Transformasi pendidikan


Oleh Rosniza Mohd Taha

Pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM tetap jadi ukuran masuk institusi pengajian tinggi

TRANSFORMASI pendidikan yang akan dilaksanakan mulai 2010 menekankan lebih 50 peratus pencapaian pelajar berdasarkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), manakala bakinya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata penekanan lebih terhadap pencapaian SPM kerana ia faktor penentu kelayakan pelajar memasuki institusi pengajian tinggi (IPT).

Beliau berkata, cadangan itu antara pendekatan transformasi pendidikan yang akan dibentangkan kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bulan ini.

“Kewujudan peperiksaan awam masih diperlukan untuk menilai tahap kebolehan pelajar apabila sistem baru penilaian prestasi berasaskan sekolah dilaksanakan mulai 2010.

“Bagaimanapun, majoriti pemarkahan adalah berasaskan keputusan SPM kerana ia berkaitan kemasukan pelajar ke IPT dan pasaran pekerjaan.

“Peratusan pemarkahan dalam UPSR, PMR dan SPM ini antara perkara difokus dalam perbincangan peringkat akhir sistem penilaian berasaskan sekolah sebelum dibentang kepada Menteri Pelajaran untuk penambahbaikan dan persetujuan,” katanya selepas menjadi tetamu Program Laman Minda terbitan TV Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan, di Kuala Lumpur, kelmarin.

Program membincangkan Hala Tuju Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Menjelang 2020 yang disiarkan secara langsung menerusi TV9 itu turut disertai Pengarang Berita Pendidikan Berita Harian, Tamrin Anuar dan Ketua Wartawan Pendidikan The Star, Karen Chapman.

Tahun lalu, Hishammuddin mengumumkan Kementerian Pelajaran akan melakukan transformasi pendidikan mulai 2010 dengan melaksanakan sistem penilaian prestasi pelajar berasaskan sekolah bagi mengatasi sistem pendidikan kini yang berorientasikan peperiksaan.

Menerusi sistem itu, penilaian pelajar dibuat secara berterusan berdasarkan prestasi mulai Tahun Satu hingga Tingkatan Lima dalam pelbagai aspek, selain peperiksaan.

Hishammuddin menjelaskan, sekurang-kurangnya lima pendekatan akan dilaksanakan menerusi sistem berkenaan iaitu taksiran psikometrik atau personaliti pelajar, kegiatan kokurikulum, penilaian peperiksaan peringkat sekolah, penilaian peperiksaan Lembaga Peperiksaan Malaysia serta penilaian peperiksaan awam.

Mengenai projek rintis sistem penilaian prestasi berasaskan sekolah di kalangan murid Tahun Satu, Alimuddin menjelaskan ia membabitkan 50 sekolah rendah seluruh negara dilaksanakan sejak Jun lalu dan akan diperluas ke 500 lagi sekolah tahun depan.

Ehsan: Berita Harian (1 Ogos 2008)

About these ads

2 Respons

  1. bagaimanakah nasib kami guru pentaksir di bawah pakej rangsangan ekonomi yang di letakkan di sekolah yang terlibat dengan projek rintis Sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan (SPPK)?

  2. hey abang mazlan saya perlu bantuan kamu dalam karangan saya yg bertajuk ‘cara memartabatkan bahasa malaysia’ sila tolong ya! thx

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: