Pendapat: Aktiviti perindustrian boleh mendatangkan kesan yang negatif.


Saya bersetuju dengan pendapat itu. Memang di samping kesan positif, terdapat juga kesan yang negatif seperti pencemaran alam sekitar. Misalnya dengan wujudnya kilang-kilang, maka didapati pencemaran alam sekitar tidak dapat dielakkan. Pencemaran udara berlaku akibat asap yang keluar dari kilang-kilang tersebut. Sesetengah pengusaha kilang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri. Mereka sanggup membuang sisa-sisa toksid ke dalam sungai atau laut. Dengan itu, berlakulah pencemaran air.

Kilang juga mengeluarkan bunyi bising daripada jentera atau mesin yang mereka gunakan. Selain itu, aktiviti perindustrian juga menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini kerana tenaga kerja yang ramai diperlukan dan negara kita kekurangan tenaga buruh. Seperti yang kita sedia maklum, kemasukan buruh asing ini boleh menjejaskan peluang pekerjaan penduduk tempatan dan tenaga kerja asing ini juga sering kali menimbulkan masalah sosial yang lain seperti masalah jenayah dan membawa penyakit yang berbahaya seperti AIDS.

Di samping itu, pembinaan kilang-kilang juga menyebabkan banyak hasil pertanian yang berkurangan. Ini kerana untuk mendirikan kilang-kilang, banyak tanah atau kawasan yang digunakan untuk tanaman hasil pertanian telah digunakan seperti ladang getah, ladang kelapa sawit, dan sawah padi. Sekiranya hal ini berterusan, negara kita akan mengalami masalah kekurangan hasil pertanian yang serius dan kita terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mengimport hasil pertanian tersebut.

Terdapat juga kawasan-kawasan perindustrian yang didirikan di kawasan bandar seperti di Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Ipoh dan Bandaraya Georgetown. Kawasan-kawasan ini menjadi semakin sesak dengan kenderaan yang keluar masuk dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk sehingga tidak terkawal terutamanya pada waktu pagi dan petang.

Tentang masalah pencemaran dari kilang, pihak kerajaan, khususnya Kementerian Sains dan Alam Sekitar hendaklah sentiasa membuat lawatan ke kilang-kilang yang sedang beroperasi di seluruh negara ini. Kementerian tersebut harus memastikan pihak pengusaha kilang-kilang berkenaan menggunakan penapis asap kerana terdapat banyak pengusaha kilang yang tidak menggunakan alat tersebut.

Di samping itu terdapat juga kilang-kilang yang memasang alat tersebut pada corong asap, tetapi oleh sebab terlalu lama tidak digantikan dengan yang baru, maka alat tersebut tidak berkesan lagi. Pada pendapat saya mereka harus diberi amaran keras bagi kesalahan pertama dan denda yang berat bagi kesalahan yang berulang. Bagi masalah pembuangan bahan sisa toksid, agak sukar untuk membanteras kegiatan ini kecuali dengan kerjasama orang ramai. Dalam usaha untuk menangani masalah ini, saya rasa orang ramai harus memberi kerjasama dengan melaporkan kepada pihak yang berkuasa sekiranya ternampak kegiatan tersebut dilakukan.

Dalam hal ini, pihak media elektronik juga perlu mendedahkan kepada orang ramai tentang rupa bentuk kegiatan tersebut dan rupa bentuk bahan toksid yang berbahaya itu. Usaha ini adalah merupakan kempen untuk menghapuskan kegiatan yang tidak bertanggungjawab itu. Sekiranya ada kerjasama daripada pihak kerajaan, pihak media,dan orang ramai, kegiatan ini dapat dipatahkan.

Seperti yang kita sedia maklum, kawasan perindustrian merupakan sebuah kawasan yang besar dan terdapat banyak kilang yang didirikan di kawasan tersebut. Oleh sebab keadaan jalan raya di negara kita masih belum sempurna iaitu tidak cukup luas untuk menampung jumlah kenderaan yang banyak di kawasan perindustrian itu, maka akan berlakulah kesesakan.

Kenderaan yang banyak menggunakan jalan raya di kawasan tersebut merupakan kenderaan berat untuk mengangkut barang-barang, bas kilang yang membawa pekerja kilang, dan kereta serta motosikal orang perseorangan. Kesesakan ini biasanya berlaku antara pukul 9 hingga pukul 11 pagi dan antara pukul 4 hingga pukul 6 petang. Hal ini mungkin dapat dielakkan sekiranya tidak terlalu banyak kilang-kilang didirikan di satu tempat yang sama.

Jika masalah ini tidak dikawal maka negara kita mungkin akan mengalami masalah yang rumit untuk mengatasi pencemaran udara dan air. Begitu juga dengan masalah kesesakan lalu lintas. Udara dan air yang tercemar akan mengakibatkan pelbagai penyakit. Industri pelancongan juga akan turut terjejas kerana pelancong tidak berminat lagi untuk melancong ke negara yang udaranya tidak bersih dan sesak. Sekiranya kesihatan kebanyakan rakyat terjejas, usaha-usaha pembangunan akan turut terbantut dan wawasan pemimpin kita tidak akan tercapai.

About these ads

7 Respons

  1. errr…..panjangnya…

  2. wow

  3. kurang memuaskan

  4. hauydgyca

  5. sangat bagus,,,,,

  6. saya sangat setuju dengan apa yang dukatakan ………….tetapi sy ingin tahu lagi dari segi kesihatan

  7. cikgu, poin poin ini bagus sekali

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: