Cabaran -cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang


Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan secara formal di sekolah telah melahirkan ramai tokoh agung dan profesional. Ini termasuklah bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, pakar bedah tersohor Dr. Halili Rahmat, usahawan terkemuka Tan Sri  Azman Hashim, Sasterawan Negara, A. Samad Said dan ramai lagi. Namun begitu, usaha-usaha melahirkan masyarakat yang terdidik akan lebih membuahkan hasil sekiranya segala cabaran yang terdapat di sekolah mampu diatasi.

Antara cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah ialah bilangan murid yang terlalu ramai di dalam kelas. Purata bilangan pelajar bagi setiap kelas di negara kita ialah mencapai 35 orang. Namun ada juga sekolah yang mencapai angka 45 orang pelajar bagi kelas-kelas tertentu. Kelas yang sesak akan menyukarkan guru mengajar dan mendidik. Oleh itu, guru-guru tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk memberi tumpuan dan bimbingan kepada setiap murid. Kesannya, pelajar-pelajar yang sedehana pandai dan lembap akan ketinggalan dalam pelajaran mereka. Hal ini akan menjadikan mereka berasa rendah diri dan terpinggir.

Cabaran kedua yang dihadapi di semua sekolah  di negara kita ialah kemerosotan disiplin pelajar. Sumber Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan sebanyak 188 902 kes disiplin yang melibatkan para pelajar telah berlaku sepanjang tahun 1991. Gejala-gejala disiplin pelajar seperti ponteng rsekolah, melawan guru, bergaduh, menghisap rokok, merosakkan  harta sekolah dan lain-lain itu telah banyak memberi kesan negatif terhadap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru-guru lebih banyak menghabiskan masa untuk mendisiplinkan pelajar daripada mengajar.

Cabaran seterusnya yang dihadapi oleh pihak sekolah ialah beban kerja guru yang terlalu banyak. Ini termasuklah kerja-kerja perkeranian seperti menaip dan menyiapkan stastistik peperiksaan, mengisi dan mengemas kini pelbagai borang serta fail pelajar. Selain itu, guru turut terlibat dengan pelbagai kegiatan kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan kelab. Pelbagai beban tugas utama mereka di sekolah, iaitu mengajar dan mendidik. Guru bukan sahaja gagal menghabiskan sukatan pelajaran yang diajar bahkan gagal memberi bimbingan kepada pelajar. Kesannya, ramai pelajar yang terbiar dan ketinggalan dalam pelajaran.

Di samping itu, pelajar yang bekerja juga menjadi penghalang kepada sekolah untuk  melahirkan pelajar yang cemerlang. Pada masa ini, ada pelajar yang bekerja di bengkel-bengkel, kedai makan, klinik swasta, ladang dan sebagainya. Kalau datang ke sekolah pun mereka tidur dalam kelas dan mengganggu orang lain yang ingin belajar. Apabila sering dileteri dan dinasihati oleh guru, mereka mulai melenting dan rtidak datang ke sekolah. Ramai antara mereka yang berhenti sekolah pada usia belasa tahun. Kalau adapun pelajar yang meneruskan persekolahan, mereka hanyalah mengharapkan sijil atau penyataan sahaja.

Cabaran akhir yang dihadapi oleh sekolah dalam melahirkan kecemerlangan ialah sikap pelajar yang malas dan pasif. Ramai pelajar yang malas membaca dan membuat latihan yang diberikan oleh para guru, sebaliknya menggemari bahan berbentuk picisan seperti majalah Mangga, URTV, Hai, Ujang dan lain-lain yang kurang bermanfaat. Sikap malas juga menyebabkan mereka sering mengharapkan guru memberikan 100 peratus ilmu kepada mereka. Lambakan bahan ilmiah keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bernilai RM400 juta membuktikan para pelajar sekarang malas menimba ilmu pengetahuan. Sikap mereka yang berterusan ini bukan sahaja memberi kesan negatif kepada diri sendiri bahkan juga kepada negara.

Kesimpulannya, dunia pendidikan hari ini menghadapi terlalu banyak cabaran dan kekangan. Kesepaduan tindakan antara guru, ibu bapa dan masyarakat, selain pihak berkuasa dituntut demi menangani cabaran ini.  Cadangan menambahkan guru disiplin dan kaunselor di sekolah harus direalisasikan di samping kempen-kempen kesedaran terhadap buku.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 41 other followers

%d bloggers like this: