Baik buruk guru wanita lebih ramai daripada guru lelaki


Perangkaan Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga Januari 2008 menunjukkan jumlah guru di negara ini ialah 360,795 orang. Kira-kira 243,859 atau 57.6% daripada jumlah ini merupakan guru wanita. Ketidakseimbangan yang ketara antara kedua-dua jantina guru ini boleh membawa pelbagai implikasi terhadap sekolah dan para pelajar.

Dengan bertambahnya bilangan guru wanita, masalah disiplin di sekolah dikatakan semakin meningkat. Gejala-gejala disiplin seperti berambut panjang, ponteng sekolah, melawan guru, bergaduh dan sebagainya semakin meningkat. Masalah ini timbul kerana guru wanita tidak ditakuti dan dianggap kurang berwibawa serta gayanya yang lembut dan fizikalnya yang lemah. Lantaran itu, mereka gerun untuk merotan pelajar ataupun mengejar pelajar ponteng seperti mana guru lelaki. Segala amaran dan dendaan guru wanita dianggap remeh dan tidak lebih daripada rutin yang mereka hadapi bersama ibu di rumah. Akhirnya, mereka berterusan melakukan pelbagai gejala disiplin.

Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran di kelas akan terjejas apabila guru-guru wanita begitu kerap mengandung dan bersalin. Peruntukan cuti enam puluh hari oleh kerajaan memberi kesan besar kepada pelajar. Apabila cuti, sukatan pelajaran yang ditetapkan tidak dapat dihabiskan. Lebih malang lagi, apabila pelajar yang menjadi mangsa ini Bakal menduduki peperiksaan utama seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lain-lain lagi. Hal ini kerana pelajar terpaksa menghadapi kelas dan subjek berkenaan tanpa panduan dan bimbingan guru. Natijahnya, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran dan gagal dalam peperiksaan.

Di samping itu, masalah juga timbul apabila gerak kerja kokurikulum hendak diadakan sama ada di peringkat sekolah, daerah ataupun negeri. Ramai guru wanita yang tidak mahu atau enggan aktif dalam kegiatan ini apabila mereka sudah bersuami dan berkeluarga. Keadaan mereka yang mengandung atau masih dalam pantang menyukarkan aktivitiaktiviti kokurikulum dilakukan di sekolah. Kekangan-kekangan ini boleh menjejaskan kelancaran aktiviti kokurikulum yang dirancang untuk pelajar. Oleh itu, hasrat melahirkan pelajar yang sihat, berdisiplin dan mempunyai sahsiah terpuji menjadi sukar.

Namun begitu, bilangan guru wanita yang ramai di sekolah juga boleh membawa pelbagai kebaikan kepada sekolah. Ramainya guru wanita mencerminkan mereka merupakan golongan yang pintar dan rajin. Justeru, guru wanita boleh rnenunjukkan kerajinan dan kesungguhan mereka ketika mengajar. Guru yang rajin dan berusaha tanpa jemu dalam mendidik akan berjaya juga akhirnya. Bak kata peribahasa `kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’. Dengan guru seperti ini, para pelajar akan mulai berminat dengan pelajaran mereka. Kerajinan guru telah berjaya mengubah sikap dan semangat pelajar ke arah kejayaan.

Antara kelebihan guru wanita berbanding guru lelaki ialah mereka pandai memujuk dan menasihati. Kelebihan ini jika dieksploitasikan dengan sempurna akan memberi sumbangan besar kepada diri pelajar. Pelajar-pelajar perempuan yang bermasalah, misalnya lebih suka menemui guru wanita daripada guru lelaki. Persamaan jantina menjadikan mereka lebih mudah berbicara dan saling memahami. Secara tidak langsung, guru wanita telah berjaya berperanan sebagai kaunselor dalam menyelesaikan masalah pelajar seperti ponteng atau menagih dadah. Jadi, tidak dapat dinafikan bahawa guru wanita yang ramai boleh mendatangkan pelbagai kebaikan kepada para pelajar.

Kesimpulannya, peningkatan jumlah guru wanita berbanding guru lelaki membawa implikasi buruk baiknya yang tersendiri. Profesion keguruan diakui umum sebagai amat sesuai dengan perwatakan wanita. Namun, minat golongan lelaki terhadap kerjaya guru harus dipupuk agar tugas mendidik menjadi lebih senang.

About these ads

4 Respons

  1. Pada pendapat saya, bilangan guru wanita ada memberi sedikit pengaruh dalam masalah disiplin disekolah. Ini kerana sudah menjadi lumrah disekolah masalah disiplin kebanyakkannya adalah timbul dari pelajar lelaki. Persoalannya sekarang, bagaimana seorang guru wanita mahu menyelesaikan masalah disiplin yang ditimbulkan oleh pelajar lelaki itu? Dalam keadaan sebegini guru lelaki adalah difikirkan lebih sesuai didalam situasi sebegini. Sebagaimana yang kita tahu kebanyakkan pelajar yang bermasalah ini adalah bersikap sedikit agresif. Jadi adakah sesuai kita menggunakan pendekatan lemah lembut bagi menangani masalah ini?Disini saya juga ingin mengingatkan mentaliti pelajar zaman sekarang bukanlah seperti pelajar zaman dahulu yang amat menghormati guru.

  2. Pada pendapat saya, , keperluan guru-guru lelaki di sekolah amat penting dalam membantu pihak sekolah untuk menangani masalah disiplin yang kian meruncing akhir-akhir ini. Tidak dinafikan guru wanita lebih penyayang dan berdedikasi namun ketegasan dalam membentuk disiplin pelajar harus diterapkan dari awal agar pelajar menjadi manusia yang lebih berdisplin dan hanya guru-guru lelaki yang mampu untuk melakukan ketegasan berbanding dengan guru-guru wanita yang tidak ditakuti oleh segelintir pelajar.

  3. Saya tidak bersetuju dengan perenggan kedua yang menyatakan bahawa lebih banyak guru wanita, masalah disiplin di sesebuah sekolah itu meningkat. Tidak sama sekali! Kemungkinan guru lelaki boleh mengatasi masalah disiplin ini dengan lebih sempurna. Namun demikian, guru lelaki akan menggunakan unsur keganasan manakala guru wanita pula lebih penyayang dan memahami dan akan mengambil tindakan sewajarnya tanpa menggunakan unsur keganasan.

  4. The problem now is female teachers are more than male teachers.Even though many people were not agreed with the increasing number of females that become teachers what can the government do,fired all the female teachers and waste the country money by giving compensations to them. my experience,male teachers are more lazy in teaching. so,nothing wrong with the big number of female teacher. They are more beneficial than most of the male teachers that spend their teaching times by smoking.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers

%d bloggers like this: