Hyosung GT650S

Hyosung GT650S Pecahkan monopoli Jepun

Jentera dua roda yang menguasai pasaran domestik Korea Selatan ini dihasilkan lebih praktikal, berkualiti, mudah tunggang dan harga yang kompetitif.


“KERANGKA motosikal ini dibina begitu stabil dan kukuh.”

MACAM pernah anda lihat bukan? Inilah model asal yang dijenamakan semula di bawah logo Naza Blade NBF650R. Model asalnya ialah Hyosung 650 dan ini pula adalah rangkaian baru motosikal jenama Korea ini, Hyosung GT650S keluaran tahun 2008.Seperti jenama kenderaan mereka seperti Kia, Hyundai, SsangYong dan Daewoo, Korea sudah bersedia untuk menggempur pasaran jentera dua roda dengan kualiti yang mampu menyebabkan pembuat dari Jepun terjaga daripada lena.Hyosung bukanlah sebuah syarikat yang baru, namun kepakaran dan pembangunan jentera dua roda mereka lebih kepada tumpuan pasaran domestik.

Diasaskan pada tahun 1978, Hyosung memulakan produksi pertama motosikal mereka dengan menggunakan motosikal Suzuki sebagai platform. Mengejutkan, dalam masa yang singkat, Hyosung menguasai pasaran domestik Korea Selatan dan sambutan hebat itu mendesak syarikat itu menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan mereka di Jepun. Hanya setahun selepasnya, Hyosung berjaya menghasilkan motosikal dengan rekaan mereka sendiri. Kini Hyosung berkembang pesat dengan memecahkan entiti monopoli pasaran motosikal Jepun.Mengambil kira faktor praktikaliti dan permintaan semasa, Hyosung berjaya menghasilkan motosikal yang berkualiti, mudah tunggang dan harga yang sangat kompetitif.Malah kebanyakan harga jualan motosikal ini sekitar 30 peratus lebih murah berbanding jenama Jepun dalam segmennya. Hyosung juga menumpukan pasaran motosikal skuter kecil kegunaan harian hingga ke kapasiti 650cc (setakat ini).


Bagi mendapatkan pasaran yang kukuh untuk menampung kos pembuatan, Hyosung telah bertindak berani dengan memperkenalkan motosikal mereka ke negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Australia dan United Kingdom.

Malah semenjak awal tahun 2000, Hyosung mula meneroka pasaran Eropah utara dalam memastikan produk mereka dikenali umum. Seperti nama-nama baru dalam industri automotif, mereka dipandang sinis ketika mula memasuki pasaran terbuka. Apatah lagi label buatan Asia yang didominasi jenama Jepun.

Bagaimanapun, berkat kerja keras dan kualiti yang dipertingkatkan, nama Hyosung mula diberi perhatian.

Sekali imbas, GT650S kelihatan saling tidak tumpah seperti Suzuki SV540. Malah Hyosung tanpa segan silu meminjam banyak ciri-ciri tipikal pada Suzuki.


Enjinnya juga hampir sama potensinya dengan Suzuki yang menampilkan kuasa puncak dari peringkat tengah (midrange) lagi. Putaran enjinnnya cukup lembut dalam keadaan bebas gear dan segera memecut bila diperlukan.

Kerangka motosikal ini dibina begitu stabil dan kukuh. Malah dengan kombinasi bentuk badan yang sasa, motosikal ini kelihatan lebih besar daripada sesaran sebenarnya. Begitupun, Hyosung berjanji bahawa ia mudah untuk dikendalikan.

Jentera ini dipasangkan dengan tayar Bridgestone BT56, tayar yang lebih daripada keupayaan keseluruhan motosikal ini. Bagi mendapatkan imej dan juga corak pengendalian yang jitu, GT650S ini dipasangkan dengan penyerap hentak USD (upside down) di hadapan dengan fungsi boleh laras sepenuhnya.


Bahagian belakang bagaimanapun tidak boleh dilaras, melainkan talaan ketinggian sahaja. Ciri ini mungkin satu kegagalan dalam kebanyakan rangkaian motosikal saingannya, namun ia memadai untuk penunggang harian.

Sekali lagi, motosikal ini dibina untuk harga jualan yang kompetitif, jadi beberapa faktor yang kurang penting telah diketepikan bagi mengurangkan kos binaan.

Sistem pemberhentian motosikal ini dipasang bersama brek cakera berkembar hadapan dan cakera tunggal belakang.

Brek-brek ini didakwa cukup responsif untuk mengekang kuasa enjin bila diperlukan.

Reka bentuk motosikal ini diakui unik. Penggunaan lampu utama 2 tingkat bukan sahaja menampilkan fungsi penglihatan yang lebih baik malah memudahkan jentera ini dikenal pasti di jalanan.

Panel instrumentasinya merupakan yang pertama di dunia menggunakan meter digital VFD (Vacuum Fluorescent Display) untuk paparan yang eksotik dan lain daripada yang lain.

Enjin V-Twin 29 kuasa kuda dan 50 paun/kaki tork menjanjikan tunggangan menyeronokkan. Sepasang karburetor Mikuni dilaras untuk memberi campuran bahan api terbaik, sebaik mungkin dengan sistem suntikan bahan api moden pada motosikal superbike hari ini.

“SEKALI imbas, GT650S kelihatan saling tidak tumpah seperti Suzuki SV540.”

Sekali lagi, faktor kos yang rendah menjadikan motosikal mampu dijual pada harga yang jauh lebih rendah daripada pesaingnya. Di UK GT650S dijual hampir RM5,000 lebih murah daripada Suzuki 650 dan RM7,000 lebih rendah daripada Kawasaki ER-6F.

Sebagai pemegang hak pemasangan Hyosung di Malaysia di bawah jenama Naza, model ini sudah tentu memeriahkan lagi suasana pasaran motosikal berkuasa tinggi tempatan. Hanya masa yang akan menentukan sama ada naked ini akan dibawa masuk atau sebaliknya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: