Capai Laman Web Dihalang

Soalan

SAYA ingin tahu bagaimana membuka laman web yang sudah dihalang dari dicapai dan apakah perisian yang diperlukan? Pensyarah tempat saya belajar memberitahu saya menggunakan ‘proxy’. Adakah proxy itu boleh membantu saya?


JAWAPAN:

PELAYAN proxy ialah satu peringkat perantaraan yang melayani permintaan. Contohnya untuk ftp, http atau apa jua bentuk permintaan di antara pengguna dan pelayan. Secara ringkasnya, pelayan proxy akan bertindak sebagai wakil anda. Pengguna akan dihubungkan ke pelayan proxy dengan permintaannya dan pelayan itu akan meman jangkannya ke pelayan sasaran, lalu membalas semula kepada pengguna.

Misalnya, anda meminta untuk mencapai laman web Harian Metro dengan menaip alamat URL http://www.hmetro.com.my. Permintaan itu akan melalui pelayan proxy sebagaimana yang sudah ditetapkan dalam perisian pelunsur web (browser) anda.

Pelayan proxy akan menghantar permintaan anda ke pelayan web Harian Metro yang mana selepas itu akan membalas semula ke pelayan proxy anda dan dipanjangkan terus ke komputer anda.

Pelayan proxy biasanya digunakan untuk menghubungkan permintaan di antara rangkaian persendirian dengan rangkaian awam, melayani permintaan dan pelbagai fungsi lagi.

Menjawab pertanyaan anda itu, untuk mencapai laman web yang sudah dihalang ialah dengan menetapkan proxy dalam perisian pelunsur.

Sebelum itu hendaklah dicari dulu pelayan proxy awam dan pastikan alamat IP serta nombor pelabuhnya.

Cara mengubah tetapan proxy untuk IE:

1. Klik Tools > Internet Options

2. Klik tab Connections

3. Klik LAN Settings untuk pengguna jalur lebar dan sistem rangkaian
setempat (LAN), manakala Dial up untuk pengguna dail masuk.

4. Klik ‘Use a Proxy server for LAN’ (Ketetapan ini tidak dipakai untuk
penyambungan secara dail masuk atau rangkaian persendirian maya (VPN).

5. Isikan alamat IP pelayan proxy dan nombor pelabuh 6. Klik Close Cara
mengubah tetapan proxy untuk Firefox 2.x: 1. Klik Edit > Preference 2. Klik
tab Advanced 3. Klik Network 4. Klik ‘Manual proxy confi guration’ dan
isikan alamat IP serta pelabuh pelayan proxy 5. Klik Close. Untuk
makluman anda, kemungkinan juga laman yang anda cuba capai itu dihalang
pentadbir rangkaian organisasi anda bekerja.

Sila pastikan juga anda tidak melanggar peraturan yang sudah ditetapkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: