Kesesakan jalan raya menjadi satu fenomena biasa di bandar besar

Perkembangan sektor pengangkutan darat moden di negara kita bermula pada tahun 1930-an apabila penjajah British meluaskan kuasanya di Tanah Melayu. Kini, sektor ini telah mengalami perkembangan yang pesat, terutama di bandar besar sehingga telah menimbulkan masalah kesesakan jalan raya yang serius.

Kini, semua orang harus menerima hakikat bahawa jalan raya di bandar besar sudah tidak mampu lagi menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Di bandar raya Kuala  Lumpur umpamanya dikatakan terdapat lebih kurang sejuta buah kenderaan memasukinya setiap hari. Banyak faktor yang menyumbang kepada kesesakan ini. Salah Baru puncanya ialah tidak keseimbangan kadar pertambahan antara jumlah kenderaan dengan pertambahan keluasan jalan raya. Setiap hari jumlah kenderaan bertambah, sedangkan penambahan keluasan jalan raya boleh dikatakan amat perlahan. Ketidakseimbangan ini menjadikan kepadatan kenderaan di jalan raya semakin tinggi. Oleh itu, berlaku kesesakan jalan raya.

Faktor lain yang tidak kurang pentingnya ialah pertambahan pesat penduduk yang  mendiami bandar besar itu sendiri. Pertambahan pesat penduduk bandar ini berpunca daripada penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar. Pada tahun 1970, hanya 13.8 peratus daripada penduduk Malaysia tinggal di bandar. Pada tahun 1980 pula, kira-kira 26.3 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia tinggal di bandar-bandar besar. Bagi  bandar raya Kuala Lumpur, penduduknya telah meningkat daripada 500 000 orang pada tahun 1970 kepada 1 000 000 orang pada tahun 1980. Bandar besar yang lain juga telah mengalami pertambahan penduduk yang pesat. Pertambahan pesat penduduk memerlukan lebih banyak kawasan untuk dijadikan tempat tinggal. Jadi, banyak kawasan yang sepatutnya dikhaskan sebagai persediaan untuk membesarkan jalan raya terpaksa digunakan untuk petempatan penduduk.

Kemalangan jalan raya juga merupakan punca terjadinya kesesakan jalan raya. Apabila kemalangan terjadi, ia akan menghalang lalu lintas dan menyebabkan kesesakan. Memandangkan Malaysia ialah salah sebuah negara yang mempunyai kadar kemalangan  jalan raya yang tinggi di dunia, ia secara langsung mempengaruhi fenomena kesesakan jalan raya.

Kesesakan jalan raya menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk. Salah satunya ialah masalah masa. Akibat kesesakan lalu lintas, banyak masa yang terbuang. Golongan yang bekerja terpaksa keluar dari rumah awal-awal lagi dan pulang ke rumah lewat petang. Banyak masa yang sepatutnya dihabiskan di rumah bersama anak-anak terbuang bigitu sahaja. Selain pembaziran masa, ia menyebabkan tenaga kerja negara tidak produktif. Ini sekali gus merugikan negara dari segi ekonomi.

Kerja-kerja yang sepatutnya boleh dilakukan dalam masa yang singkat boleh tergendala akibat kesesakan jalan raya. Banyak urusan ekonomi dan perniagaan seperti penghantaran barang dari satu tempat ke tempat yang lain sering tergendala dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasinya walaupun melibatkan jarak yang dekat.

Satu lagi akibat daripada kesesakan jalan raya ialah berlakunya penyakit fizikal. Kesesakan jalan raya yang serius boleh menyebabkan pencemaran paru-paru, sesak nafas dan pening kepala. Bunyi bising enjin kenderaan boleh menyebabkan kerosakan pendengaran dan masalah gangguan konsentrasi. Selain itu, kesesakan jalan raya juga boleh menimbulkan ketegangan psikologi. Ini terjadi kerana para pengguna jalan raya terpaksa menghabiskan masa berjam-jam di jalan raya. Kajian yang dijalankan oleh pakar psikologi menunjukkan bahawa masyarakat bandar sering terdedah kepada masalah ketegangan akibat daripada kesesakan jalan raya, pencemaran alam sekitar dan bunyi bising.

Kesimpulannya, semua pihak terbabit perlu bertindak segera menangani masalah ini sebelum ia menimbulkan kesan sosioekonomi yang lebih serius.

About these ads

11 Respons

  1. mmm….lagi bgoz dari web yg aq bukak sebelum ni

  2. apa kaitan sosiekonomi dengan kesesakan lalu lintas ?

  3. Bgoz….good job…ISI YANG PADAT….

  4. terima kasih blh siapkan karangan

  5. good in explanation..

  6. kalu ade karangan lain untuk permudah kan pelajar stpm tlg masukan bantu la kami…
    stpm hapir dekat,,,,

  7. woohoo..karangan senang lo mahu siap..

  8. Tahnk q ler… keje sya cpt ckit nk siap. information yg padat. Good job

  9. Thanks untuk pengetahuan yg d beri.

  10. senang la keje aku

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers

%d bloggers like this: