Gejala Hedonisme menulari remaja

HEDONISME itu ringkasnya satu fahaman yang mementingkan kesukaan dan kemewahan dalam kehidupan tanpa menghiraukan larangan agama dan tatasusila. Hedonismelah yang melanda generasi belia kini. Ia menimbulkan kebimbangan negara terutama ketika Malaysia berhasrat menjadi negara maju.

Berdasarkan sejarah, amalan hedonisme berasal dari Eropah selepas zaman Ratu Victoria. Beliau yang begitu fanatik dengan ajaran Kristian melarang segala perbuatan yang dianggap boleh menghina agama.

Antara arahan yang dikeluarkannya ialah mewajibkan penggunaan penutup meja bertujuan menutup kaki meja. Kebanyakan kaki meja pada zaman itu mempunyai ukiran berbentuk kaki perempuan yang mengghairahkan. Oleh kerana perbuatan itu dianggap menghina perempuan dan bertentangan dengan agama, beliau mengeluarkan arahan supaya kaki meja ditutup menggunakan kain.

Selain itu, pelbagai arahan dikeluarkan bagi menyekat kebebasan rakyat seperti larangan mengenai seks yang dianggap keterlaluan oleh masyarakatnya, hiburan dan sebagainya.

Selepas pemerintahan Ratu Victoria, keadaan mula berubah. Penggantinya membenarkan semua perkara yang sebelum ini dilarang. Dengan itu bermulalah era dunia moden yang membenarkan semua amalan yang dulunya dilarang.

Kebebasan itu menular di kalangan masyarakat hingga melampaui batas susila dan agama. Pergaulan bebas, seks luar nikah, hiburan yang melampau dan seumpamanya. Pemerintah turut menggalakkan pelbagai pesta dan diadakan secara besar-besaran.

Hasilnya masyarakat hanyut dibuai hawa nafsu dan mengetepikan agama daripada kehidupan. Rakyat mula mengejar kepuasan nafsu semata-mata. Mereka sentiasa leka mencari kepuasan jasmani tanpa didasari asas pemikiran dan batas susila yang seharusnya dipelihara.

Melalui perkembangan masa, pengaruh budaya itu kemudiannya menular ke negara lain di dunia termasuk negara ini.

Secara umumnya, hedonisme itu boleh dianggap neokolonialisme yang dikhususkan serangannya kepada generasi muda oleh Barat. Pelbagai konsep dan cara hidup seperti cara hidup ‘happy go lucky’, melepak, mengunjungi pesta liburan, seks bebas dan sebagainya adalah termasuk dalam tabiat ini.

Secara jelas, konsep yang dikemukakan itu hanya mementingkan kepuasan nafsu tanpa wujudnya sebarang panduan atau batasan tertentu terutamanya ajaran agama.

Gejala ini timbul berikutan kegagalan manusia memahami konsep ajaran agama yang menekankan keseimbangan antara nafsu dan akal fikiran demi kesejahteraan manusia.

Budaya ini begitu cepat menular di kalangan remaja yang terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan rasa bosan terutama remaja di bandar besar.

Dengan kemunculan pelbagai pusat hiburan dan kebebasan media yang tidak dikawal ketat, hedonisme merebak dengan pantas tanpa disedari mereka. Keadaan bertambah buruk apabila penyalahgunaan dadah begitu berleluasa. Ini termasuk penggunaan pil Eecstasy yang banyak digunakan oleh remaja kota.

Selain itu, peningkatan kelahiran anak luar nikah dan kes pembuangan bayi adalah akibat gejala negatif di kalangan remaja yang terpengaruh dengan hedonisme.

Islam awal-awal lagi menolak gejala negatif ini. Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sewaktu fasa pertama dakwahnya di Makkah menekankan keburukan hawa nafsu dan menyeru manusia mengamalkan akhlak terpuji.

Sewaktu Islam mula berkembang di tanah Arab, gejala buruk seperti minum arak, pelacuran dan berfoya-foya di kalangan masyarakat Arab Jahiliyah begitu ketara. Hanya selepas Islam bertapak kukuh perkara itu dapat dibendung dan diatasi. Islam juga mengajar penganutnya melakukan perkara yang berfaedah dan menjauhi perkara yang sia-sia dengan mengemukakan konsep semua perbuatan akan dihitung oleh Allah di akhirat kelak.

Malah dalam hadis yang diriwayatkan, Rasulullah bersabda yang bermaksud bahawa Islam itu adalah pekerti yang terpuji. Hadis itu dengan jelas mengajar umat Islam bahawa sebarang pekerjaan atau sikap yang bertentangan dengan nilai dan norma agama akan mendapat balasan seksaan di akhirat dan terkeluar dari ajaran agama.

Punca gejala ini timbul akibat kurang didikan agama. gejala negatif di kalangan belia terutama remaja Islam. Didikan agama yang dimaksudkan ialah pendidikan yang dapat membentuk ketahanan dalaman generasi muda untuk menangkis sebarang gejala negatif yang disogokkan kepada mereka.

Pendidikan Islam negara perlu dirombak semula bagi memastikan keberkesanannya dalam jiwa pelajar. Walaupun semua komponen pendidikan agama sudah dimasukkan dalam kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran tetapi pendekatannya kurang menarik minat mereka.

Realiti pelajar masa kini mempelajari agama semata-mata untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Pelajaran yang diberikan hanya untuk memberi pengetahuan bukan untuk diamalkan. Akibatnya walaupun pelajar Islam mendapat pendidikan agama tetapi daripada statistik yang dikeluarkan majoriti mereka yang terjebak dalam gejala negatif.

Ketika ini dianggarkan lebih 400,000 remaja Islam terjebak dengan penagihan dadah dan ini bermakna negara kehilangan 400,000 pemimpin generasi akan datang. Keadaan bertambah buruk apabila kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar untuk memulihkan mereka kembali. Ini tidak termasuk mereka yang ketagih arak, melacur, terbabit dengan kegiatan kongsi gelap, punk dan gejala sosial lain.

Pusat Islam harus memikul tanggungjawab bersama menggerakkan semua agensi agama di seluruh negara termasuk pegawai majlis agama negeri menjalankan gerak gempur memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai bahaya gejala ini. Malah semua agensi kerajaan seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Belia dan Sukan akan menggembleng tenaga membina sahsiah generasi muda.

About these ads

28 Respons

  1. erm..yg dmksdkan beliau tu sape erk??dkt prggn 2..

  2. salam…mohon izin copy ye

  3. thanks a lot……dah blh siapkan asgment daa……

  4. Pendidikan kita dah follow pendidikan barat. Tu pon dah jadi asas kesilapan dalam pendidikan, memisahkan antara agama dan profesional. Ajaran Sains semata2 tak de kaitkan dengan kejadian bumi ciptaan Allah , tak de unsur2 agama.

    Masing2 kena mainkan peranan, memang bermula dari kecil dan didikan family, tapi titik tolak tu iman dalam diri sendiri untuk pilih haluan hidup.

    Allah berikan akal fikiran, masing-masing dah boleh fikir. Memang dunia sekarang penuh hiburan, merata-rata sampai mengarut sungguh. Entah pape, channel TV esp TV 3 dan Astro pon patot beringat2 apa yang dorang sajikan kat penonton ni.

  5. [...] HEDON Istilah hedon berasal dari kata hedonisme. Saya sungguh mengerti arti kata hedonisme ya, tapi menurut saya istilah hedon ini merusak arti [...]

  6. slm.. bgus utk rjukan exam ctu sy sok, 28 april..
    moga dpt mberi mnfaat kpd yg lain jge, thx..

  7. mohon share..very gud article..:))

  8. who’s guilty??i need the answer..

  9. salam…good.thanks 4 the information

  10. SALAM…KITA D DNIA AKHIR ZAMAN..ISLAM PDA NMA SHJ..pghyatan kta pgabdian kta pd ALLAH hlang ke mana!!!

  11. mohon ambil artikel ini untuk disebarkan kepada orang ramai…
    :-)

  12. “This is a typical example of close minded Muslims who only know how to blame others but not themselves.
    Not knowing the true definition of hedonism and yet twisting and manipulating the facts is something you people are good at.”

    Sorry?
    Are you a God or even a perfect human that you can label people easily? Do you even helped them to simply say they’re ‘manipulating the facts’? Are you perfect enough to say that you’re a rational person?

    Astaghfirullah..
    If you want to correct them, you know you have other ways.. a better,a more Rational way to correct.

  13. kami mek guna tuk assignment nah??????
    tima kasih byk2 coz wat aaaa

  14. This is a typical example of close minded Muslims who only know how to blame others but not themselves.
    Not knowing the true definition of hedonism and yet twisting and manipulating the facts is something you people are good at.

  15. mohon copy article inin ntk asigment

    tq……..
    cnteck cgt isuess ni

  16. mohon copy article inin ntk asigment
    tq

  17. adakah hidonisme ini berlaku dalam kalangan remaja sahaja atau sebaliknya…?

  18. ohh… jadi, hedonisme ni, bukan khusus tuk hiburan melampau smata-mata eh..

  19. u all nak details hedonisme dan asal usul serta kaintan dengan subbudaya remaja rujuk kat OPAC UPM atas nama “ASHARIL”. Dia wat kajian perkara nie…

    Just sharing

  20. mintak izin nk copy nk wat assingment…tq coz bagi sedikit point…huhuhuh

  21. salam..minta izin juga untuk di gunakan untuk assignment

  22. great informations…

  23. salam satu malaysia…
    Remaja..Remaja..Dan Remaja…yang takkan lari daripada mempengaruhi dan dipengaruhi..BIlakah Remaja akan mencapai tahap kematangannya?Apabila akal telah dikuasai oleh nafsu..Apabila syariat islam sudah diketepikan..Apabila muncul insan yang dapat mengubah khidupannya..Remaja perlu berfikir dan mghayati..

  24. Minta ijin untuk kopi artikel ini untuk assigment.

    thanks,
    Yachob

  25. salam…minta izin nak copy this article 4 assignment..syukran jazilan..

  26. salam….minta izin copy artikel ni tuk muatkan dlm risalah..syukran.

  27. vERy gOOd information.
    I agree WitH Areteen

  28. bgos2…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: