Kesan globalisasi terhadap bidang pendidikan di negara ini

Globalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali.

Natijah daripada dunia tanpa sempadan, pendidikan di negara ini menjadi terbuka kepada dunia luar sama ada untuk belajar mahupun menubuhkan cawangan universiti asing di sini. Sudah tentu peluang yang sebegini akan diambil oleh universiti luar, terutamanya yang terkemuka dan berprestij. Mereka akan membuka cawangannya di negara ini. Walaupun cara ini merupakan suatu persaingan yang sihat, namun institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan masih belum bersedia untuk menghadapi situasi ini. Hal ini akan memberi kesan yang besar kepada IPT tempatan, terutamanya Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Para pelajar tentu akan memilih universiti luar yang terkemuka demi pasaran kerja mereka. Hal seperti ini telahpun berlaku apabila graduan IPT luar negara menjadi pilihan utama majikan berbanding graduan IPT tempatan. Dengan demikian juga, IPT tempatan akan mengalami masalah kekurangan pelajar dan akhirnya membawa kepada penutupan IPT berkenaan, khususnya IPTS yang bersaiz kecil.

Kesan globalisasi ini juga akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini berlaku kerana para pelajar mudah mendapat maklumat melalui internet. Maklumat yang disebarkan melalui internet sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris. Selain itu, cawangan universiti luar akan terus menjadikan bahasa Inggeris sebagai wahana dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini juga, sudah banyak IPTS yang telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal sebegini akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu walaupun sudah terbukti bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dalam semua bidang. Jika hal ini berlaku, bahasa Melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan usaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut.

Globalisasi akan memesatkan pengkomersilan pendidikan itu sendiri. Ahli korporat pendidikan akan mengaut keuntungan melalui bidang pendidikan. Amat dibimbangi jika hal ini berterusan dan tanpa kawalan, matlamat dan objektif asal pendidikan akan terkorban. Demi mencapai keuntungan semata-mata, kualiti pendidikan mungkin diabaikan. Masalah ini akan ketara apabila kelayakan masuk pelajar tidak diambil berat seperti dikenakan syarat yang longgar, pensyarah terdiri daripada mereka yang kurang terlatih dan kurang pengalaman, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang minimum, kualiti ilmu yang diajar meragui dan lain-lain lagi.

Selain itu, pengkomersilan pendidikan seperti ini akan menafikan konsep pendemokrasian pendidikan. Hanya pelajar yang mampu dari segi kewangan sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran. Han ini hanya sekitar 20 peratus sahaja bilangan pelajar bumiputera di IPTS berbanding ratusan ribu pelajar IPTS keseluruhannya. Perkara ini jika tidak dibendung akan meluaskan jurang antara golongan bumiputera dengan golongan bukan bumiputera. Selain itu, hanya yang kaya sahaja akan dapat menikmati pendidikan tinggi, manakala yang miskin dinafikan peluang mereka. Ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat berilmu tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.

Kesan seterusnya yang akan timbul ialah penghayatan ilmu itu semakin terhakis. Hal ini demikian kerana para pelajar hanya belajar ilmu sahaja tanpa menghayati ilmu itu sendiri. Mereka belajar hanya untuk tujuan peperiksaan atau demi memenuhi tugasan yang diberikan sahaja. Ini akan melahirkan generasi yang cerdik pandai tanpa diimbangi dengan penghayatan ilmu itu sendiri. Akibatnya, kemahiran yang mereka miliki mungkin akan digunakan untuk tujuan negatif seperti melakukan pecah amanah, menipu dan sebagainya.

Kesimpulannya, semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan bersedia dengan langkah yang komprehensif. Kita tidak boleh mengelak daripada menghadapi globalisasi kerana tanpanya kita akan terus ketinggalan. Oleh itu, kita perlu bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran yang wujud daripada fenomena globalisasi ini.

About these ads

11 Respons

  1. salam, minta izin utk copy artikel ni sebagai rujukan. thanks.

  2. kat mne boleh dapatkan maklumat lengkap dasar pengantarabangsaan atau globalisasi pendidikan di malaysia

  3. salam, minta izin utk copy artikel ni sebagai rujukan. thanks.

  4. Salam…
    Artikel ni byk membantu saya untuk menyiapkan Tugasan Kenegaraan…Minta izin & t/kasih

  5. assalammualaikum,.
    maaf,..artikel ini sy buat rujukan,.utk final,.
    minta izin ya,. terima kasih,.byk buat saudara,..
    wslm.,

  6. Bg yg m’cari kebenaran..& pengetahuan yg sering dilupakan oleh umat manusia zmn ini iaitu petunjuk yg Allah berikn kpd kita umat akhir zmn yg terdpt di dlm al-Quran & hadith2.
    tonton vdeo pengajian oleh Maulana Sheikh Imran N. Hosein yg b’tajuk Surah Al-Kahf & the Modern Age.
    bg isu b’kaitan dgn monetary system, riba’,wang kertas,sunnah money…rujuk vdeo pengajian oleh Maulana Sheikh Imran b’tajuk Islam & the International Monetary System

    WakeUpProject.

  7. salam.
    adakah ini buah fikiran encik sendiri atau encik ada merujuk kpd mana2 sumber?

  8. pada pendapat anda mengapakah kerajaan perlu memantau setiap operasi ipt dengan tegas ?

  9. kesan globalisasi memberi impak kpd manusia.

  10. amalan gotong- royong masih diamlkan dalam kalangan masyarakat bandar mahuoun luar bandar.apa yang membezakanny ialah penlibatan golongan remaja dalam aktiviti seumpama ini semakin berkurangan dalam masyarakat bandar keranba remaja terlalu obses dengan dunia teknologi dan masalah sosial.

  11. Good….

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: