Keunggulan Porshe 911

PEMINAT dan pemilik kenderaan sport mewah, Porsche kini mampu tersenyum apabila kenderaan idaman ramai terutama model 911 dianugerahkan ‘Kereta Terbaik Dunia’ bagi kelas Cabriolet.

Pecut 100km/j dalam 3.7 saat

Anugerah itu diberikan selepas mengambil kira pendapat 95,000 pembaca jurnal ‘Auto Motor und Sport’ yang memilih Porsche 911 Cabriolet kenderaan terbaik mengatasi 49 model kenderaan Cabriolets, Roadster dan Spiders.
Porsche 911 memenangi hampir 37 kali sejak anugerah itu diperkenalkan pada 1977.

Kereta idaman dunia itu ini dilengkapi pengecas turbo berkembar, enjin boxer revolusi baru berkuasa 480 hp yang menggunakan gasoline bersama `variable turbine geometry’ (VTG), sistem termaju pemanduan empat roda yang mengagumkan.

Enjin turbo 911 mengeluarkan kuasa 480 hp pada 6,000 rpm, 60 hp lebih besar dari model sebelumnya selain sistem tork yang disokong sistem VTG.

Tork tertinggi dicapai pada 457 Nm dari 1,950 rpm hingga 5,000 rpm berbanding 2,700 rpm hingga 4,600 rpm pada 911 Turbo sebelum ini.

Porsche 911 turut ditawarkan dengan fungsi pilihan Sport Chrono Package yang boleh menambahkan lagi kuasa turbo sebanyak 2.9 psi, dengan tork setinggi 502 Nm.

Dengan enam kelajuan transmisi manual, ia boleh memecut ke 100 kmj dalam masa 3.7 saat dan kelajuan tertinggi 911 Turbo ialah 310 kmj.

Dengan anugerah itu, Porsche 911 berjaya menambah satu lagi koleksi anugerah selain memenangi anugerah ‘Autozeitung’, ‘Kereta Sport Terbaik’ dan dan ‘Kereta Cabriolet melebihi Euro 30,000 Terbaik’.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: