Hubung Dua Komputer Di Lokasi Berlainan

Cara mudah untuk berkongsi, pindah data di dua premis berbeza

SOALAN:

Saya mempunyai dua premis perniagaan, iaitu di Kota Bharu dan di daerah Machang, Kelantan.

Setiap satu premis dilengkapi dengan talian jalur lebar Internet Streamyx berkelajuan 1.0 Megabit sesaat.

Bagaimanakah cara yang paling mudah dan menjimatkan untuk menghubungkan kedua-dua premis terbabit bagi memudahkan kami berkongsi data atau memindahkan data di antaranya.

Contohnya seperti data aplikasi produktiviti termasuk Microsoft Word, Acces, Excell dan sebagainya.

Katalah premis di Kota Bharu ada menyimpan fail data di dalam pelayan (pelayan tidak khusus) maklumat pelangggan.

Sementara pegawai bertugas di Machang ingin menyemak data yang sama setiap hari tanpa perlu keupayaan menyunting atau boleh disunting ke atas fail yang sama.


JAWAPAN:

Ada beberapa cara untuk anda berkongsi maklumat di antara dua atau lebih rangkaian.

Antaranya, menggunakan pelayan web, versi kawalan seperti CVS atau sub versi atau FTP untuk berkongsi maklumat.

Anda boleh juga menggunakan khidmat e-mel untuk berkongsi maklumat, tapi cara ini kurang cekap dan tidak sesuai.

Cara terbaik berkongsi maklumat atau rangkaian ialah dengan kaedah Rangkaian Persendirian Maya (VPN).

Apakah VPN? VPN adalah cara komunikasi antara dua atau lebih rangkaian menggunakan internet sebagai laluan.

Apabila melaraskan VPN, anda sebenarnya menyediakan satu terowong (tunnel) yang selamat dari rangkaian atau komputer anda ke rangkaian atau komputer lain. Sila rujuk Rajah 1.

VPN boleh menghubungkan komputer ke komputer, komputer ke rangkaian atau rangkaian ke rangkaian.

Ada beberapa jenis VPN dan cara terowong dienkripkan, antaranya:

– VPN menggunakan keselamatan berprotokol Internet (IPSec);

– VPN menggunakan Lapisan Soket Selamat (SSL) untuk enkripsi terowong;

– VPN menggunakan Protokol Terowongan Lapisan Kedua (L2TP);

– VPN menggunakan Protokol Terowongan Point-ke-Point (PPTP);

Sebelum membuat pelarasan terowong VPN, anda perlu ada sistem rangkaian yang sempurna dan capaian ke Internet.

Bergantung kepada pelarasan VPN yang dipilih, kemungkinan besar anda akan memerlukan kekotak yang serasi dengan VPN.

Untuk pelarasan mudah, misalnya perhubungan antara komputer ke komputer, anda perlukan sistem operasi yang boleh bertindak sebagai pelayan atau pelanggan VPN.

OS Microsoft Windows 2000, XP, 2003 dan OS Linux boleh bertindak menjadi kedua-dua pelayan dan pelanggan. Bagaimanapun, pelaksanaannya mungkin berbeza bergantung kepada OS.

Untuk pelarasan yang lebih kompleks seperti rangkaian ke rangkaian, anda perlukan kekotak khas VPN.

Untuk diinisiasikan, anda boleh menggunakan beberapa jenis pengedaran Linux atau BSD, contohnya dalam bentuk Live CD termasuk Endian atau Gibraltar sebagai kekotak VPN.

Dalam kes anda, kita lihat penggunaan Windows XP sebagai pelayan dan pelanggan. Kita akan laraskan komputer di Machang boleh mencapai data di Kota Bharu.

Oleh itu komputer di Kota Bharu akan bertindak sebagai pelayan VPN dan komputer di Machang sebagai pelayan VPN.

Sebelum meneruskan langkah di bawah, pastikan anda sudah mencipta akaun pengguna yang boleh dihubungkan. Sebagai contoh, kita akan gunakan ‘VPN user ‘ sebagai akaun yang boleh dihubungkan.

Ikuti langkah berikut:

– Klik Control Panel > Network and Internet Connections

– Klik Create a new Connection

– Wizard akan dipaparkan. Klik Next

– Klik Setup an advanced connection, kemudian Next

– Klik Accept incoming connections kemudian Next

– Di paparan Devices for incoming Connections, klik Next tanpa apa-apa pilihan

– Klik Allow Virtual Private Network kemudian Next

– Tentukan pengguna yang dibenarkan untuk menghubungkan, Vpnuser, dan klik Next

– Dwi klik Internet Protocol (TCP/IP)

– Sediakan alamat IP untuk komputer di Kota Bharu dan Machang dan klik OK

– Klik Next

– Klik Finish

Selepas itu anda akan lihat ikon Incoming Connections di Network Connections.

Klik kanan Incoming Connections, pilih Properties, pilih tab Users, dan tandakan ‘Require all users to secure their passwords and data’ dan klik OK.

Untuk setup VPN client di komputer Machang, ikuti langkah berikut:

– Klik Control Panel > Network and Internet Connections

– Klik Create a new Connection

– Wizard akan dipaparkan. Klik Next

– Klik Connect to the network at my workplace kemudian klik Next

– Klik Virtual Private Network connection kemudian Next

– Berikan nama untuk penyambungan ini, contohnya “KB”, dan klik Next

– Sebelum VPN dapat diselaraskan, capaian ke internet perlu diwujudkan. Jika anda menggunakan PPPOE DIALER, anda perlu klik Automatically dial this connection. Jika menggunakan fungsi DSL modem, klik Do not dial initial connection

– Anda perlu masukkan alamat IP komputer di Kota Bharu.

Untuk memudahkan, gunakanlah khidmat Dynamic DNS, contohnya http://dyndns.org.

Dengan Dynamic DNS, anda boleh memetakan alamat IP kepada nama domain yang mudah untuk diingat.

Khidmat yang ditawarkan boleh digunakan untuk alamat IP yang dinamik atau statik.

Sesudah mendaftar dengan pembekal khidmat dinamik DNS, anda perlu memindah turun ‘client’ untuk mengemaskinikan alamat IP dengan nama domain yang dilanggani.

Untuk pemasalahan ini, kita akan berikan nama domain kb.mine.nu kepada komputer di Kota Bharu. Oleh itu masukkan kb.mine.nu di ruang berkenaan dan klik Finish.

Komputer di Machang bolehlah diselaraskan ke terowong VPNnya di Kota Bharu dan mencapai maklumat di komputer berkenaan.

– Klik Start > Settings > Network Connections

– klik kb

– isikan nama pengguna dan kata laluan, lalu klik Connect

Apabila terowong VPN sudah dibina, anda akan lihat ikon ‘KB’ di taskbar. Sekarang anda sudah boleh mencapai data di pelayan VPN di Kota Bharu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: