Penganiayaan kanak-kanak

Sejak akhir-akhir ini, kes penganiayaan terhadap anak-anak semakin berleluasa di negara kita. Saban hari ada sahaja berita tentang penganiayaan ini terpapar di dada akhbar. Pihak ibu bapa atau penjaga sewenang-wenangnya mendera anak-anak mereka tanpa belas kasihan dan tidak berperikemanusiaan. Sebelum masalah ini meruncing, langkah-langkah positif, dan berkesan perlu diambil bagi membendung gejala buruk ini.

Terdapat pelbagai bentuk penderaan yang telah dilakukan oleh penjaga atau ibu bapa kanak-kanak berkenaan. Lazimnya kanak-kanak didera dengan benda-benda yang keras seperti batu dan rotan. Di samping itu, ada ibu bapa yang sanggup mencurahkan air panas kepada anak-anak mereka. Bayangkan betapa perit dan deritanya anak-anak kecil ini yang masih memerlukan belaian kasih sayang ibu bapa mereka. Terdapat juga kejadian-kejadian yang menyeksa kanak-kanak, umpamanya, ada kanak-kanak yang dicucuh dengan puntung rokok yang berapi. Ada jpga yang sanggup merantai atau mengurung anak- ianak mereka. Pendek kata berbagai-bagai bentuk kekejaman telah dilakukan yang mengakibatkan kanak-kanak mengalami kecederaan parah. Ada mangsa-mangsa deraan yang melecur di seluruh badan. Ada juga yang mengalami maut kerana penderaan yang begitu dahsyat. Sesetengah penderaan tersebut begitu parah sehingga mangsa-mangsa itu mengalami kecacatan dari segi mental dan fizikal. Kita sama sekali tidak terfikir bagaimana hati seseorang ibu atau bapa yang sanggup menzalimi anak-anak mereka sendiri.

Penderaan terhadap kanak-kanak ini berpunca daripada beberapa faktor utama. Tekanan hidup yang susah dan penuh kemiskinan menyebabkan ibu bapa tertekan lalu mendorong ibu bapa mendera anak-anak mereka. Mereka menyalahkan anak-anak yang menyebabkan hidup mereka menderita. Qada dan qadar tidak pemah menapak di jiwa mereka. Di samping itu, ibu bapa menganiaya anak-anak mereka kerana tidak dapat mengawal emosi marah. Demi memenuhi tuntutan nafsu marah, mereka sanggup mendera anak-anak sendiri. Kekurangan didikan agama juga menyebabkan ibu bapa seringkali bertindak mengikut emosi. Mereka berasa puas apabila dapat melepaskan geram terhadap anak-anak. Selain itu, tekanan di tempat kerja dan sikap majikan yang pemarah menyebabkan anak-anak menjadi mangsa melepaskan geram. Selain itu, terdapat punca-punca lain seperti mabuk, akibat ketagihan dadah, pergaduhan suami isteri, dan pertelingkahan antara ibu dan bapa akan berakhir dengan situasi di mana anak-anak mereka dizalimi.

Menyedari betapa dahsyatnya masalah ini, langkah-langkh berkesan bagi mengatasinya perlu diketengahkan. Penderaan terhadap kanak-kanak boleh dibendung melalui kuat kuasa undang-undang. Parlimen mesti menggubal rang undang-undang bagi mencegah perbuatan mendera kanak-kanak. Mereka yang bersalah mesti dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman yang berat. Anggota masyarakat sepatutnya berani tampil ke muka pengadilan untuk menjadi saksi. Pesalah-pesalah ini perlu dianggap sebagai penjenayah dan dihukum rotan atau dipenjara. Hanya hukuman seperti ini yang dapat menye- darkan ibu bapa tentang kesalahan mereka. Tanpa hukuman yang berat, penderaan seperti ini akan terus berulang. Di samping itu, hukuman seperti ini juga memberi pengajaran kepada pasangan yang lain supaya tidak mendera anak-anak mereka. Bagi memastikan undang-undang ini berkesan, setiap anggota masyarakat perlu bekerjasama dan melaporkan kes-kes deraan kepada pihak yang berwajib, iaitu pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sehubungan itu, didikan agama juga haruslah dititikberatkan pada zaman yang serba canggih ini. Pasangan yang akan berkahwin diwajibkan menyertai kursus-kursus persediaan untuk berumah tangga. Dalam hubungan ini para ibu bapa pasangan itu perlu memainkan peranan yang penting.. Pasangan yang muda ini harus sedar bahawa agama melarang keras ibu bapa menganiayai anak-anak. Perbuatan yang terkutuk ini akan mendapat balasan di akhirat kelak. Pasangan ibu bapa patut menanamkan nilai-nilai agama di dalam jiwa anak-anak. Jika pasangan suami isteri ini beriman dan bertakwa kepada Allah, nescaya gejala ini tidak akan timbul. Pasangan yang hendak berkahwin perlu tahu tuntutan-tuntutan agama dan menjadi pasangan yang saleh. Demikian juga terhadap agama-agama: lain, yang penting penganut-penganut agama tersebut perlu menghayati dan memahami agama masing-masing dalam hal berumah tangga. Membina sebuah keluarga yang penyayang dan baik merupakan tuntutan agama. Melalui pegangan agama yang kukuh akan terbina sebuah keluarga yang bahagia. Ibu bapa harus menyedari bahawa anak-anak ialah rahmat daripada Tuhan. Seandainya kita menganiayai anak-anak samalah seperti kita menghancurkan rahmat yang dianugerahkan kepada kita.

Satu lagi aspek penting dalam menangani masalah ini adalah melalui sesi bimbingan dan kaunseling. Pasangan yang berhasrat untuk berumah tangga diwajibkan untuk menghadiri sesi-sesi ini. Bimbingan dan kaunseling ini bertujuan untuk menyedarkan mereka akan tanggungjawab selepas berkahwin. Alam perkahwinan atau berkongsi hidup jauh berbeza dengan kehidupan membujang. Hakikat ini harus difahami secara mendalam. Perkara yang lebih utama ialah mereka harns sedar akan kesusahan dan tanggungjawab apabila mempunyai anak. Pendedahan seperti ini perlu agar pasangan yang baru berkahwin lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kesulitan. Selain itu, kemampuan dari segi kewangan patut dititikberatkan. Kelas-kelas bimbingan dan kaunseling ini boleh membimbing pasangan untuk menghadapi sebarang masalah. Pasangan yang baru berkahwin juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada kaunselor-kaunselor atau pakar-pakar psikologi. Dalam dunia yang serba canggih ini, bimbingan seperti ini sangat perlu dalam menangani penderaan ini.

Kita harus sedar bahawa anak-anak ialah penyambung zuriat. Anak-anak pada zaman moden ini perlu dididik secara lembut tetapi tegas. Jika mereka dididik secara kasar mereka akan bertindak balas apabila mereka dewasa kelak. Oleh yang demikian, ibu bapa harus mencurahkan sepenuh kasih sayang bagi membina sebuah keluarga yang penyayang.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: