Faedah melancong

Melancong merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan. Tambahan pula, ia memberi banyak mantaat. Semua manusia mengimpikan tempat yang indah untuk dilawati dan menghabiskan masa cuti bersama keluarga setelah penat menjalani kerja seharian. Negara kita mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik dan sesuai untuk dijadikan destinasi percutian.

Dengan melancong kita akan dapat menambahkan pengetahuan dan meluaskan pandangan ke tempat-tempat yang belum pernah kita lawati. Contohnya kita akan dapat melihat kebudayaan yang diamalkan di sesebuah tempat yang jauh berbeza dengan tempat kita. Selain itu, melancong juga dapat melapangkan fikiran. Fikiran kita perlu juga direhatkan daripada terus bekerja.

Melancong juga mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dengan melancong kaum keluarga dapat beramah mesra dan bersenda gurau sambi berhibur. Hal ini amat digalakkan oleh kerajaan memandangkan institusi kekeluargaan kini semakin longgar. Ibu bapa yang sibuk bekerja serta anak-anak yang sibuk dengan urusan pelajaran dapat bertemu dan bersatu serta mengukuhkan hubungan yang kian longgar.

Dengan melancong juga kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Anak- anak terhindar daripada melakukan perkara negatit terutama pada waktu cuti sekolah seperti bercampur gaul dengan remaja yang rosak akhlak. Ibu bapa juga dapat mengetahui aktiviti anak-anak kerana sepanjang waktu melancong, anak-anak sentiasa bersama mereka.

Melancong juga akan dapat memajukan industri pelancongan negara. Kita sebagai rakyat Malaysia, hendaklah melancong ke seluruh Malaysia dahulu sebelum melancong ke luar negara. Malaysia tidak kurang hebatnya, kaya dengan destinasi-destinasi yang menarik. Contohnya Pulau Langkawi, Melaka Bandaraya Bersejarah, pantai Port Dickson, Tasik Kenyir, Air Terjun Sekayu, Pulau Tioman, Cherating, Zoo Negara, dan sebagainya.

Melancong bersama keluarga banyak taedahnya. Jadikan aktiviti ini untuk mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga dan merehatkan tikiran yang dipenuhi dengan bebanan kerja.

About these ads

5 Respons

  1. Terima Kasih atas infonya . Sanga berguna buat saya :)

  2. taedaah=faedah..
    terima kasih..

  3. tq..bcauze bantu sye!!

  4. PILIHAN DI TANGAN ANDA

    INGIN MENYIMPAN DUIT ANDA DI TEMPAT YANG SELAMAT ??

    INGIN MENDAPAT DIVIDEN YANG TINGGI DARIPADA AMANAH SAHAM YANG LAIN??

    INGIN MEMAKSIMUMKAN WANG KWSP AKAUN 1 ANDA??
    PENGELUARAN PELABURAN AHLI KWSP

    INGIN MENDAPAT DIVIDEN YANG HALAL ??

    INGIN MENGETAHUI TENTANG PUBLIC MUTUAL BERHAD ??
    PUBLIC MUTUAL BHD NO 1 UNIT TRUST IN MALAYSIA

    HUBUNGI :-

    012-2676091-JAMIAN SARIF

    Kelebihan melabur dalam unit amanah

    PELUANG KERJAYA part time / full time

  5. bolehkah anda berikan saya kelemahan kelemahan sektor pelancongan dalam negara ini bagi menunjukkan sektor pelancongan tidak mampu menjana ekonomi negara??

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: