Fungsi Paging File dan Virtual Memory

SOALAN:

SAYA ingin tahu mengenai ‘Paging File’ dan ‘Virtual Memory’, serta bagaimanakah ia berfungsi.

Benarkah kita boleh menambah prestasi sesebuah PC jika tahu mengubah fungsi itu?


JAWAPAN:

MEMORI maya mengakibatkan setiap aplikasi yang dilancarkan mengandaikan ia sudah mencapai memori sebenar, sedangkan pada hakikatnya memori itu terdiri dari Memori Capaian Rawak (RAM) dan Disk (Paging atau Swapping). Aplikasi yang aktif akan menggunakan RAM dan kadang-kadang PC kita akan beroperasi menggunakan RAM. Di sinilah Paging dan Swapping memainkan peranan.

Dengan adanya Paging dan Swapping itu, memori maya yang tidak digunakan akan disimpan ke dalam sebahagian cakera keras atau ke dalam satu fail dalam cakera untuk mendapatkan semula ruang kosong dalam memori maya yang aktif.

Disebabkan capaian cakera itu lebih perlahan berbanding RAM, prestasi PC anda menurun apabila terlalu banyak beban aplikasi diambil.

Oleh kerana itulah saiz RAM yang lebih besar diperlukan untuk memastikan PC beroperasi lebih laju walaupun beban tinggi ketika tiada Paging dan Swapping digunakan.

Jika PC anda memiliki kapasiti RAM yang rendah, anda boleh menambah Pagefile.

Perlu diingat tambahan itu tidak menjadikan PC beroperasi lebih laju, tapi cuma menambah keupayaan Swapping memori maya yang tidak aktif.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: