Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan daripada Keburukan (Bahas)

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang saya hormati para panel hakim, para pencadang sekalian, dan para hadirin yang saya muliakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada hari ini, kita akan memahami tajuk perbahasan kali ini iaitu ‘Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan daripada Keburukan’. Saya sebagai pembangkang amat tidak bersetuju dengan penyataan tajuk tersebut. Bagi saya ia lebih membawa keburukan daripada kebaikan.

Para hadirin sekalian,

Sebelum saya meneruskan hujah saya, izinkan saya menerangkan apakah yang kita faham dengan Internet. Internet boleh kita fahami sebagai satu sistem maklumat global melalui telekomunikasi yang semakin canggih kini. Segala bentuk maklumat dapat kita perolehi daripada penggunaan Internet ini. Tetapi ternyata ia membawa lebih keburukan daripada kebaikan.

Yang pertama sekali ialah ia menyemai sikap buruk individu. Maklumat tanpa sekatan di dalam Internet ini memberi peluang kepada pelajar Internet dan sesiapa sahaja untuk mengetahui apa yang berlaku dan terkandung di dalam Internet. Lebih malang lagi apabila bahan yang diperolehi mampu merosakkan akhlak. Contohnya, melalui Internet ini, orang ramai suka mengetahui sesuatu yang dilarang seperti melayari laman web tentang seks dan cara hidup orang asing yang tidak sesuai dengan budaya kita. Malah mereka cuba meniru aksi dan tingkah laku tidak baik sebegini. Hal ini memberi kesan yang tidak baik dan boleh merosakkan cara hidup kita yang bersopan-santun dan bertatasusila.

Hujah saya yang kedua ialah bagi kanak-kanak sekolah, Internet membolehkan mereka bermain permainan yang terkini. Selain membuang masa, mereka juga membazirkan wang. Mereka lupa pada pelajaran akibat terlalu leka dengan permainan yang menjadi minat mereka. Masa mereka banyak dihabiskan di depan komputer dan hal ini boleh menyebabkan hubungan mereka dengan ibu bapa dan keluarga menjadi renggang. Hal ini bukan sahaja berlaku pada kanak-kanak sekolah tetapi bagi pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi. Keseronokan dan tumpuan pada aktiviti Internet Relay Chatting (IRC) yang berlebihan menyebabkan mereka leka pada Internet dan tidak memberikan tumpuan yang sebaiknya pada pelajaran. Ada antara mereka berbual kosong atau sekadar memulakan perkenalan yang akhirnya tidak mendatangkan faedah tetapi menyebabkan mereka menanggung bil penggunaan Internet yang tinggi.

Hujah saya yang ketiga, ialah hubungan sosial di dalam masyarakat yang semakin rapuh akibat terlalu memberi tumpuan kepada penggunaan Internet. Pada mereka yang dapat melayari Internet di rumah, mereka akan jarang keluar bergaul dengan orang lain dan masyarakat kerana terlalu asyik melayari Internet sehingga kegiatan masyarakat pun tidak diambil perhatian. Malah, di pusat-pusat Internet, kegiatan tidak baik boleh wujud akibat penggunaan Internet. Contohnya, kewujudan kegiatan perjudian melalui Internet. Hal ini tidak dinafikan apabila terdapat aktiviti penjudian yang meliputi banyak tempat dan kemungkinan juga berlaku pengaduhan apabila aktiviti berjudi dan bertaruh dijalankan.

Keadaan kesihatan juga kurang diambil perhatian. Selalunya pengguna Internet meluangkan masa yang lama untuk melayari Internet. Adakalanya sampai lewat malam dan tidak kurang pula hingga awal pagi. Hal ini menyebabkan mereka kurang tidur dan rehat. Akibatnya, kesihatan mereka tidak terjejas malah penggunaan Internet yang berterusan tanpa rehat juga boleh menyebabkan mata menjadi letih dan memberi kesan sampingan.

Antara keburukan lain akibat penggunaan Internet ialah kemungkinan berlaku penyebaran maklumat-maklumat palsu tentang sesebuah negara yang dilakukan oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan. Keselamatan sebuah negara boleh menjadi porak-peranda apabila ada antara masyarakat dunia yang mungkin mempercayai maklumat-maklumat palsu yang mereka perolehi melalui Internet dan yang paling ditakuti sekali ialah penyalahgunaan Internet untuk mengelirukan orang ramai di dalam bidang agama. Terdapat berbagai-bagai maklumat tentang agama yang dapat kita perolehi melalui Internet. Ada yang diiktiraf oleh kerajaan dan pihak berkuasa agama dan tidak kurang pula didatangi oleh individu atau kumpulan yang menyebarkan maklumat palsu tentang agama kepada orang lain.

Akhirnya sebelum saya mengundur diri, saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa Internet lebih banyak membawa keburukan kepada orang ramai. Penggunaannya perlu dipantau sentiasa. Bak kata pepatah ‘Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya’.

Sekian sahaja, terima kasih.

About these ads

62 Respons

  1. npa lAri tajuk ni???????????????????

  2. ni perbahasan .. okey , terima kasih kerana membantu .. :D

  3. kenapa mcm lari dari tajuk ???
    Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan daripada Keburukan (tajuk karangan) tetapi ia lebih kpd keburukan … :/

  4. kenapa karangan ini isinya sama seperti dalam buku karangan SPM? atau hendak berkongsi maklumat buku rujukan?

  5. apa faedah menggunakan internet?

  6. kegunaan internet kpd plajar apa?

  7. sapa ckp tajuk salah mmg buta bahasa…dah jdi pembangkang msti la berlawan dgan tajuk prbahasan…

  8. yg pencadang pnya xde?

  9. salam tuan…..saya rasa tajuk hujah ini salah…..sepatutnya penggunaan internet lebih banyak memberikan keburukan daripada kebaikan

  10. salam tuan….saya sangat tidak bersetuju dengan hujah yang diberikan di atas…bagi saya,penggunaan internet lebih banyak memberikan kebaikan daripada keburukan kerana kita boleh mendapatkan maklumat penting daripada internet…

    jawapan saya ialah:saya amat tidak bersetuju

  11. tajuk karangan ni macam salah. sepatutnya banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan. thanks

  12. ada tak lagi karangan

  13. i like it

  14. salam cg, xade ke krgn pasal internet bnyk kbaikan kepada pelajar?

  15. bleh tlg wat kan karangan perbahasan utk pmr pengguna internat lebih banyak memberi keburukkan daripada kebaikkan.

  16. cik bley tlg sy bwat krgn kebaikan dan keburukan internet khas untuk plajar skolah rndah.

  17. cikgu semalam sye nenyok dollah hapax fizo oma yg belakon tau…cikgu sye nak bantal sye nk tidooww!!kroh kroh kroh~~~plawok plawok plwok!
    alamak kak limah datng nk serang sye!!!!!!!!!!!!!!
    chao dulu cikgu jgn mara sajo nk bergurau walaopon kte saling x mengenali antara 1 sama laen…mengeratkan hubungan sesame islam..insyallah…salam
    ade mase kite jumpe lagi yerr. . <3

  18. hujah anda memang padat dan mutakhir…….

  19. baguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuskaranhgan awak hanis

  20. tnx coz tjk yg sme!

  21. terima kasih sya dah siapkan kerja sekolah saya thank for you…

  22. omg i hate tiz karangan..it sucks actually…omg fuck off

  23. anyway add me on facebook…
    name:lilydoesnotbelieve icouldflyinmydreams…
    ****if u wanna noe abt me add me yah****

  24. hey pepz!!! can i noe wer d heck is d benefits of iT?? i cant get it…can u find for me ps…thanks yah…
    ___my life would suck without you___

  25. Saya rasa karangan ini tidak merujuk kpd tajuk

  26. atas org..baik@x

  27. salam tuan..boleh tak tuan berikan saya faedah perkembangan teknologi maklumat kepada pelajar…
    tolong saya…

  28. mn yg pencadangnya..??

  29. Maaf, tetapi melalui internet, ia terdapat lebih kebaikan daripada apa yang anda sangkakan. Namun, saya amat berterima kasih kepada saudara kerana telah menolong kawan saya memberi idea.

  30. leh x tolg aq cari karangan pendapat sebab telefon bimbit tidak boleh dibawa ke sekolah

  31. Qama: mmg kita tdk dpt nafikan bahawa ini merupakan satu kenyataan tp dptkah anda buktikan kpd kita seserius manakah internet mempengaruhi ekonomi negara.. sekiranya pengaruhnya tdk begitu kritikal, maka keburukkannya itu sudah pasti tdk berpengaruh.. setuju?

  32. salam…penggunaan internet akan memberi lebih banyak kebaikan jika seseorang itu pandai dan bijak menggunakannya…begitu juga sebaliknya..setuju??

  33. terima kasih

  34. How dare you!!!!
    Internet was very useful and much of goodiness!!!

  35. BAD bad internet is so useful…

  36. eh, napa crite pasal keburukan internet…sedangkan tajuknya “Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan daripada Keburukan (Bahas)” O.O

  37. sye hrp krg tuan dpt melahirkn masyarakat berilmu di negara ni

  38. terima kasih sangat…krngan ni pmudhkn saya nk buat karangan bahas..b’kaitan tajuk yg same…=)

  39. salam tuan karangan di atas ni memang mantap tapi sya nak mintak tlg tuan buat satu karangan tentang kebaikan dan keburukan media massa ..sye bkn nye x pandai tentang karangan ni tapi masalah yg sye hadapi ni membuatkan sye jadi pening utk membina satu karangan..sye harap tuan tlg buat kan karg ni dgn secepat mungkin kerana sye perlukan nye …. :) TOLONG ye…cuma tuan je yg boleh tlg.sye pilih tuan sbb tuan punya krgan ni bagus sanggt… : $

  40. tuan.. :) :?

  41. salam tuan karangan di atas ni memang mantap tapi sya nak mintak tlg tuan buat satu karangan tentang kebaikan dan keburukan media massa ..sye bkn nye x pandai tentang karangan ni tapi masalah yg sye hadapi ni membuatkan sye jadi pening utk membina satu karangan..sye harap tuan tlg buat kan karg ni dgn secepat mungkin kerana sye perlukan nye …. :) TOLONG ye…cuma tuan je yg boleh tlg.sye pilih tuan sbb tuan punya krgan ni bagus sanggt…

  42. salam tuan karangan di atas ni memang mantap tapi sya nak mintak tlg tuan buat satu karangan tentang kebaikan dan keburukan media massa ..sye bkn nye x pandai tentang karangan ni tapi masalah yg sye hadapi ni membuatkan sye jadi pening utk membina satu karangan..sye harap tuan tlg buat kan karg ni dgn secepat mungkin kerana sye perlukan nye …. :) TOLONG ye…

  43. salam…

    tuan blh tak bg maklumat tentang Isu Trend yg berlaku pada remaja masa kini…

    terima kasih..

    salam.:)

  44. terima kasih krana membri krngn ini…..ia tlahmembri sya idea untk membuat bhas…..

  45. slm sejahtera tuan blh x tuan buat karangan perbahasan tentang sosial remaja

  46. slm sejahtera saya x komen sbab teks u diatas tu mantap sgt .

  47. penggunaan laman web bergantung kepada cara pengguna itu sendiri memanfaatkannya ke arah kebaikan atau keburukan.benar tak?

  48. can i ask soalan itu smp akan keluar tak?

  49. salam……………. tlg bagi contoh bahas bg pihak pecadang n cara2 uat definisi

  50. salam tuan..boleh tolong berikan saya bahas tentang kebaikan internet kepad pelajar…kerana saya amat memerlukan ia secepat mungkin…..terima kasih

  51. karangan yg matap…. teruskan usaha bagi membuat karangan yang lebih mantap… one more thing,, tunjuk ajarku sifu!!!!! thats all for today… have a nice day…

  52. sangat baik tetapi kurang isi-isi penting.kamu kne lbih luangankan masa dengan ibubapa utk bincangkan pekara yg berikut.

  53. memberi saya banyak faedah untuk buat karangan

  54. berikan perkara yang menarik

  55. satu bahasan yang amat baik..syukran

    http://www.jutaones.com/precoms

  56. trima kasih!!!! izinkan semua info yang saya dapat saya guna ya?!

  57. karangan tuan di atas sgt memberangsangkan dan ingin meminta bantuan drpd encik untuk menulis text bahas penambahan saluran televisyen meningkatkan pengetahuan rakyat.

  58. salam..boleh tak tuan tolong berikan sedikit bahan tentang kesan-kesan negatif iklan yang disiarkan melalui media massa kepada masyarakat??saya berharap agar tuan dapat membantu saya kerana saya perlu menyiapkan karangan itu masa cuti ini..saya harap dapat maklum balas daripada tuan..
    terima kasih…

  59. Salam tuan…boleh tak tolong berikan sedikit maklumat tentang langkah-langkah untuk mengekalkan perpaduan..??harap sangat maklumat tuan itu nanti dapat bantu saya…saya perlua siapkan arangan itu dalam masa cuti sekolah ini….harap dapat terima maklumat tu secepat yang mungkin…
    terima kasis..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: