Langkah-langkah untuk menangani gejala buang bayi di kalangan remaja.


Remaja merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah negara pada masa depan. Namun, gejala sosial yang menghantui remaja sekarang seperti membuang anak menjadikan kita dalam dilema. Untuk mengelakkan rasa malu dan hinaan masyarakat, anak yang tidak berdosa ini dibuang merata-rata.

Pelbagai langkah boleh diambil untuk menangani gejala buang bayi di kalangan remaja. Antaranya ialah kerajaan perlu mengkaji semula Seksyen 317 dan 318 Kanun Keseksaan agar denda yang lebih berat dikenakan ke atas mereka yang bersalah. Ini perlu dilakukan agar remaja akan berasa takut dan serik untuk membuang bayi. Ekoran mereka akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. Ini membolehkan mereka menghayati gaya hidup sihat dan bermai Kejadian mengandung tanpa nikah dan membuang bayi pasti dapat dielakkan.

Di samping itu, didikan agama yang sempurna juga perlu diberikan kepada anak-anak seawal yang mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan. Dengan iman kukuh, mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala dan persekitaran yang ne; Ini kerana mereka sudah boleh membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Segala perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas dapat me hindari. Natijahnya, mereka akan mengamalkan cara hidup sihat bersama-sama murni yang menjadi kebanggaan masyarakat Timur.

Remaja yang membuang bayi lazimnya terdesak oleh perasaan malu yang dikhuatiri boleh ‘menconteng arang’ ke muka keluarga. Oleh itu, pihak berkuasa menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat UKM), misalnya perlu menubuhkan pusat-pusat jagaan untuk ibu-ibu muda yang mengandung. Pusat ini boleh berfungsi sebagai tempat remaja berkenaan mengadu dan mendapatkan bimbingan. Dengan cara ini, nyawa bayi tidak berdosa boleh diselamatkan. Di samping itu, ibu-ibu yang mengandung ini boleh menebus dosa mereka dengan menjadi ahli masyarakat yang berguna.

Langkah seterusnya ialah penubuhan bank bayi. Bank ini berfungsi menjaga setiap bayi yang tidak diingini atau tidak mampu dibela oleh ibu mereka. Bayi-bayi ini dijaga oleh pihak berkenaan sehingga besar dan boleh hidup berdikari. Dalam tempoh tertentu pula, pihak bank bayi boleh memberi peluang kepada si ibu mengambil ana semula sebelum diberikan kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Dengan cara ini, nasib dan masa depan mereka lebih terjamin berbanding tragedi yang menimpa seandainya dibuang sewaktu dilahirkan.

Langkah terakhir yang boleh dilakukan ialah menerusi kempen-kempen program motivasi. Tanggungjawab ini boleh dilakukan oleh pelbagai media yang ada di negara kita. Dengan kata lain, grafik dan pendedahan berbentuk ‘Kisah Benar’ seseorang yang pernah membuang anak akan membangkitkan kesedaran para remaja. Manakala, program motivasi kesedaran seperti ‘Adab Bergaul’ dan ‘Dosa-dosa Besar’, misalnya mampu memperkuat lagi rasa insaf dan takut remaja akan dosa. Justeru, mereka sen beringat dan berwaspada daripada melakukan noda dan dosa.

Kesimpulannya, setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh itu, semua pihak harus melihat gejala membuang bayi secara rasional. Tindakan bersepadu Angkatan Relawan Rakyat (RELA), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Rukun Tetangga (RT) perlu untuk menangani pergaulan bebas di kalangan remaja. Tindakan awal ini perlu kerana ‘mencegah itu lebih baik daripada mengubati’.


About these ads

64 Respons

  1. bgoz ..ni dpt mmbntu sye..
    ><

  2. assalamualaikum..tksh sdah b’kongsi…

  3. bagus karangan ni. dapat juga ulngkaji untuk spm :)

  4. asalamualaikum,salam 1 malaysia,akhirnya dapat juga siapkan kerja sekolah yg susah cikgu bg di sekolah,akhrnya dapat juga,dalam karangan ini terdapat beberapa kesalahan ejaan.wasalam

  5. kenapa semakin meningkat tahun semakin meningkat lagi tentang kes kes pembuangan bayi ini sedangkan bayi bayi ini x brsalah pon yg bersalah dan harus bertanggungjawab adalah mereka yg membuat perkara perkara terkutuk ni!!!

  6. thanks najib….

  7. salam ukhwah…seorang insan yang bergelar manusia memang tidak boleh lari daripada fitrah ….tapi cuba kita renung dan fikirkan???sekarang ni dah akhir zaman!!!!!!!tunggu saja…bila muncul ja laknatullah …masa 2 baru nak terhegeh2 nak bertaubat…so sekarang ni jangan duk taubuat ja…lu pikir sndiri!!!!!!

  8. ada bank bayi di malaysia ke? kalau ada mana lokasinya?

  9. alah ni semua salah najib yang menggalakan rakyatnya buat dosa .nak jugak guna undang2 lord ,undang2 Islam taknak guna secara menyeluruh .ibubapa xleh disalahkan sebab zaman sekarang bukan mcm zman dulu ,anak2 skrang dididik dengan persekitaran .selagi undang2 Islam tak diperketatkan selagi tu lah maksiat berleluasa .

  10. xder nak comen per pom…..biasa lar adat mnusia zaman serba moden ney,,,sgala bnda nak cuba…..apa yg agama tegah benda 2 lar yg korg nak wk….klau agama sruh wk korg xnak wk pulak

  11. wah,bst jga krgn nie.dpt jga tmbhn idea tk sya menhdpi stpm xlma lg.huhu…

  12. thanks

  13. pendapat saye,kes buangan bayi ini berlaku akibat kurang kasih sayang atau kurang perhatian dari ibu bapa.

  14. enough,congrats kpd yg buat karangan ni,slamat aq jumpa carian kerja assignment aq kat sini,yuhhhuu

  15. Assalamualaikum wbt. salam satu malaysia.. di sini saya ingin menyampaikan pendapat saya mengenai isu pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi.. Bukankah penubuhan bank bayi dan rumah-rumah kebajikan untuk ibu-ibu muda akan lebih menggalakkan kes seperti ini terus berleluasa?? bukankah langkah ini seolah-olah memberi peluang kpd mereka yang terlibat untuk terus melakukan gejala sosial ini???

  16. teenagers today doesn’t know how to appreciated someone ! their didn’t know the baby is a gift from god ~

  17. jawapan kepada Yun Hae..orang islam sepatutnya tidak begitu. tapi di sebabkan perasaan yang di pendam untuk melakukan seks terlalu lama maka terjadilah perkara itu. sebab itu lah orang islam wajib berkahwin bile meraka merasakan mereka akan terjerumus ke dalam maksiat itu..tapi disebabkan cara melayu itu sendiri menyusahkan mereka yang hendak berkahwin..mereka tidak ikut cara islam..berkahwin dengan cara islam sangat mudah.. Tidak seperti agama lain di malaysia ini. Nak buat seks sbelum kahwin bile-bile pn boleh..xde pn pihak-pihak berkuasa nak tangkap sperti jais ker atau sape2..masuk hotel berdua-duan pn xkan kene rush ngn jabatan agama..jadi perasaan masing-masing untuk melakukan seks sudah pn terlaksana.orang melayu sangat susah nak buat..sebab tu la bile da buat sekali sampai x fikir masalah seterusnya sperti mngandung

  18. ****tapi kenapa ramai yang komen bukan2??*****

  19. bukan ke ni cume satu karangan…
    tapi kenapa ramai yang komen??
    lain lah website ni berita…
    adooiii……..lagi2 si REMAJA KEDAH…
    name pon tajok DI KALANGAN REMAJA…
    BUKAN MASYARAKAT…
    cube berfikiran positive…
    minta maaf kalau tersilap pandangan……..

  20. Hm..best nye.senang nk dpt idea kalo ktaorg bt hmwork…thanks so much yer..

  21. didikan agama bukannya tak cukup.. didikan orang tua bukannya kurang, tp dr sikap INGIN TAHU remaja lebih tinggi berbanding pengetahuan yg mereka ada.. kalu da terjebak ngan kancah maksiat, tak heran benda2 buruk akan berlaku.

  22. btapa x phmnyew aq dgn dunia zmn skunk yg smakin porak peranda dgn masalh pembuangan bayi….

  23. artikel yg bagus…
    gempur stpm!!!

  24. setahu saya…pendidikan moral dan agama telah mula diajar sejak di tahun satu…

  25. Yo remaja Kedah….fast food has nothing to do with maturity of people…makan fast food tdk akan mempengaruhi minda org… klu anda memakan fast food adakah and mudah terpengaruh dgn persekitaran anda?? The answer is No…

  26. setahu saya…..pendidikan moral dan pendidikan agama telah bermula sejak tahun satu lagi….There’s no such thing moral and agama is taken for an exam purpose only…

  27. kenapa kes pembuangan byi rmai berlaku di klangan remaja melayu…masyaallah
    bertaubat whai ank2 adm @ hawa.

  28. jangan hanya menuduh remaja shj…… remaja adalah seorang yang tidak mempunyai pengalaman kehidupan……
    senang dipengaruhi oleh faktor luar……

    punca utama itu bukan sahaja remaja…..
    tetapi …..:

    media massa…….(1) – unsur seks…
    ( ingin tahu remaja menyebabkan masalah ini berlaku)
    (kalau boleh kerajaan cuma blok web site mengandungi unsur seks)(seperti kerajaan China)

    ibu bapa…….(2) – yang hanya menfokus dalam mencari duit……(ibu bapa tidak mengambil berat mengetahui tentang kawan -kawan anak mereka…..)
    (sepatutnya ibu bapa lah mesti menjadi kawan anak dia)

    agama dan moral……..(3) – subjek – subjek ini hanya diajar dalam sekolah untuk peperiksaan sahaja…….
    kebanyakkan sekolah tidak mengajar subjek ini langsung kepada pelajar semasa belajar di tingkatan 4 dan 2 & 1.
    baru -baru ini kerajaan telah tambah satu lagi subjek seperti moral iaitu SIVIK…..
    tetapi……..tindakan itu rugi je……….WASTE OF MONEY…

    Akhirnya…….makanan remaja terutamanya
    FAST FOOD seperti KFC,MAC D dan lain-lain
    salah satu bahan kimia yang dicampurkan dalam makanan seperti ini boleh mempercepatkan tum besaran badan manusia…..
    remaja yang sering makan …..makanan itu …….mencapai kematangan lebih cepat berbanding dengan …….remaja kurang makan fast food …
    walaupun mereka menjadi matang dari segi badan….tetapi fikiran mereka masih seperti remaja……..
    hal ini menyebabkan remaja senang dipengaruhi oleh faktor luar………

  29. Cadangan langkah2 yang baik….Good

  30. Manusia apa laa yg snggup buat bgni haah…Tk tkut ke dgn hkuman Tuhan???!!! Nth lngkh yg mcm mna lg la mslh ne blh dikurgkn. Bgi sy, lngkh2 dlm krgn ne pn sngt memadai dh…tp individu sndri yg msh lg d’ada dlm pmikiran jahil!!! Akhir2 zman dunia ne, Plz la…Mari la kta sma2 sdar n b’tobat….Pegang kuat agama kta msg2. Thnks kpd pngarang coz sy copy krgn ne…

  31. cakap banyak pun tak guna kalo kita sendiri tak berusaha untuk halang perkara tu drpd terus berlaku…sokong 100% penubuhan bank bayi,kalo bank ni tak de takkan nak biar statistik kematian bayi semakin meningakat?abis bayi 2 nak campak mana?daripada kita asyik tengok je bayi kena buang dalam lonkang,mangkuk tandas,tong sampah n byk tpt hina lg elok kita dpt tengok dorang dalam pusat2 jagaan..

  32. KARANGAN KAMU SALAH…………BUKAN DI KALANGAN TAPI DALAM KALANGAN…HEHEHEHE

  33. Hukum hudud dapat selesaikan segalanya. ketahuilah bhwa hkum hudud itu wajib dilaksanakan sekiranya kita adalah org yang beriman kpd Allah Yang Maha Esa, barangsiapa menolak hudud.maka kufur la ia.

  34. malaysia adalah negara yang menuju ke arah kemajuan namun pembuangan bayi adalah masalah yang semakin serius.Oleh itu, kerajaan kusususnya badan kebajikan menitikberatkan dengan gelala pembuangan bayi.kena jika tidak di bendung dengan secepat yang mungkin,masalah ini akan menjadi semakin serius.

  35. karangngan nie sangat best..sye leh gnekn karangan untuk mengulang kaji plajaran

  36. “Langkah seterusnya ialah penubuhan bank bayi.”
    ni lah langkah yang paling teruk.. ini akan menggalakkan lagi pembuangan bayi kerana mereka akan fikir yang mereka tidak perlu buang bayi mereka.. buat maksiat, mengandung, then hantar bayi itu pada bank bayi..
    Ingatlah… Tuhan Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu Melainkan Kaum Itu Sendiri Yang Mengubahnya…

    maksudnya, selagi sikap masyarakat @ individu itu sendiri tidak diubah.. langkah yang macam mana pun di buat tidak akan berjaya. Selagi Tidak kembali Ke Jalan Allah S.W.T.

    Islam 1st.

    dan faktor terbesar yang menyebabkan belaku kes ni ialah, faktor media massa. Media massa terutama TV3 perlu menapis lagi siaran rancangan yang disiarkan. Hentikanlah Konsert2 seperti jom heboh tu.. Laknaktullah!. apabila konsert ini berlangsung, akan belakunya pergaulan di antara lelaki dan wanita.. Perhatikan, ramai mana wanita yang memakai tudung pergi ke konsert itu?. wanita dan lelaki duduk bersebelahan, menyanyi, menjerit.. Astaga…

    to TV3. Please Stop It!…

  37. GoOd ArticLe … Zaman skrang n dulu Sma je.. cuma tak disiarkan kat mana2…. klau la nampak.., ada yg lbih truk…. Sbb tu Allah beri musibah n malapetaka pda dorang… kita juga….

  38. ini karangan yg ckup bgs utk sy mnmbah ilmu dlm mghdpi stpm xlma lgi.,langkah2 ini patut d’titkberatkan n mgmbl tindakan yg s’wjarnya agar mslh ini dpt dikurgkn dlm msa jgka pnjng @ jgka pendek..,

  39. awasan oleh ibu bapa..
    didikan agama yg kuat..
    perlu ada perasaan malu apabila melakukan s’suatu perkara!!
    paling penting ingat Allah s.w.t…

  40. karangan anda cukup bagus untuk saya mengulangkaji untuk saya menghadapi pmr..tapi kalo boleh ringkaskan sikit….byk sgt..

  41. Saya amat memuji dan menghargai usaha murni Tuan Mazlan, teruskan.
    Saya nak meluahkan untuk para ibu bapa yang asyik nak saman apabila guru mengambil tindakan kepada murid(anak) yang sebenarnya membuat kesalahan. Ibu bapa sebegini selalunya bermasalah di rumah.
    Pendidikan bermula di rumah. Watak,sahsiah, adap sifat murni dibina bermula di rumah. Anak adalah selembar kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya. Sekiranya anak menjadi derhaka, kurang ajar, tidak berjiwa agama dan seribu satu masalah ini berpunca dari rumah. Benteng kukuh, iman dan jiwa yang tulus murni diasuh dan dibangunkan dari rumah. 100% tanggungjawab ibu bapa di rumah. Sifat keji remaja dan anak kerana ibu bapa melepaskan tanggungjawab kepada anak2nya, guru di sekolah hanya mengukuh dan mengayakan sifat2 terpuji dan murni. Ibu bapalah pengasuh, pendidik dan pembimbing 100%. Salah ibu bapa jika anak menjadi liar, buas dan pembunuh kepada bayi itu kerana ibu bapa tidak membekalkan sifat manusia yg kukuh kepada anak-anaknya.

  42. remaj…remaja…

  43. 1)didikan agama prlu di prtingkatkan
    2)undang2 cara pemakaian d kalangan orang islam wajib diwujudkan selaku negara islam
    3)peka dgn sikap anak2 sendiri

  44. we dun have right 2 kill any pple.we d 1 create d babies y should we kill them.let put your self in tat sitivtion if your mum do the same thing kill you 2day you cant in this would…plz think b4 you make any disition.

  45. berubah la wahai kaum2 ku..

  46. kenapa sekarang semakin ramai yang menjadi zalim keatas anak-anak yang mereka lahirkan..??
    seharusnya bayi-bayi itu dijaga,diberikan kasih sayang yang sewajarnya.meraka juga mempunyai hak sebagai anak walaupun mereka itu masih kecik dan tidak tahu apa-apa.ibu bapa mereka perlu tahu hak yang sepatutnya diberikan kepada bayi-bayi itu

  47. we dun have right 2 kill any pple.we d 1 create d babies y should we kill them.let put your self in tat sitivtion if your mum do the same thing kill you 2day you cant in this would…plz think b4 you make any disition.

  48. betul isu ini bukan lagi isu lapuk.tapi isu yang telah lama berlaku dan harus dibendung dengan segera.

  49. tndkan tgas hrus d ambl………..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  50. mmg x ptut la diowg wt cmniy..cian tau baby 2..diowg x brdose..cdey la tgk baby 2 mninggal free2 jew..x gne tol r mak bpak diowg niy..

  51. yes dh ciap copy dlm bku krngan..huhu..isinya cukup bernas..wakaka

  52. bagus gak artikel nie ley copy msuk bku krngan..wakaka

  53. npew komen aq xdipparkan???agk biadap ke???

  54. remaja skag ni memg g2…mkpbak alim pon sme je…pelik3…cian mkbpak diowg kan???

  55. remaja skag ni memg kurg didikan agama dan moral….yg peliknye 2 napew owg melayu dan owg islam je slalu wat cam 2???makbpk diowg xkesah ke eak???

  56. thx
    artical ini bagus
    ber nas
    mantap

  57. zaman sekarang banyak telah berubah..anak-anak muda semakin terlupa akan akhirat… kembalilah anak- anak ke jalan yang benar

  58. Ada la pompuan ya bodo2 sanggup buang bayi bersama dengan laki2 x guna terutmanya ya bernama anim dan zamri noh.kita mestilah anti kan mereka dan orang yang buang bayi.terima kasih

  59. mohon izin utk c0py.=)

  60. pokok pangkal pada hati

  61. paranan ibu bapa dalam memastikananak-anak dalam keadaan yang baik perlu di titik brratkan

  62. ini contoh karangan ke?

  63. Saya telah membaca berapa bahan yang telah tuan muatkan dalam website tuan. Tahniah saya ucapkan. Ianya banyak membantu pelajar STPM. Semuga usaha murni tuan di berkati Allah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: