Bahas: Permainan Video Komputer Lebih Banyak Mendatangkan Keburukan Kepada Pelajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, panel hakin yang sentiasa menegakkan keadilan dan sidang hadirin yang saya hormati. “Permainan Video Komputer Lebih Banyak Mendatangkan Keburukan Kepada Pelajar”, begitulah tajuk perbahasan kita pada hari ini. Sebagai pembahas pertama bagi pihak pencadang, saya dengan tegas menyokong rajuk ini sepenuhnya.

Hadirin yang saya hormati,

Dewasa ini permainan video komputer merupakan salah satu aktiviti yang digemari oleh golongan pelajar tidak kira di bandar mahupun desa. Berlandaskan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi, menggalakkan para pengusaha menyediakan pelbagai program yang menarik serta mencabar. Tidak hairanlah golongan pelajar yang terlibat dalam permainan ini akan menghabiskan masa berjam-jam di pusat-pusat permainan komputer tersebut. Keasyikan dan keseronokan ketika berada di pusat tersebut menyebabkan mereka lalai dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar.

Selain itu, para pelajar yang terlibat dalam aktiviti permainan ini perlu menyediakan wang secukupnya bagi setiap jam permainan. Jika beberapa jam diperuntukkan untuk bermain, sudah pasti wang yang diperlukan juga bertambah. Mereka akan menggunakan wang saku yang diberi oleh ibu bapa untuk tujuan yang tidak berfaedah ini. Justeru, permainan ini merudikan wang mereka. Sepatutnya para pelajar menggunakan wang tersebut untuk tujuan yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku rujukan dan sebagainya.

Pelajar yang ketagih dengan permainan ini sanggup ponteng sekolah atau melepak di pusat-pusat video komputer. Ada pelajar yang sanggup membawa pakaian persalinan untuk memudahkan mereka memasuki pusat permainan video tersebut. Justeru, pengusaha pusat permainan tersebut tidak dapat mengenal pasti sama ada mereka merupakan pelajar sekolah atau sebaliknya.

Permainan video komputer juga boleh mempengaruhi minda pelajar ke arah unsur-unsur negatif seperti peperangan dan keganasan. Aksi-aksi seperti ni juga akan merosakkan pemikiran mereka serta meracuni fikiran para pelajar. Gejaga ini dikhuatiri meninggalkan kesan dalam pemikiran mereka dan amempengaruhi mereka untuk melakukan aksi tersebut di luar bilik darjah.

Akhir kata, saya ini menegaskan bahawa permainan komputer hanya membawa kesan buruk kepada golongan pelajar. Ibu bapa dan masyarakat perlu memberi perhatian terhadap isi ini. Kita tidak mahu generasi muda terus alpa dan menghabiskan masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah ini.

Sekian, terima kasih.

About these ads

13 Respons

  1. ye..saya setuju semakin banyak cabaran yang dihadapi oleh guru dewasa ini..

  2. thankz for help me to finish my homework…………

  3. betul tu apa yg awak ckp 2 erin sya stuju

  4. boleh tak bagi isi

  5. noob ba ni karangan sial juga punya karangan

  6. lebih baik baca buku daripada main game..tpikan main game dpat tenangkan fikiran heee…huuxxx

  7. bagus..n trima kasih

  8. dae

  9. i dont like this

  10. doakan bahas ltowg mng..

  11. aku rasa betul apa yang kau cakap tu, tapikan still aku rasa main game lagi bagus daripada terlibat ngan rempit, dadah, pelacuran and macam macam lagi….game pun ada bagi efek baik juga macam pengetahuan sejarah ( samurai warriors ), kesedaran alam sekitar ( harvest moon ) , and maybe belajar bahasa inggeris juga boleh dilakukan melalui games….

  12. memang ada benarnya apa yg dibahaskan tu…tapi saya nk tanya awk…adkah awk mahu:
    1. anak2 duduk dpn tv dari bangun tidur smpai tidur semula,
    apa yg dia tengok tu bagus sgt utk proses pmbelajaran sprti AF dll hiburan.
    2. Anak2 minta duit nk tengok wayang kemudian lepak di pusat beli belah.
    3. Anak2 pergi ke CC,dn kita tahu dia dimana tidak melepak

    yg mana pilihan yg betul….

  13. betul2.i’m agree

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: