Kesan-kesan peperangan kepada ekologi dan kehidupan manusia

Walaupun dunia telah melalui dua perang dunia dan kesan-kesannya masih akrab dalam jiwa masyarakat dunia, khususnya di Hiroshima dan Nagasaki, tetapi is masih belum memberi pengajaran kepada umat manusia. Ciptaan-ciptaan senjata dan ujian-ujian bom, khususnya bom nuklear masih berterusan. Peperangan masih berleluasa dalam perkembangan tamadun manusia walaupun banyak kesan negatif dari segi ekologi dan kehidupan manusia dapat dilihat.

Salah satu kesan peperangan adalah dari segi kemusnahan harta benda manusia. Peperangan akan mengakibatkan orang awam yang tidak berdosa kehilangan tempat tinggal mereka yang dimusnahkan oleh letupan bom semasa peperangan. Mereka terpaksa melarikan diri dalam usaha mengelakkan diri daripada menjadi mangsa. Banyak jambatan dan bangunan yang menelan belanja berjuta juta ringgit akan roboh dalam masa sekelip mata. Ini bukan sahaja merugikan kerajaan, malahan penduduk yang tidak berdosa.

Selain itu, peperangan akan mengakibatkan kemusnahan pelbagai fauna dan flora. Banyak spesies akan musnah kerana kehilangan habitat mereka. Letupan bom, terutamanya bom nuklear akan mengakibatkan kawasan-kawasan yang diletupkan itu menjadi gersang serta tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akan musnah. Born-born yang diletupkan di sungai dan laut pula akan mengakibatkan hidupan akuatik yang merupakan sumber protein manusia musnah.

Peperangan juga menyebabkan kehilangan khazanah dunia. Pelbagai unsur dalam pembangunan ketamadunan manusia yang menjadi kebanggaan manusia akan musnah. Letupan-letupan bom telah mengakibatkan banyak unsur warisan budaya manusia seperti bangunan bersejarah dan Beni bina hilang begitu sahaja. Unsur-unsur tamadun manusia yang diwarisi penting dalam usaha menyedarkan generasi muda tentang perkembangan manusia dan artifaknya.

Satu lagi kesan peperangan ialah kehilangan nyawa manusia. Banyak manusia akan mati kerana peperangan. Wabak-wabak penyakit pula akan merebak kerana keadaan persekitaran yang kotor dan tercemar. Ketiadaan kemudahan hospital akan memburukkan keadaan ini. Selepas Perang Teluk, Iraq menghadapi masalah ini kerana kekurangan perubatan. Ini menjurus kepada kadar kematian yang meningkat, khususnya di kalangan bayi dan kanak-kanak. Pelbagai penyakit akan menular serta mengakibatkan kecederaan, kecacatan dan kematian manusia. Kesan letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki menjadi bukti nyata hal ini.

Pencemaran juga merupakan satu lagi kesan akibat peperangan. Kini, bom-bom nuklear mengakibatkan kesan pencemaran radioaktif. Kesan peperangan di Kuwait selepas Perang Teluk mengakibatkan pencemaran yang dahsyat di mana telaga-telaga minyak diletupkan. Kebakaran itu mengakibatkan pencemaran yang membawa pelbagai kesan sampingan kepada industri minyak dan nyawa manusia. Selain itu, kesan pencemaran radioaktif juga akan mengakibatkan masalah kepada zuriat manusia seperti kecacatan pada generasi yang seterusnya.

Kesimpulannya, pembangunan manusia hares berfokus kepada peningkatan taraf hidup dan bukan ke arah penciptaan senjata-senjata yang boleh memudaratkan diri sendiri. Kesedaran tentang kesan peperangan hares diwujudkan agar manusia cinta akan keamanan. Persidangan di peringkat antarabangsa pula hares lebih peka kepada usaha menangani peperangan agar pembangunan ekonomi dan kemajuan manusia dapat dimantapkan.

About these ads

3 Respons

  1. sangat menarik dan bermanfaat…

  2. tajuk yang bgs kerna memberi contoh2 negara yg terlibat dalam insiden perang…

  3. nice phne!!!!!!!!!!!!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers

%d bloggers like this: