Honda Stream sentiasa dinanti

Menang banyak anugerah
PELANCARAN model MPV Honda Stream serba baru oleh Honda Malaysia, baru-baru ini, memang dinanti-nantikan peminat jenama itu.

MPV yang memiliki reka bentuk lebih menawan itu bukan saja memiliki ruang dalaman selesa untuk tujuh penumpang tetapi turut dipertingkatkan prestasi enjinnya untuk memberikan kepuasan pemanduan.
Sejak pelancarannya pada September 2007, sebanyak 75,100 unit Honda Stream terbaru dijual di Jepun.

MPV ini turut meraih beberapa anugerah, antaranya Anugerah Kereta Jepun Terbaik-Nilai Terbaik, Kenderaan Rekreasi Terbaik (Car and Driver Magazine, Hong Kong), Kereta Terbaik 2006 – Hadiah Perak ( Car anda Driver magazine, Hong Kong) dan Sepuluh Kereta Terbaik 2006 (Automobile Magazine, Hong Kong).

Bagi mengujinya, Honda Malaysia mendaftarkan dua model Stream untuk dipandu ke Lumut, Perak, awal minggu lalu.

Stream terbaru yang memiliki reka bentuk lebih bergaya ini direka untuk mencapai konsep kenderaan pelbagai guna (MPV) yang memenuhi cita rasa dan permintaan pengguna muda yang sering berubah dalam abad ke-21 ini.

Ia menawarkan pakej prestasi, inovatif dari aspek keluasan dalaman, keselesaan dan kehalusan mutu bagi membezakannya dengan MPV saingannya di pasaran.

Generasi terbaru Honda Stream ini mengekalkan konsep MPV tujuh penumpang selain dua kelebihan terbaru iaitu pusat graviti direndahkan melalui reka bentuk lantai lebih rata bagi meningkatkan prestasi dan reka bentuk luaran dinamik.

Kedua-dua kelebihan itu mampu memberikan kepuasan dari aspek gaya dan prestasi tanpa mengabaikan fungsinya sebagai kenderaan keluarga yang praktikal.

Imej asalnya turut dipertingkatkan dari MPV konvensional kepada kenderaan serba guna serta sesuai untuk generasi muda yang menghargai keseronokan pemanduan.

Tubuhnya yang menawan dipadankan dengan enjin baru 1.8 liter i-VTEC yang berprestasi tinggi. Sepanjang perjalanan sebagai pemandu dan penumpang jentera ini sememangnya selesa dan prestasi enjinnya lancar terutamanya ketika memotong kenderaan.

Enjin empat silinder 16 Valve SOCH i-VTEC dengan kuasa 1,799 cc itu mampu melonjakkan kuasa maksimum 140PS(103kW) pada 6,300 rpm dan tork maksimum 174Nm(17.7kg-m) pada 4,300 rpm.

Pengendaliannya yang mantap seperti memandu sebuah sedan dibantu gabungan reka bentuk lantai rata, lengkap dengan sistem suspensi Macpherson Strut dan spring untuk pemanduan yang selesa.

Badannya yang menggunakan aloi berketegangan tinggi, kukuh dan ringan turut mengurangkan jumlah berat sebanyak 10 kg berbanding model sebelumnya.

Ketika melangkah masuk ke ruang kabin aspek dalaman yang selesa memperlihatkan kepekaan jurutera Honda menerapkan unsur kualiti dan ruang.

Bahagian tepi Stream turut diubah suai bagi menambahkan lebarnya sebanyak 20 mm bagi penumpang di barisan pertama dan kedua.

Penggunaan tangki minyak bersaiz kecil pula membantu merendahkan lantai kereta di bahagian penumpang ketiga sementara pengurangan keratan rentas bahagian belakang turut menambah keluasan dalamannya.

Honda Stream terbaru 1.8-liter i-VTEC ditawarkan dalam empat warna menarik iaitu Nighthawk Black Pearl, Premium White Pearl, Royal Blue Pearl dan Alabaster Silver Metallic. Harga atas jalan termasuk insurans ialah RM149,800.

Pandu Uji

Model: Honda Stream
Enjin: Empat silinder 16 Valve SOCH i-VTEC
Kuasa: 1,799 cc
Kuasa maksimum: 140PS(103kW)@6,300 rpm
Tork maksimum: 174Nm(17.7kg-m)@4,300 rpm
Transmisi: Automatik lima kelajuan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: