Penghijrahan belia ke bandar besar membawa implikasi negatif

Penghijrahan belia ke kota, terutama ke bandar besar seperti Kuala Lumpur telah bermula sejak zaman awal kemerdekaan lagi. Suasana yang tidak ‘menghiburkan’, tidak menjanjikan peluang pekerjaan yang kukuh dan stabil serta dikongkong oleh sistem adat dan peraturan keluarga yang `menyakitkan’ di desa menyebabkan golongan remaja menganggap kota sebagai salah satu destinasi yang harus dituju. Namun begitu, penghijrahan ke kota telah menimbulkan pelbagai implikasi negatif.

Sebahagian besar remaja yang berhijrah ke kota hanya berjaya mengisi pekerjaan yang rendah tarafnya, rendah pendapatan dan kadangkala tidak mampu menampung kos hidup yang tinggi di bandar. Tegasnya, kerjaya kolar biru yang dapat dicapai oleh golongan belia ini tidak memungkinkan mereka mencapai status quo bandar yang diidamkan. Lebih malang lagi, apabila sesetengahnya tidak berjaya mengisi sebarang kerja. Tanpa sumber pendapatan yang kukuh dan kekal, gejala sosial berleluasa di bandar.

Ramai anak muda yang berhijrah ke kota terbabit dalam kegiatan sosial yang tidak menguntungkan seperti budaya lepak, remaja tidak bermoral, perlakuan jenayah juvana dan jenayah besar seperti mencuri, merompak, merogol, membunuh dan sebagainya. Selain itu, tidak kurang pula yang terbabit dalam gejala penagihan dadah, pelacuran, perjudian dan sindiket jenayah serta kongsi gelap. Semua ini bukan sahaja menghambat kemajuan dan keharmonian bandar, malahan memaksa kerajaan menanggung beban yang amat besar untuk membanteras jenayah dan menyediakan kemudahan asas yang secukupnya bagi penghuni kota yang kian bertambah itu.

`Ledakan penduduk’ akibat penghijrahan ini semakin hebat menghimpit bandar yang berfungsi sebagai growth pole itu. Lantaran itu, is tidak dapat menyetarakan jumlah penduduk dengan keperluan asasnya. Akhirnya, wujud masalah petempatan yang kian meruncing dan berakhir dengan pertumbuhan petempatan setinggan dan kewujudan kawasan tepu, padat dan sesak yang mencemarkan sebahagian daripada imej kota di negara inn. Walaupun bandar utama di negara ini telahpun melancarkan banyak program penstrukturan semula dalam usaha merancang dan membangunkan bandar dengan lebih teratur, andainya penghijrahan belia ke kota terus rancak, masalah yang sama akan terus muncul dan menjalar dengan lebih hebat lagi.

Perpindahan warga desa ke kota dengan sifatnya yang kekampungan kadangkala tidak berupaya mengiringi arus kemajuan dan corak hidup bandar. Lantaran, mereka mahu keselesaan dan kehidupan cara kampung, rumah setinggan menjadi pilihan utama dengan segala kekurangan. Akhimya, perpindahan ke kota sebenarnya tidak lebih daripada memindahkan kemiskinan desa ke kawasan kota.

Penghijrahan golongan remaja ke kota banyak merugikan kawasan desa yang ditinggalkan. Tanpa golongan im, desa sebenamya tidak mempunyai tenaga kerja untuk dibangunkan. Sebagai golongan yang berilmu pengetahuan (walaupun sedikit), tenaga dan fikiran mereka cukup penting untuk merealisasikan segala bentuk pembangunan dan reformasi yang dianjurkan oleh kerajaan berbanding golongan tua atau ibu bapa mereka.

Penghijrahan remaja keluar, terutama di kawasan yang mengalami masalah kekurangan penduduk bukan sahaja menyebabkan sektor ekonomi primer desa atau sektor separa-sekunder tidak mungkin dimajukan, malahan sumber ekonomi dan potensinya terbiar atau dibazirkan. Buktinya tanah sawah yang telah terbiar dan ladang getah tidak bertoreh kerana kekurangan tenaga kerja, terutamanya di kawasan berhampiran bandar besar dan bandar perindustrian.

Kesimpulannya, penghijrahan belia ke kota banyak menimbulkan implikasi negatif sama ada kepada kawasan kota yang dituju atau desa yang ditinggalkan. Oleh itu, wajarlah golongan remaja han ini memikirkan semula sama ada tindakan mereka berhijrah ke kota itu sesuatu yang menguntungkan diri, masyarakat dan negara. Mereka juga hares menimbangkan sama ada bekalan yang ada pada mereka cukup untuk menjalani kehidupan di kota atau sebaliknya.

About these ads

Satu Respons

  1. punca-punca???

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers

%d bloggers like this: