Kebanjiran pekerja asing di Malaysia

Isu pendatang asing bukanlah satu perkara baru di negara kita. Kebanjiran pendatang asing semakin meningkat dari hari ke hari dan menjadi satu masalah kepada negara. Pekerja asing kebanyakannya datang dari negara yang mempunyai masalah dalaman seperti Indonesia, Filipina, Bangladesh, India, Myanmar, Vietnam, dan yang terbaru dari China.

Berdasarkan statistik sehingga 30 Jun 2007 yang dikeluarkan Jabatan Imigresen, jumlah pekerja asing mencecah 1.91 juta. Jumlah itu tidak termasuk lebih 400,000 pendatang asing yang dipercayai memasuki negara ini secara haram serta hampir 10,000 tahanan di depoh imigresen.

Pertambahan pekerja asing dijangka meningkat secara mendadak berikutan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Statistik unjuran kadar pertambahan penduduk menunjukkan menjelang 2009 pekerja asing di negara ini akan melebihi dua juta orang berbanding penduduk negara ini dijangka meningkat unjuran kepada 28.306 juta. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar, berkata pertambahan pekerja asing memang tidak dapat dielakkan, terutama dalam RMK-9 yang memerlukan lebih 1.2 juta pekerja baru bagi memastikan semua sektor dapat digerakkan dengan lancar.

Antara faktor pekerja asing lebih berminat dengan negara kita ialah kemakmuran dan kestabilan ekonominya. Kekurangan tenaga kerja tempatan juga membuka peluang kepada penduduk negara- negara luar untuk mencari rezeki di sini. Walau apa pun ramai penduduk tempatan berpendapat bahawa masalah pekerja asing ini perlu dikawal agar ia tidak menjadi lebih serius.

Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan ialah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas. Hal ini kerana banyak pekerja asing adalah pendatang haram yang menyusup masuk dengan menggunakan dokumen palsu. Akta imigresen perlulah lebih tegas agar pendatang haram ini tidak berani bertindak lebih jauh. Perairan negara juga haruslah dikawal sepanjang masa untuk mengelakkan mereka menyusup melalui jalan laut.

Tidak dapat dinafikan, kadangkala pekerja asing dapat mengatasi masalah kekurangan pekerja tetapi hal yang berlaku di Nilai baru-baru ini menyedarkan negara bahawa mereka juga boleh bertindak ganas. Kita tidak mahu negara yang cukup aman ini akan menjadi kacau bilau kerana kemasukan pekerja asing yang tidak dikawal.

Sesetengah pihak juga sering menyalahkan belia kerana terlalu memilih pekerjaan tetapi pernahkah mereka cuba untuk memahami masalah belia itu sendiri? Sebagai contoh walaupun belia itu tidak memilih pekerjaan tetapi adakah majikan akan mengambil pekerja tempatan dan dibayar dengan gaji yang berpatutan. Sudah tentu tidak. Majikan lebih rela mengambil pekerja asing dengan bayaran yang murah dan tidak dikenakan caruman EPF atau SOCSO. Bukankah itu lebih menguntungkan? Begitu juga sekiranya belia itu mendapat pekerjaan yang dimintanya tetapi hidup dalam sua sana di kalangan pekerja asing. Dapatkah belia itu menyesuaikan diri dalam keadaan sebegitu?

Penduduk tempatan kadangkala tidak menghiraukan sangat dengan kebanjiran pekerja asing. Apatah lagi jika kedatangan pekerja asing ini melancarkan lagi urusan harian mereka dengan bekerja sebagai pembantu rumah, menjaga anak, atau tukang kebun. Tetapi jika kehadiran pekerja asing ini menimbulkan pelbagai kes-kes jenayah seperti membunuh, samun bersenjata api, merogol, pecah rumah, ragut dan banyak lagi maka inilah yang menyedarkan mereka tentang keburukan pekerja asing. Menurut Jabatan Imigresen dengan kerjasama Jabatan Polis, sehingga 30 Jun 2006 bilangan pendatang asing yang telah ditahan dan diusir di seluruh Malaysia ialah seramai 362,958 kerana melakukan pelbagai kesalahan di negara ini.

Walau apa jua pendapat masyarakat tentang isu ini, kedatangan pekerja asing ini tetap ada keburukan dan kebaikannya. Terpulanglah kepada polisi kerajaan sama ada ingin kebaikan atau menghadapi masalah dengan isu ini. Untuk mencapai yang terbaik, kerajaan haruslah mengkaji segala aspek dari segi ekonomi, politik, dan sosial agar kedatangan pandatang asing ini dapat dimanfaatkan untuk pembangunan negara.

About these ads

45 Respons

  1. Terima kasih banyak2 sebab karangan ini saya dapat menyiapkan tugasan pengajian am!

  2. terimekasih siap keje sekolah ni . boleh hantar esok !

  3. thanks for the info… hope you allowed me to use your information. thanks.

  4. THANX A LOT.. THIS WILL BE USEFUL FOR MY ASSIGNMENT..

  5. jika ada mana2 majikan yg pentingkan untung, bayaran gaji murah n xperlu byrn tuk epf n socso, tarik je lesen diorng… tamak pun agak2 r…

  6. terima kasih…maklumat ini membantu sy dalam pembentangan nti…eheh

  7. terima kasih sngat sbb maklumat nie dpat bnyak mmbantu saya dlam ujian ulbs nanti ^^

  8. maklumat nie sngat bergune untuk saya..
    terima kasih..
    kalau blh,tolong masukkn lebih banyak maklumat untuk dijadikan rujukan…

  9. susah ohh,, lau bnyk pndatang asing kat cni……..banyk kes punya……..

  10. mmg lorr..
    perkerja asing yng datang negara kita mmbuatkn pendapat negara kita jdi mundur..

  11. mmg lor skunk kita sering dngr khbr angin tentang perkerja asing yang datng negara kita..

  12. he3..trima ksih…esk sye nk final exam…he3…akhrnye dpt jmpa karangan ini..sya harap dengan karangan ini keputusan bahasa melayu sya mendapat A+

  13. ade tak kelebihan kedatangan warga asing?
    nk guna utk asgment,,,,^^’

  14. hehehehe. baru je jumpa article ni mlm ni. tq coz bg idea nak buat karangan tajuk yang hmpr sam lak tu hehehe.

  15. Masyeh sebab secara tak langsung telah membantu Sha cari maklumat tentang pekerja asing. Kesan kedatangan depa ni smua dari sudut positif sikit aa.. xP

  16. you poin good ….i hope you can help me for next acticle……hu..hu..

  17. cb2 kdtgn pndtg asing ad x…………hu..hu..

  18. bgus gila ar!!!!!!!!!!!!mst dpt 100% dlm bm……..truskn usha ag….jgn stkt c2 j……

  19. esok krangan bm.conform A!!!!!!!!HEHEHEHE

  20. langkah mengatasi masalah kebanjiran pendatang asing…
    adew x?

  21. thankx coz bg aq idea tuk siapkan rencana

  22. kesan kebaikan kemasukkan pendatang asing ke negara kita…ade tak??

  23. thanks..
    i can;t use this article at my oral test

  24. tq very much.. sbb bg sy idea yg bernas.. sy leh gunakannya utk karangan sy..hehehe..

  25. klau warga asing ni datang ke sini untuk mencari rezeki, itu takp lah… yang datang kesini membuat jenayah tu yang aku geram tu…

  26. wahhhhh!! caya lah…..siap karangan aku…….

  27. kemasukan pekerja asing ke negara kita di katakan menggugat peluang pekerjaan penduduk tempatan.bincangkan.

  28. beres kijew aku…thnx.

  29. thx alot

  30. terima kasih coz bagi idea utk presentation sy…
    May Allah bless u..

  31. terima kasih di atas maklumat yang di tayangkan…

  32. TTTTTHHHHANNNNNXX,SEBAB BAGI SAYA IDEA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

  33. isu ini memang patut diperkatakan sejak dari dulu lagi!!!!!!!!

  34. thanks tolong aku buat karangan

  35. Thanks you. This article helped me in finishing my essay and let me improve my sentences. You have an awesome collection of articles!
    By the way, at the last fourth line, it’s ‘sarna ada’ or ‘sama ada’?

  36. thanksss…page ni bagi info untuk forum aku….cayalah

  37. thanksss a lot…pg bagi aku info untuk forum aku nanti..cayalah

  38. bagaimana statistik secara terperinci dan graf terhadap pekerja asing itu…meningkat atau berkurang

  39. masalah ini adakah akan menagakibatkan pekeja dimalaysia tidak mampu melakukan sesuatu pekerjaan sedangkan ramai pengangur yg terpaksa mencari kerja…disamping itu…dengan adanya pekerja asing ini,hal ini bukankah jelas membuktikan bahawa pelbagai kes jenayah akan berlaku dinegara kita.ibarat pepatah,alang2 menyeluk pekasam,biar smpai kepangkal lengan

  40. jazakallah 4 your article..:)..thanks..

  41. thankxs 4 article…it’s much help me in my B.M essay..

  42. thanx 4 yr facts…its really helps me on my debate inter-school…

  43. ape kelebihan pekerja asing dari segi peningkatan imej negara? selain itu, bagaimana pula dengan peningkatan jenayah di negara kite? Satu lagi thank u coz encik punye fakta membantu saya dlm menyiapkan teks bahas ala parlimen yang bertajuk pengambilan pekerja asing perlu diteruskan.

  44. terima kasih kerana rencana ini telah membantu saya dalam menyiapkan karangan Bahasa Melayu

  45. I hope there will be latest points in your next article

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 41 other followers

%d bloggers like this: