Permainan Tradisional

  • Semua kaum mempunyai jenis permainan tradisional mereka masing-masing.
  • Permainan tradisional bukan hanya dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa.
  • Kebanyakan permainan tradisional tidak memerlukan belanja yang besar untuk dimainkan kerana bahan yang digunakan boleh didapati dengan mudah di kawasan sekitar.
  • Permainan tradisional boleh dimainkan secara individu atau berkumpulan.
  • Permainan tradisional juga tidak terhad kepada kaum lelaki sahaja malah kaum wanita turut mempunyai jenis permainan tradisional mereka sendiri.
  • Contohnya permainan tradisional orang dewasa ialah permainan wau, gasing pangkah, dam haji, sepak raga dan sebagainya.
  • Contoh permainan tradisional kanak-kanak ialah layang-layang, ting-ting, kunda kindi, galah panjang, congkak, batu seremban dan banyak lagi.
  • Melalui permainan tradisional kita dapat memupuk semangat perpaduan, rasa muhibah dan mesra dalam kelompok masyarakat.
  • Dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang sia-sia.
  • Melalui permainan tradisional yang dimainkan secara berkumpulan, secara tidak langsung semangat kerjasama antara ahli kumpulan dapat dipupuk.
  • Melalui permainan tradisional juga kita dapat mengenali budaya kaum lain kerana permainan tradisional itu sendiri merupakan lambang dan menggambarkan corak kehidupan masyarakat tersebut.
  • Permainan tradisional juga mempunyai nilai tradisi yang tinggi kerana di dalamnya terkandung pelbagai nilai budaya masyarakat yang memilikinya.
  • Selain itu, permainan tradisional juga merupakan satu bentuk hiburan masyarakat zaman dahulu.
  • Permainan tradisional ini harus didedahkan kepada masyarakat di peringkat rendah lagi terutama kanak-kanak kerana kebanyakan remaja sekarang sudah tidak mengenali permaiinan tradisional warisan nenek moyang mereka.
  • kerajaan melalui Kementerian Pelancongan harus mengambil langkah-langkah yang agresif untuk memperkenalkan permainan tradisional ini sama ada di dalam atau luar negara.
  • Tempat-tempat khas seperti Taman Budaya untuk mengadakan demontrasi permainan tradisional ini harus diperbanyak dan diperhebat peranannya.
  • Publisiti yang meluas terhadap permainan tradisional harus diberikan, terutama di luar negara melalui badan-badan korporat seperti MAS dan Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan.
  • Permainan tradisional hrus diperbanyak dan jika boleh dimasukkan ke dalam kalendar tahunan pelancongan negara.
  • Majlis-majlis sosial terutama yang berkaitan dengan seni dan budaya harus memasukkan permainan tradisional ini sebagai salah satu acara mereka.
  • Di peringkat sekolah pula, pelajar-pelajar merupakan golongan sasaran yang paling tepat untuk didedahkan kepada permainan tradisional iaitu melalui aktiviti kokurikulum.
About these ads

3 Respons

  1. martabatkan sukan Melayu kita..siapa lagi yang akan membawa bUDAYA MELAYU kalau bukan kita sendiri..
    kalau boleh komersialkan pertandingan dam haji diperingkat antarabangsa..
    jika Malaysia menjadi tuan rumah untuk sukan tertentu seperti SUKAN SEA, kita anjurkan dam haji..

  2. what a fucking passage=.=

  3. ========
    ========

    KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK SINI: http://www.leoxa.com/
    (THEMENYA TERLAMPAU CANTIK & BOLEH PULA LETAK ADSENSE)

    ========
    ========
    ramai yang telah berpindah daripada blog-blog lain ke blog Leoxa.com kerana theme yang sangat cantik

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 41 other followers

%d bloggers like this: