CBR150R gaya Grand Prix

KEHADIRAN jentera Honda CBR150R di negara ini bukan sahaja dinantikan peminat motosikal, malah dianggap ‘buah tangan’ tanda penghargaan pengedar motosikal terbabit kepada pelanggan setianya.


Ciri hebat, janji kepuasan

Boon Siew Honda (Malaysia) yang bertanggungjawab membawa motosikal yang popular di Thailand itu adalah motosikal berciri perlumbaan yang dibina berdasarkan teknologi enjin empat lejang sejukan cecair.

Kemunculan CBR150R menjanjikan prestasi dan gaya yang sering dikaitkan dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi yang lebih berkuasa selain dilengkapi ciri teknologi terunggul dalam kelasnya.

Dengan enjin 150cc 4 lejang yang dilengkapi Aci Sesondol Atas Berkembar (DOHC) empat injap, CBR150R membuktikan kewibawaan Honda memberikan kepuasan menunggang secara maksimum kepada pelanggannya.

Model terbaru dalam siri CBR ini juga menjanjikan tahap keselesaan unggul dengan penggayaan ala ‘Super Sports’ dan ciri-ciri hebat untuk menyerlahkan keyakinan penunggang sepanjang perjalanan.

CBR150R boleh dikatakan motosikal berciri sport yang menawarkan teknologi prestasi sepenuhnya dengan penggayaan Grand Prix.

Ia ternyata motosikal prestasi tinggi dengan harga menawan yang menepati keperluan peminat motosikal yang inginkan lebih nilai untuk wang.

Model yang didatangkan dengan transmisi enam kelajuan klac manual menjanjikan prestasi serta kuasa kuda yang terpantas dalam kelasnya.

Selain itu, sistem injap terus yang mengasingkan dua injap dan dua lagi injap untuk salur ekzos memastikan kawalan lebih baik serta pengedaran udara masuk lebih praktikal.

Dilengkapi penyerap hentak tunggal (monoshock) yang responsif serta rangka Pentagon memperkukuhkan lagi tahap kestabilan ketika di jalan lurus atau tidak rata.

Reka bentuk lampu hadapan dan belakang yang menggabungkan empat lampu sekali gus dalam satu ruang memang hebat.

Reka bentuk panel meter juga diberi nafas baru apabila CBR150R ditawarkan dengan penunjuk kelajuan, rpm, bahan api, lampu dan suhu enjin mudah dibaca.

Paling menarik, sistem penyejukan cecair berkipas adalah yang pertama kali digunakan dan dikawal pengesan automatik bagi memastikan suhu enjin berada pada tahap sesuai dengan ciri pemanduan.

Selain keunggulan enjin dan prestasi, CBR150R turut dilengkapi ciri keselamatan seperti brek cakera depan dan belakang serta sistem kunci dengan penutup keselamatan.

Dengan harga RM10,363.17 termasuk insurans, penggemar motosikal ala ‘superbike’ berpeluang memilikinya untuk tunggangan seharian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: