Accent 1.6 meluncur senyap

CANTIK dan berkuasa… gambaran yang boleh dikatakan sebaik berpeluang memandu uji kenderaan sedan yang disasarkan kepada golongan muda yang mementingkan gaya moden dan bergaya.


Lebih berkuasa, menjimatkan

Hyundai Accent yang dilancarkan baru-baru ini, membawa nafas baru kepada peminat kenderaan yang sering kali ‘dihantui’ kenderaan buatan Jepun.

Walaupun Hyundai berasal dari Korea, syarikat pengeluar kenderaan terbabit langsung tidak berkompromi dengan kehendak semasa terutama dari segi kemasan, kuasa dan gaya.

Sebaik memasuki Accent 1.6 ini, rekaan ruang dalamannya sangat kemas dan tidak menyesakkan mata.

Bahagian dalamannya begitu bersih dengan padanan warna cerah dan gelap, kokpit terasa luas serta memberi keselesaan ketika pemanduan perjalanan ke tempat kerja atau jarak jauh.

Paling mengagumkan, permukaan plastik yang digunakan seolah-olah sama dengan bahan yang digunakan kereta mewah, jelas sukar diperoleh pada kenderaan Jepun sekelasnya.

Selain itu, salutan kerusi kulit, ruang letak audio dan tombol lain pada papan pemuka direka secara teliti, membolehkan Accent kelihatan ringkas tetapi bergaya.

Dari segi keluasan, Accent terbukti pilihan yang baik kerana bukan saja bahagian dalamnya lapang, malah ruang butnya begitu lebar, menjadikan penyediaan ruang yang optimum untuk barangan.

Ketika di kabin, ngauman enjin juga tidak begitu kedengaran. Tahniah kepada jurutera Hyundai yang ‘melenyapkan’ bunyi yang mengganggu keselesaan pemanduan.

Faktor itu turut dibantu enjin teknologi terkini CVVT yang sememangnya lebih senyap dan menjimatkan.

Dari aspek pemanduan, Accent terbaru ini mengalami banyak perubahan daripada model terdahulu.

Kuasa daripada enjin disalurkan dengan lancar dan mudah untuk menggerakkan kereta dari kedudukan pegun kepada kelajuan yang diinginkan, malah kelajuan seakan tidak terasa walaupun meter kelajuan sudah menghampiri 120 kilometer sejam.

Kemampuan di selekoh pada kelajuan agak tinggi selain penggunaan petrol yang menjimatkan serta pengendalian yang mudah, menjadikan model ini bakal bersaing dengan kereta keluaran lain yang sekelas dengannya.

Memandu Hyundai Accent hampir tiada beza dengan rasa memandu kereta Jepun, malah lebih baik lagi dari segi luaran, penjimatan minyak dan kuasa.

Accent ada pakej yang mungkin menarik minat anda untuk memilikinya. Ia hadir dalam dua varian, enjin 1.4 liter dan 1.6 liter.

Apa yang boleh diperkatakan, kesungguhan Hyundai membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menyaingi kenderaan buatan Jepun ternyata berbaloi melalui model Accent ini.

SPESIFIKASI

Hyundai Accent 1.6
Enjin: 4 sebaris DOHC CVVT 1.6 liter
Kuasa Maksimum: 112PS @ 6,000rpm
Tork Maksimum: 14.8 kgm @ 4,500rpm
Transmisi: 4 kelajuan automatik dengan Grade Logic
Harga: RM73,888 dengan insurans untuk 1.6 (A)

2 Respons

  1. salam…saya dah pakai kete accent ni hampir 2taun…setakat ni tiada masalah lagi..Alhamdulillah…untuk makluman puan atikah, kos servis, sparepart…sama mcm kete2 lain…xde beza pun…penggunaan minyak juga economical…xada beza dengan kete kenari saya yang mmg terbukti jimat…
    tp kalau puan bersabar sedikit, mayb dalam taun depan akan keluar model baru untuk accent…generasi seangkatan sonata yang latest ada dalam iklan tv.

  2. Pertama kali pandang kereta ni… saya dah jatuh hati.. memang hajat hati utk memiliki kereta ni..

    tapi saya sangat risau akan kos servis, spareparts.. terlalu banyak komen tak baik tentang kos maintenance.

    sesiapa berpengalaman boleh membantu?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: