Gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan, malahan membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Pada umumnya, gejala ini timbul kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana.
Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja, menangani kesihatan mental dan emosi anak-anak muda serta penguasaan terhadap perkembangan terkini. Mereka perlu dididik bahawa jiwa remaja kini tidak sama dengan jiwa mereka sewaktu remaja. Interaksi dengan anak-anak tidak lagi bersifat sehala. Pandangan bahawa `ibu dan bapa kemudian anak-anak’ tidak lagi terpakai. Sebaliknya ibu bapa perlu memahirkan diri menjadi `rakan anak-anak’. Kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk anak remaja juga tidak lagi boleh diamalkan. Sebaliknya gaya berbincang nyata lebih berkesan.
Ibu bapa harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual mereka. Mereka perlu dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan intelektual. Perubahan tersebut mendorong remaja membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya mereka mahu membina jati din sendiri. Pendidikan daripada alam kanak-kanak kepada remaja menjadikan emosi dan psikologi mereka mulai bebas. Jika ibu bapa masih mengamalkan konsep melindungi dan bukannya tempat meluahkan masalah, remaja akan kelihatan bermusuh dengan ibu bapa kerana jiwa mereka tidak difahami. Peristiwa yang menimpa remaja Sufiah Farouq (remaja pintar di Oxford) merupakan suatu contoh bahawa remaja tidak boleh dikongkong oleh ibu bapa.
Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi rakan kepada remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama menyelesaikan masalahnya. Guru yang hanya memerintah akan diingati sebagai `pemerintah’ dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat terhadap proses pembelajaran.
Pihak berkuasa pula tidak boleh mengharapkan remaja menjauhi kehidupan bebas dan liar, tetapi pada masa yang sama turut menyediakan ruang untuk perkara seperti minuman arak, seks bebas dan penagihan pil ecstacy berlaku dengan mudah. Persekitaran tidak sihat hares dibanteras, seiring dengan usaha pembentukan remaja itu sendiri. Gejala remaja gemar menonton video lucah misalnya, tidak boleh dituding semata-mata kepada ibu bapa dan guru. Dalam hal ini, adakah ibu bapa dan guru hares disalahkan, sedangkan bahan untuk tontotan lucah berlambak bebas di pasaran tanpa kawalan?
Media pula mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-besaran tentang keruntuhan akhlak remaja tanpa membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya remaja yang berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa sebagai motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti remaja mesti sering diperbanyak berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif mereka.
Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan remaja hari ini. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah sosioekonomi yang lebih serius.





















untuk mengelak daripada berlakunya masalah ini adalah bermula daripada hal pemerintah, kita sedia maklum bahawa negara kita masih lagi mengekalkan sistem pendidikan sekular iaitu pemisahan antara hal dunia dan akhirat. sekolah pada hari ini tidak pernah untuk memperhebahkan subjek agama seperti yang diajar disekolah agama(sekolah mahad muhammadi) yang telah memperjenalkan subjek agama seperti tauhid, akidah, dan sebagainya. oleh itu, marilah kita sama-sama melihat apakah kekurangan yang telah dilakuykan oleh pihak kerajaan dalam memajukan lagi sistem pendidikan berlandaskan al-quran dan sunnah.
senang jer..
terserah pada diri sendiri..
kalau tak takut dosa buat ar lagi..
kalau aku memang takut…
tapi kekadang buat jgak..
tapi tak ar sampai jadi cam ntah pape nie..
hehe..
gejala sosial golongan remaja sekarang ini patut dibendung
segera.jika tidak,ia akan mempengaruhi fikiran remaja2 yang
bakal memimpin negara suatu masa nanti.
sebenarnya utk mengelakkan diri dr terjebak dlm mslah sosial,remaja itu sndri sepatutnya berwaspada…
kita hndaklah pandai memilih kwn lelaki & perempuan…
selalu dekatkn diri pd allah…
gajala sosial memang patut dibendung. saya sebagai seorg remaja berasa kurang senang dgn sikap remaja pd masa kini,bukan semuanya begitu..hanya segelintir shj..
Saya seorang plajar sekolah menengah. saya dapat lihat masalah gejala sosial yang makin ketara dalam masyarakat kita sekarang…sebagai seorang remaja saya sedih melihat perlakuan atau gelagat remaja yang memalukan ini. Justeru, pihak berwajib harus mengambil tindakan yang lebih drastik dalam menangani masalah ini dari menular…..
Bagi menangani masalah gejala sosial ini semua pihak perlu bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing. Janganlah membaling batu, sembunyi tangan. Menuding jari tanpa ada kesudahannya.