Kemerosotan disiplin pelajar dan langkah-langkah mengatasinya

Masalah disiplin pelajar merujuk kepada perbuatan salah laku yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Menurut kajian yang dijalankan, antara punca utama kemerosotan disiplin pelajar ialah faktor diri pelajar, institusi kekeluargaan, persekitaran dan sekolah.

Kemerosotan disiplin pelajar yang berpunca daripada faktor diri pelajar boleh dibahagikan kepada dua aspek, iaitu sikap diri pelajar sendiri dan pengaruh rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya ke atas diri pelajar memang diakui amat kuat. Perkembangan kongsi gelap atau kes buli dan peras ugut di kebanyakan sekolah menengah di seluruh negara berpunca daripada keterlibatan pelajar dalam kumpulan sebaya.

Kemerosotan disiplin pelajar juga berpunca daripada latar belakang keluarga pelajar sendiri. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan institusi keluarga yang goyang merupakan salah satu punca utama pelajar terlibat dalam salah laku di sekolah. Ini kerana sesetengah pelajar terpaksa bekerja untuk meringankan beban keluarga. Keadaan hidup yang susah ini menyebabkan pelajar alpa akan pentingnya pelajaran. Ada di kalangan mereka mempunyai pandangan yang negatif terhadap persekolahan. Sebaliknya, bagi pelajar yang mewah pula, mereka terlalu mudah mendapat wang. Ini menyebabkan mereka bebas melakukan apa sahaja yang diingini seperti menghabiskan masa berpeleseran di tempat-tempat hiburan dan melepak serta membeli-belah. Hal ini menyemarakkan lagi gejala ponteng sekolah, antara kes salah laku pelajar yang paling utama.

Pengaruh persekitaran juga merupakan antara faktor wujudnya salah laku di kalangan pelajar. Tayangan filem yang diimport khususnya dari Barat yang mengandungi elemen yang tidak bermoral, berunsur ganas dan seks boleh mempengaruhi pemikiran dan membangkitkan keinginan pelajar untuk meniru perbuatan yang dipaparkan melalui rancangan televisyen atau filem. Hal ini sedikit sebanyak menjadi punca keterlibatan pelajar dalam kes-kes salah laku di sekolah.

Pengaruh budaya hidup moden, terutamanya di bandar besar merupakan bentuk pengaruh negatif yang datang ke dalam hidup pelajar. Oleh itu, terdapat percanggahan di antara budaya sekolah yang bersifat murni dengan budaya di luar sekolah yang memberi pengaruh besar serta mencabar tingkah laku dan perlakuan pelajar. Pertentangan ini boleh menyebabkan berlakunya salah laku pelajar.

Kemerosotan disiplin di kalangan pelajar tidak boleh dipandang ringan malah perlu diberi perhatian yang serius. Antara langkah menanganinya ialah melalui institusi keluarga. Institusi keluarga merupakan institusi asas sebelum pelajar menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Keluarga merupakan pihak yang bertanggungjawab memperkenalkan nilai- nilai murni dalam kehidupan anak-anak. Biasanya, pelajar yang berasal daripada keluarga yang harmoni dan mendapat kasih sayang adalah lebih bertanggungjawab serta kurang terbabit dalam kes salah laku di sekolah.

Selain itu, pihak sekolah juga hares menangani kemerosotan disiplin pelajar dengan bijak dan bersungguh-sungguh. Pihak pentadbir sekolah perlu memperketat pelaksanaan peraturan sekolah kepada mereka yang terlibat supaya menjadi teladan kepada pelajar lain dan memberi kuasa sepenuhnya kepada semua guru untuk melaksanakan peraturan sekolah. Pihak pentadbir sekolah juga mesti bekerjasama sepenuhnya dengan PIBG agar kedua-dua pihak sentiasa prihatin mengenai masalah disiplin pelajar. Di samping itu, pihak pentadbir sekolah perlu sentiasa menjalankan kempen ‘Sekolah Penyayang’, `Sekolahku Rumahku’ dan ‘Disiplin Sifar’ secara berterusan untuk menanam kesedaran dalam diri pelajar tentang betapa pentingnya disiplin kepada manusia. Guru pula harus mempunyai kesedaran yang mendalam akan tanggungjawab mereka. Guru bukan sahaja sekadar mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran yang diberi, sebaliknya harus peka mengenai perkembangan murid di dalam atau di luar kelas.

Kesimpulannya, gejala salah laku dan kemerosotan disiplin pelajar akan berterusan sekiranya pihak yang terlibat enggan berganding bahu untuk mengorak langkah bersama menangani masalah ini.

About these ads

13 Respons

  1. sangat baik

  2. laman nie,..sedikit sebanyak telah membantu mieya untuk menyiap an kje skola,..fuuhh,…sek baek ade,…kalu x,..comfom kne mara nan cikgu,..huhu,..taun nie mieya PMR,..hope lulus BM n sume subjek,..amin,.:)

  3. lol

  4. saya rasa hukuman rotan tidak wajar dikenakan kepada pelajar.Misalnya,apabila pelajar dikenakan rotan dengan guru-guru,ianya akan menimbulkan rasa tidak berpuas hati dengan guru-guru yang merotannya.Maka,timbullah kecelakaan kepada guru-guru seperti,memecahkan cermin kereta,membuang angin tayar dan sebagainya.

  5. Ye r..aq pown rase gtu gop bak plajor leni bukangnye paka ngat pown. Rotan memang trbaik punyer bak besenye plajor wak banyok hal ni besenye kerah pala. Kangnye leh kire nagt pown.aq stuju seratuh-peratuh r.

  6. saya rasa kita perlu letakkan satu garis panduan di mana dalam garis panduan itu kita ada perangkuman dari aspek sahsiah, akademik dan personaliti……
    mungkin dengan cara rotan juga berkesan tapi cara nie memberi pendidikan secara kasar….

  7. jika perkaRa inidi biarkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar akan menjadi-jadiu duri dalam daging kepada masyarakat dan negara

  8. salam semua pembaca…saya rasa hukuman sistem e-disiplin wajib di perkenalkan di seluruh malaysia…. ia akan membuat pelajar berasa takut untuk melakukan kesalahan…. sekian salam1 malaysia

  9. saya bersetuju hukuman rotan dilaksanakan di sekolah. hal ini akan menyebabkan murid lebih berdisiplin dan menghormati guru. masalah disiplin murid juga, insyaAllah akan berkurangan. tolonglah, jangan halang guru menggunakan rotan. please…… rotan merupakan kekuatan guru menangani murid bermasalah. =)

  10. saya juga amat bersetuju sekiranya sistem rotan diperkenalkan semula bagi tujuan mendidik murid pada masa sekarang agar lebih berdisiplin.

  11. laman web nie mbantu sya buat assignment..tq..aligato..

  12. saya rasa memang rotan berkesan untuk menundukkan pelajar tetapi ada sesetengah guru yang menyalahgunakan rotan.Misalnya pelajar yang melakukan kesalahan kecil dikenakan rotan yang banyak.Dan saya juga rasa cara ini akan menjadikan pelajar lebih tidak fokus terhadap pembelajaran kerana rasa takut yang menguasai dirinya dan rasa sakit pada tangannya disebabkan kerap kali dirotan.

  13. saya rasa hukuman rotan wajar diperkenalkan semula di sekolah. Cara ini mampu menundukkan pelajar yang seringkali terlibat dalam masalah disiplin. Pelajar yang keras kepala serta tidak mendengar nasihat juga akan takut dan berasa malu sekiranya dirotan di khalayak ramai.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: