Kesan-kesan negatif industri pelancongan kepada masyarakat

Keindahan alam semula jadi seperti Pulau Langkawi, Genting Highlands, Pulau Sipadan, Tasik Kenyir dan Taman Negara begitu mengagumkan para pelancong. Oleh itu, tidaklah menghairankan apabila 12.77 juta orang pelancong telah mengunjungi destinasi pelancongan di seluruh negara kita. Hasilnya, kerajaan telah berjaya memungut RM24 bilion daripada industri in Namun, di sebalik keghairahan kita mengaut keuntungan, beberapa kesan negatif juga timbul ekoran industri pelancongan yang berkembang pesat.

Antara kesan buruk yang timbul akibat perkembangan industri pelancongan ialah iakunya pembaziran. Walaupun industri ini menguntungkan, tetapi kos yang digunakan utuk mengindahkan kawasan-kawasan pelancongan terlalu tinggi. Untuk membangunkan  Pulau Langkawi sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia, pihak kerajaan dan swasta terpaksa melabur sebanyak RM4.5 bilion. Kos yang terlalu tinggi ini tentulah lebih bermanfaat dan bererti seandainya disalurkan untuk memenuhi keperluan rakyat yang lebih mendesak. Contohnya, membina lebih banyak rumah kos rendah untuk mereka yang masih tidak berumah. Dengan cara ini, kehidupan masyarakat kita, terutamanya di kalangan mereka yang miskin dan terabai akan lebih terjamin.

Selain itu, industri ini juga turut memberi kesan buruk kepada para penduduk di kawasan-kawasan yang akan dimajukan sebagai destinasi pelancongan. Contohnya, ramai tuan tanah dan pengusaha chalet di Pantai Kok, Pulau Langkawi terpaksa melepaskan hak milik mereka kepada pihak-pihak tertentu untuk dibangunkan hotel lima bintang, padang golf dan pusat rekreasi. Walaupun pampasan diberikan, namun mereka sukar memulakan hidup baru tanpa tanah berpotensi seperti itu. Fenomena ini bukan sahaja akan menjadikan mereka tidak bertanah, bahkan lebih malang lagi apabila pampasan yang diterima itu lesap dalam sekelip mata. Akhirnya, mereka akan hidup menderita dan terumbang-ambing di tempat sendiri.

Industri pelancongan juga turut memberi kesan buruk kepada masyarakat tempatan. Ini kerana para pelancong asing, terutamanya telah membawa bersama mereka nilai-nilai hidup Barat yang tidak sesuai dengan selera tempatan. Ini termasuklah perbuatan bercumbu dan berbogel di tepi-tepi pantai. Selain itu, ada juga kalangan pelancong yang meminum arak dan melakukan seks dengan pasangan tanpa nikah. Unsur-unsur negatif ini tentulah mudah mempengaruhi pemikiran para remaja tempatan. Laporan Utusan Pengguna tentang gelagat anak muda Pulau Langkawi yang berseronok dengan meminum arak di tempat terbuka merupakan bukti betapa nilai-nilai hidup asing telah berjaya merobohkan benteng iman mereka yang masih mentah.

Selain itu, kepesatan perkembangan industri pelancongan telah mewujudkan banyak kes jenayah yang dilakukan oleh penduduk tempatan. Kedatangan pelancong asing dengan pelbagai penampilan ke negara ini telah mendorong mereka untuk menipu, mencuri, merompak dan merogol. Hal ini terbukti apabila berbagai-bagai media kita sering melaporkan tentang kehilangan bagasi penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Perkara yang sama juga berlaku apabila Berita Harian melaporkan kisah seorang warga Britain yang terpaksa membayar £350 kepada seorang pemandu teksi untuk perjalanan dari KLIA ke Salak Tinggi. Kes-kes jenayah ini boleh menjejaskan imej negara pada pandangan negara lain.

Akhir sekali, perkembangan industri pelancongan turut memberi kesan buruk kepada pembiakan flora dan fauna di negara kita. Alam semula jadi negara yang cantik telah dieksploitasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk dijadikan lokasi pelancongan. Pembinaan chalet, rumah tumpangan dan prasarana lain telah menyebabkan banyak pokok yang terpaksa ditebang seperti yang berlaku di Pusat Peranginan Stong, Jelawang, Kelantan. Pembangunan sekitar Tasik Kenyir dan Tasik Pedu pula telah menyebabkan banyak kawasan daratan ditenggelami air. Eksploitasi ini boleh mengganggu pembiakan flora dan fauna di tempat tersebut.

Kesimpulannya, banyak kesan negatif yang timbul ekoran perkembangan pesat industri pelancongan. Namun, keburukan ini tidak seharusnya mematahkan semangat kita untuk terus bergiat dalam industri ini. Keindahan negara kita sewajarnya dimanipulasikan seoptimum mungkin demi meraih pendapatan untuk pembangunan negara.

About these ads

9 Respons

  1. tq..maklumat nya lengkap untuk saya buat asigment sektor pelancongan

  2. thanks….blog ni sgt brgne lam mningktkn prestasi krangn bm sy…=)

  3. mokaceh bnyak2 coz memban2 sy membuat karangan ..sy amat menghargainya………..

  4. terima kasih krn blog ni tlh byk mmbntu sy dlm menyiapkan esei utk skrip perbahasan saya..

  5. terima kasih .. maklumat ni banyak membantu dalam karangan saya..(^_^)..

  6. satu laman blog yang amat berguna dan patut diuar-uarkan kepada orang lain…… laman blog ini banyak membantu saya dalam mencari maklumat yang berguna dan agak menarik penggunaan ayatnya……..
    terima kasih banyak-banyak kerana laman blog ini banyak memberi idea yang bernas dalam menyiapkan kertas kerja kajian sosial saya…… i love u

  7. thnkz…maklumat nie bnyak mmbantu sya untuk menyiapkn assignment dhc 1113 saya…thnkz a lot!!!

  8. salam..sy bru saja mlayar laman web ini..lman web ini bnyak mmbantu sya dalm membuat karangan bahasa melayu..
    terima kasih

  9. selamat sejahtera semua…saya baru sahaja me,mengetahui akan kewujudan blog sebegini.saya berpendapat bahawa kehadiran sumber bacaan seperti ini amat membantu saya dalam membuat karangan yang baik dalam stpm yang bakal menjelang kelak…saya amat menghargai sumbangan anda dalam membantu anak bangsa berjaya dalam pendidikan…terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: