Menyekat Penggunaan Yahoo Messenger

SOALAN:

1. Bagaimanakah caranya untuk menyekat Yahoo! Messenger ( YM ) dari dilayari?

2. Apa perisian percuma yang boleh digunakan untuk memantau komputer peribadi (PC) pengguna lain di dalam rangkaian sama. Perisian itu juga hendaklah mampu mengetahui apa yang dilakukan oleh PC pengguna dan pentadbir boleh menyekatnya sebarang perlakuan tidak menentu?

3. Bagaimanakah caranya untuk menyekat laman web yang menggunakan winxp?


JAWAPAN:

Setiap sesi antara pengguna (client) dan pelayan di Internet, tidak mengira sama ada mereka berbual secara online (chatting), melunsuri laman-laman web dan sebagainya itu akan menggunakan protokol TCP/IP.

Untuk menghalang sesi terbabit, anda perlu mempunyai akses atas rangkaian dan juga jaringan keluar ke Internet.

Terdapat beberapa cara. Antaranya dengan menggunakan firewall dan proxy.

Biasanya Firewall diletakkan di antara rangkaian pengguna dan jaringan keluar ke Internet. Dengan itu, semua trafik mesti melalui firewall.

Anda boleh sediakan peraturan di peringkat firewall untuk menghalang pelayan Yahoo! Messenger.

Pelayan proxy pula berfungsi dengan menjadi orang tengah untuk pengguna mencapai Internet. Apabila pengguna mahu mencapai laman web, permintaan pengguna akan dihantar ke pelayan proxy, lalu menghantar permintaan itu, menunggu jawapan dari laman web, dan memulangkan jawapan kepada pengguna.

Dengan itu juga anda boleh menyekat permintaan ke pelayan Yahoo! Messenger dengan mewujudan peraturan berkenaan.

Namun begitu, terdapat banyak ‘client’ untuk Yahoo Messenger, termasuk client web seperti meebo.com. Anda harus ambil kira laman seperti meebo itu jika anda mahu menghalang 100 peratus.

Terdapat banyak jenis firewall dan pelayan proxy yang boleh dibeli.Terdapat juga firewall dan pelayan proxy percuma, selalunya dari Perisian Sumber Terbuka, yang boleh anda gunakan.

Anda boleh dapati Firewall dari pengedaran Linux dan *BSD yang boleh dibut dari CD, tanpa sebarang pemasangan di http://www.livecdlist.com/?pick=All&showonly=Firewall&sort=&sm=1

Kebanyakan pengedaran atau penyaluran dari laman web berkenaan juga boleh digunakan sebagai Pelayan Proxy.

Untuk memantau komputer lain di dalam rangkaian, anda boleh gunakan Virtual Network Computing (VNC).

Anda perlu memasang pelayan VNC di komputer yang hendak dipantau sebelum boleh menggunakan klien VNC.

Antara perisian VNC termasuk RealVNC yangboleh diperoleh di http://www.realvnc.com dan tightVnc http://www.tightvnc.com

Untuk menyekat laman web di Windows, anda perlu firewall atau pelayan proxy seperti dinyatakan di atas, atau memasang program yang boleh menyekat sesi antara Windows XP tersebut dengan pelayan.

Contohnya, anda boleh tambah peraturan di firewall yang dipasang secara ‘default’ pada Windows XP.

Terdapat juga Personal Firewall yang boleh digunakan dengan syarat seperti ZoneAlarm dan Lavasoft Personal Firewall.

Bagaimanapun, mungkin sukar bagi anda mengawal peraturan untuk firewall yang dipasang di komputer jika terdapat banyak komputer yang perlu dijaga.

Soalan anda ada kaitan dengan polisi penggunaan komputer. Sebelum anda menggunakan jawapan yang disiarkan, pastikan anda mendapat sokongan Jabatan berkaitan.

Jawapan ini juga boleh digunakan untuk rangkaian kecil di rumah (SOHO). Walau apa pun, cara terbaik ialah dengan pembelajaran dan ‘self censorship’.

Advertisements

Satu Respons

  1. assalamualaikum…
    saya ingin bertanya beberapa soalan..
    1- apakah unsur-unsur akidah islam yang mungkin terancam di dalam laman berbual(chatting)

    2-apakah unsur-unsur ideologi dan kepercayaan selain islam yang cuba disebarkan secara langsung atau tidak dalam laman chatting?

    3-apakah kesannya kepada akhlak dan jati diri di kalangan masyarakat?

    sekian terima kasih…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: