Penubuhan Banyak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Lebih Banyak Membawa Kebaikan Kepada Negara (Bahas)

Yang saya hormati, Tuan Pengerusi Majlis, kombinasi panel hakim yang arif lagi bijaksana, barisan   pembangkang, serta hadirin dewan sekalian. Assalamualaikum, salam sejahtera, dan salam perdebatan.

Pada hari ini kita akan membahaskan tajuk yang agak menarik perhatian iaitu Penubuhan Banyak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Lebih Banyak Membawa Kebaikan kepada Negara’. Terlebih dahulu         saya ingin mengupas tajuk perbahasan ini agar sidang hadirin tidak tercari-cari dalam kesamaran tajuk        tersebut. Di sini saya dapat simpulkan bahawa tajuk kita pada hari ini bolehlah ditakrifkan sebagai mewujudkan atau menambahkan bilangan pusat pengajian tinggi yang dikendalikan oleh pihak kerajaan dan swasta akan mendatangkan faedah dan manfaat kepada Malaysia. Kami seia sekata menyokong tajuk perbahasan ini. Kami dapati usaha-usaha untuk memperbanyak IPT perlu diteruskan kerana faedah yang mencakupi aspek politik, sosial, dan ekonomi jauh lebih bayak daripada kesan negatifnya.

Hadirin sidang dewan sekalian,

Perdana Menteri telah bersungguh-sungguh untuk membangunkan bidang pendidikan di negara  kita. Justeru itu, kerajaan telah menggalakkan penubuhan IPT di Malaysia. Apakah faktor-faktor yang menolong usaha tersebut? Hujah saya yang pertama ialah pertambahan pelajar yang cemerlang. Apabila          keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan setiap tahun, banyak pelajar yang akan berlumba-lumba memohon untuk masuk ke IPT awam. Bilangan ini akan bertambah kerana pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia turut berbuat demikian. Bilangan pemohon yang begitu ramai tidak dapat menampung pelajar tersebut. Namun begitu, IPTS juga tidak dapat menampung pelajar tersebut. Hal ini bermakna bilangan            IPT di Malaysia dengan bilangan penduduknya tidak seimbang. Oleh yang demikian, usul supaya IPT diperbanyak perlu disokong dan dilaksanakan segera.

Hadirin yang dirahmati,

Untuk mengelakkan keciciran pelajar terutama golongan miskin dan pada masa yang sama untuk menampung kekurangan pekerja mahir, kerajaan sanggup mengeluarkan berjuta-juta ringgit setiap tahun untuk menghantar pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara. Begitu juga dengan pakej individu di mana ibu bapa membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar anak mereka ke luar negara. Tindakan sebegini mungkin akan merugikan kerajaan dan ibu bapa kerana kini kita mengalami kegawatan ekonomi. Nilai wang kita jatuh dan menyebabkan kos yuran pengajian meningkat. Ekoran ini banyak pelajar tajaan kerajaan dan ibu bapa terasa keperitannya dan balik ke Malaysia dengan harapan dapat meneruskan pengajian di IPT yang sudah padat dengan pelajar. Alangkah baiknya jika wang itu digunakan untuk memperbanyak universiti di Malaysia? Tepuk dada tanya minda.

Keruntuhan budaya di Barat amat membimbangkan kita. Usaha mengurangkan bilangan pelajar ke luar negara dapat mengurangkan masalah sosial di kalangan pelajar kita di luar negara. Sungguhpun bukan semua pelajar kita terlibat dengan kegiatan tidak bermoral ketika belajar di sana tetapi bilangannya semakin meningkat. Bukankah lebih baik jika pelajar tersebut meneruskan pengajiannya di Malaysia?  Masalah sosial sebegini dapat dikawal di sini. Mereka juga tidak menghadapi masalah kejutan budaya. Di samping itu, ibu bapa boleh mengawal setiap anak-anak mereka agar memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran dan mengelakkan gejala-gejala yang kurang sihat.

Sidang hadirin sekalian,

Hujah saya seterusnya ialah pengurangan penghantaran pelajar akan dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Dengan dasar pengkorporatan universiti awam yang ada sekarang, kerajaan akan dapat mengurangkan kos perbelanjaan mengurus universiti yang menelan belanja berbillion ringgit. Kehadiran pelajar asing pula akan menambahkan pendapatan dari segi pertukaran wang asing. Sektor-sektor lain yang berkaitan dengan pendidikan juga akan bertambah cergas seperti kewujudan kolej-kolej swasta yang diiktiraf.

Tegasnya, hadirin sekalian, pertambahan IPT akan membawa banyak manfaat kepada negara dan seterusnya melimpah kepada rakyat juga. Oleh yang demikian saya dan rakan-rakan pencadang yang proaktif tidak berganjak daripada pendirian kami. Kami menyokong usul yang menjadi tajuk perbahasan kita. Sebelum mengundur diri elok saya memetik kata-kata Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang boleh melemahkan barisan pembangkang. “Akan kita buktikan suatu hari nanti negara akan menjadi pusat kecemerlangan akademik dan seterusnya berjaya melahirkan banyak graduan yang akan menggegarkan dunia”.

Sekian, terima kasih.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: