Langkah-langkah memajukan industri pelancongan negara

Sepanjang panjang tahun 2008, Malaysia telah dikunjungi oleh 22 juta orang pelancong menyumbangkan pendapatan sebanyak RM48 bilion kepada negara. Oleh itu, langkah-langkah perlu diambil untuk memajukan lagi industri ini.

Langkah pertama yang boleh dilakukan untuk menarik kedatangan pelancong adalah dengan mengadakan prasarana pelancongan yang selesa, jimat, mencukupi dan mudah. Penyediaan hotel, chalet, tandas, pengangkutan, bekalan air dan elektrik adalah penting untuk pembangunan industri pelancongan. Kerap berlaku pelancong terkandas atau terlewat sampai ke destinasi akibat masalah pengangkutan, misalnya untuk ke Taman Negara dan lain-lain destinasi di pedalaman. Kerap berlaku juga masalah tandas yang terhad dan berbau busuk, selain bekalan air dan elektrik yang kerap meragam. Prasarana ini hendaklah dijaga agar pelancong tertarik untuk berkunjung lagi ke sini.

Berdasarkan rekod Perbadanan Pelancongan Malaysia (TDC), pelancong asing yang datang ke sini bukan sekadar untuk menikmati keindahan alam semula jadi negara, bahkan juga untuk membeli-belah. Oleh itu, pihak berkuasa perlu menghapuskan atau mengurangkan cukai belian barangan di negara ini. Selain itu, peraturan-peraturan imigresen perlu dilonggarkan kepada mereka yang berhasrat melancong ke negara ini. Manakala pusat-pusat perkhidmatan tukaran wang asing perlu ditambah dan disediakan di lokasi-lokasi yang strategik seperti di hotel, pusat pelancongan dan pekan-pekan kecil. Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, para pelancong akan tertarik untuk berkunjung ke Malaysia.

Langkah seterusnya yang boleh diambil ialah mengadakan kempen-kempen dan promosi pelancongan. Kementerian Pelancongan boleh mengadakan kempen ini di dalam atau di luar negeri. Pusat-pusat penerangan pelancongan serta rombongan-rombongan kebudayaan dan kesenian ke luar negara harus ditambah. Ini bertujuan mendedahkan keindahan alam semula jadi dan keunikan hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini kepada masyarakat luar. Manakala pelancong dalam negara pula boleh ditarik dengan mengadakan kempen-kempen pelancongan menerusi media ataupun risalah. Program seumpama Cuti-cuti Malaysia oleh TV3 perlu diteruskan agar masyarakat mengetahui keindahan negara kita. Ini sekali gus akan mendorong mereka untuk melancong dan berehat di sini.

Di samping itu, langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil bagi menjamin kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa berada di negara kita. Kita tidak seharusnya lupa dengan gelagat segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan ke atas pelancong. Oleh itu, Unit Keselamatan Pelancong perlu ditubuhkan untuk membantu pihak polis menangani jenayah ke atas pelancong. Kejadian-kejadian rogol, mencabul kehormatan, menghendap, peras ugut, rompak dan tipu harus ditangani secepat mungkin. Ini perlu dilakukan agar pelancong asing terus berkunjung ke negara ini dan memelihara imej negara.

Langkah menarik pelancong juga boleh dilakukan dengan mengadakan pameran kejohanan sukan bertaraf dunia. Im termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA), Kejohanan Kereta Formula Satu dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi. Kejohanan-kejohanan dan pameran ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan promosi yang lengkap dan meluas. Kesannya, kedatangan pelancong ke negara kita juga akan berterusan tanpa menunggu musim-musim tertentu sahaja. Dengan cara ini, kita dapat mengekalkan pulangan yang diperoleh danpada kedatangan pelancong ke negara kita.

Kesimpulannya, memang diakui pelancongan merupakan suatu industri yang cukup berpotensi dan begitu menguntungkan. Namun, dalam keghairahan menarik pelancong, kita janganlah lupakan kesan buruk yang boleh menimpa masyarakat kita seperti gejala `black metal’, seks bebas dan minum arak.

About these ads

29 Respons

  1. . Karangan yg sngt mantap dan hebat . Bnyk mmbntu dlm pmblajaran saya . Tp

  2. very goooooooooooooooooood karangan

  3. menajubkkan…..tak pernah tengok karangan sebegini..

  4. memang menarik

  5. karangan yang sangat mantap….

  6. karangan yang mantap …. banyak membantu dalam pembelajaran saya ……

  7. idea anda sangat menarik berfakta bernas

  8. terima kasih kepada siapa2 yang menulis karangan nikerana membantu saya membuat esei yang diberikan oleh guru saya

  9. tak baik kita selalu bangga diri…rezeki masing2…tengok badan la…sebaiknya bersyukur…orang dah bagi ,…kita terima je la…

  10. fuyoooh karangan yang terbaik…saya suka ja…

  11. karangan yang mantap . . . . . . . bole wt sebagai rujukan kepada student yang mengambil exam taon ni . . . . . 2011 ..

  12. bagus untuk karangan sya

  13. hehe . bagus karangan nie .

  14. terima kasih bleh wat rujukan wat karangan cikgu bagi ye…..nak kopi ngan pasta ya……

  15. terima kasih….amat bagus

  16. sy suka ney karangan , bly gak sy bwt rujukan ntk pmbntngan sy d kelas , tq bap ksi kongsi ^^ , harap sy yg the best karangan bap dpt rjukan dri kw ! ^^

  17. best sangat karangan..isi nya sangat luas..mantap dan efisien

  18. salam…mantap karangan niee. dpt juga dibuat sebagai rujukan….thanks u…:)

  19. thanks…minta izin kopi pasta ye…

  20. thnx

  21. MOHON IZIN COPY UNTUK BAHAN BANTU MENGAJAR….KARANGAN YANG BAGUS…..TQ

  22. saya rasa karangan ini bagus dan boleh diperluaskan lagi…….

  23. karanha ini bagus…kalau ada karangan lagi tolong hantar ke e@mail saya terima kasih..

  24. wa…karangan mmg da bgus tapi klau korang add fb saya..byk lagi jenis2 karangan yg lagi bagus terutamanya yg lemah karangan..==..muka saya ensem kalau kat fb..ramai pompuan add saya.add la saya…muah..kawan saya ada seorang jongang..tapi dier x sedar diri tul la.cial la..da la mamak.jongang plak tuh..wakakak

  25. karangan yang bagus………

  26. tahniah! saya amat berpuas hati dengan laman web ini yang banyak membantu sata terutamanya dalam membaiki karangan saya dan amat berinformasi terutamanya bagi calon spam seperti saya.alhamdullilah

  27. subhanallah,bahan bacaan ni saya rasa bagus..laman web ni pun bagus,banyak input ilmiah..terima kasih! banyak membantu saya :)

  28. tak baik kita menggutuk orang……kadang-kadang kalau kita terlalu bangga dgn karangan atau sesuatu yg telah dikurniakan pada kita maka sikit-sikit tuhan akan menarik semula kepandaian yg telah dianugerrahkan pada kita………maka ingatlah sebelum kena…….

  29. memang x bgus sangat la…karangan saya lebih mantap la….

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers

%d bloggers like this: