Penggunaan dua cakera keras dalam satu PC

Soalan:

Baru-baru ini saya telah membeli sebuah cakera keras yang baru. Masalahnya ialah saya ingin menggunakan kedua-dua cakera keras tersebut. Selain daripada itu saya juga ingin menyalinkan semua kandungan cakera keras yang lama ke dalam cakera keras yang baru, ini termasuklah perisian Windows dan aplikasi-aplikasi lain. Bagaimanakah caranya?

Jawapan:

Anda sebenarnya boleh mempunyai lebih daripada satu cakera keras pada komputer peribadi anda. Tetapi anda haruslah memastikan salah satu daripada cakera keras sebagai cakera keras kedua (slave).

Oleh kerana anda ingin menyalin kandungan cakera keras lama anda kepada yang baru, anda bolehlah menjadikan cakera keras baru anda sebagai cakera keras kedua yakni ‘slave’.

Caranya adalah dengan mencabut serta meletakkan pelompat (jumpers) pada aturan yang ditetapkan seperti yang tertera pada risalah teknikal yang dilekat pada bahagian atas cakera keras anda.

Jika tiada, mungkin anda bolehmerujuk kepada buku panduan yang didatangkan bersama dengan cakera keras tersebut. Biarpun ada pelbagai kaedah untuk menyalinkan kandungan cakera keras, cara paling mudah tentunya adalah dengan menggunakan arahan DOS iaitu XCOPY.

Anda boleh menggunakan arahan ini pada MS-DOS PROMPT. Cara untuk mendapat mod sedemikian ialah dengan mengklikkan bebutang START pada TASKBAR perisian Windows anda dan memilih pilihan PROGRAMS serta seterusnya pilihan bernama MS-DOS PROMPT. Langkah seterusnya pada mod MS-DOS PROMPT ialah taipkan arahan XCOPY C:\ D:\

Haruslah diingatkan bahawa biarpun adan telah menyalinkan perisian Windos ke dalam cakera keras baru anda, fail-fail sistem Windows XP seperti Registry tidaklah disalin. Oleh itu pastikan anda memasanng semula perisian Windows supaya fail-fail sistem yang kritikal dapat disalinkan kepada cakera keras baru anda tadi.

Sesudah itu jika anda ingin menjadikan cakera keras baru anda sebagai cakera keras utama (primary hard disk), ubahkan penetapan pelompat kepada penetapan sedia kalanya dan cakera keras lama anda sebagai cakera keras kedua (slave) dengan mengubahkan penetapan pelompatnya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: