  23. woah.
    at last,dpt gak karangan pasal ni.
    mlm ni idea mmg buntu abis.
    semua2 ni amat2 lah bermakna.
    terimas2

  24. thanx a lot..really2..help me..thank you2..

  25. time kacihla…..sbenarnye bm krangan tjuk ni pnting sngat untuk lisan bm…so,thanks alot!!

  26. ty sgt..dgn isi2 pnting neyh..
    lebih mudah utk sy membuat karangan..
    thanks a lot dude ^.^

  27. setelah sekian lama saya mencari akhrinya jumpa juga..terima kasih tidak terhingga

  28. tq. boleh membantu…

  29. trime ksih bnyk2….isi2 ni bgus sngt2 untuk karangan sy…sy x perlu susah2 untuk membeli buku rujukan yg mhl2…jwpn hnya dihujung jari shaja…trima kasih…

  30. finallyyy!!! thanks a lot rrr!!

  31. tanks a lot.. finally no need to get scholding from teacher anymore….

  32. terima kasih2!!
    blog ni dh tlg sy buat esei….

  33. alohha!!!!!!!!!bgus gak benda ni..

  34. teeerima kasih..

  35. selain itu jugak amalan membaca dapat meningkatkan penggunaan perbendaharaan kata. maknanya individu mempunyai keistimewaan dalam menggunakan ayat2 atau perkataan2 yang menarik dan gramatis dalam komunikasi atau penulisan

  36. wah… blog tuan banyak membantu kami, terutama dalam mencari isi karangan… tahniah.. terima kasih..

  37. wei apa u ingat latchmi ini dah pun panduan yang subjektif bodoh……..namun terima kasih utk. panduan ini encik admin

  38. Perlukan sesuatu yang lebih subjektif dan mendalam namun terima kasih kerana mampu digunakan sebagai garis panduan.

  39. useful to my school mock exam….anywayx thank a lot….^ ~ ^

  40. thank u so much!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: