Amalan gotong-royong masih teguh diamalkan di kalangan masyarakat di luar bandar berbanding masyarakat di bandar

Amalan gotong-royong merupakan amalan masyarakat kita yang mengutamakan semangat bekerjasama di antara satu sama lain, bak kata pepatah `berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

Masyarakat di luar bandar masih teguh mengamalkan gotong-royong kerana masyarakat ini amat mementingkan perpaduan dan nilai tradisi serta suka hidup tolong-menolong dan melakukan kerja secara sukarela. Struktur anggota masyarakat ini yang terdiri daripada saudara-mara sendiri memudahkan lagi amalan ini dilaksanakan. Berdasarkan hal inilah masyarakat tersebut sama-sama menggembleng tenaga dan berkorban masa untuk menjayakan sebarang aktiviti yang dijalankan oleh ahlinya.

Selain itu, hubungan antara jiran masih kukuh dan kemesraan di kalangan penduduk luar bandar lebih terjalin erat. Keadaan sebegini mendorong mereka untuk berkumpul dan berbincang dalam menjayakan sesuatu aktiviti gotong-royong. Dengan adanya keharmonian dan kemesraan di kalangan setiap lapisan masyarakat membolehkan mereka dengan tidak segan-silu meminta bantuan dan pertolongan. Hal ini kerana mereka berpegang kepada hakikat bahawa segala-galanya bertolak daripada sifat manusia sebagai makhluk yang lemah. Oleh itu, kita saling bergantung antara satu sama lain.

Corak petempatan masyarakat di luar bandar juga menyebabkan amalan gotong-royong masih teguh diamalkan. Corak petempatan kampung tradisional yang berselerak di meratarata tempat dan mempunyai kawasan yang luas membolehkan aktiviti gotong-royong dijalankan dengan mudah. Ini berbeza dengan corak petempatan dan masalah kekurangan tanah di bandar yang tidak menggalakkan aktiviti gotong-royong dijalankan.

Masyarakat di bandar lebih berorientasikan pekerjaan berbanding masyarakat di luar bandar. Mereka bekerja dari pagi hingga ke lewat petang dan sesetengahnya pula hingga ke malam. Corak pekerjaan yang sedemikian menyukarkan mereka untuk melibatkan diri dengan aktiviti gotong-royong. Pada hujung minggu pula kebanyakannya menumpukan masa kepada urusan keluarga. Memang tidak dapat dinafikan aktiviti gotong-royong ada dijalankan di bandar, tetapi sambutannya kurang menggalakkan. Mereka lebih gemar mengupah pihak tertentu untuk melakukan kerja yang biasanya dibuat secara bergotongroyong oleh masyarakat luar bandar.

Masyarakat di bandar juga lebih bersikap individualistik dan gemar menunjukkan kelebihan masing-masing. Apatah lagi kemewahan dan kesenangan hidup yang dikecapi menyebabkan mereka beranggapan bahawa pertolongan orang lain kurang diperlukan. Mereka berasakan mereka boleh hidup tanpa bergantung kepada orang lain. Sehubungan itu, persepsi masyarakat di bandar mengenai amalan gotong-royong adalah sebagai perkara remeh. Akibatnya, amalan ini semakin terpinggir.

Tahap pembangunan yang kurang pesat di luar bandar berbanding di bandar turut menyebabkan masyarakat di situ lebih memerlukan antara satu sama lain. Mereka menghadapi banyak kepayahan. Lagipun pendapatan mereka tidak sebanyak penghuni bandar. Oleh itu, mereka tidak berkemampuan untuk mengadakan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan di hotel atau di dewan tertentu. Mereka juga kurang mampu untuk membuat tempahan makanan yang siap dimasak untuk majlis tersebut. Sebaliknya mereka lebih memerlukan bantuan daripada jiran dan saudara-mara bagi menjayakan sesuatu majlis keramaian itu.

Kesimpulannya, amalan gotong-royong di kalangan anggota masyarakat di luar bandar perlu dicontohi oleh penduduk bandar kerana amalan tersebut banyak membawa manfaat bersama. Kesedaran tentang hal ini perlu ditanam di jiwa generasi baru agar tidak luput ditelan zaman.

About these ads

12 Respons

  1. Tq for sharing

  2. this so nice ^-^

  3. hi~

  4. SAPE YG TAK SUKA MEMBACA KARANGAN JGN LR NAK PAKSA DIRI

  5. saya sangat suka karangan ini kerana ia membantu saya untuk menulis karangan yang bermutu itu. Terima kahsih.

  6. tak seronoklah karangan ini.

  7. karangan yang mengandungi banyak fakta

  8. karangan ini membantu saya terima kasih kepada pengarangnya

  9. can you do this karangan for me? too hard.
    -Aktiviti goting-royong dapat menyatupadukan masyarkat. Bincangkan langkah-langkah untuk menggalakkan masyarakat menyertai aktiviti gotong royong.

  10. badddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddd

  11. THX^^

  12. thanx a lot.karangan ini membantu saya dalam exm

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: