Mercedes-Benz paling laku


Mercedes-Benz merupakan peneraju utama di kalangan jenama automotif mewah premium di Asia Tenggara dan India dengan lebih 17,400 unit terjual tahun lepas daripada 14,200 unit pada 2006.

Jualan di Asia Tenggara mengembang sebanyak 23 peratus manakala di Malaysia 14 peratus.

Di Thailand, jualan meningkat 15 peratus, Indonesia (84 peratus), Vietnam (60), Singapura (22) dan India (13).

Daimler AG, yang mengeluarkan Mercedes-Benz dalam satu kenyataan semalam menyatakan jualan kereta itu dijangka meningkat dengan ketara sekali gus menyokong penerajuan pasaran kereta mewah itu di negara terbabit.

Model S-Class (gambar) terus kekal sebagai peneraju pasaran dalam segmen mewah utama manakala E-Class berjaya mengekalkan kedudukan kukuhnya.

Sementara itu C-Class bermula dengan begitu berjaya daripada pelancaran model barunya pada pertengahan 2007 dan terbukti amat kompetitif dalam segmennya, kata Naib Presiden yang bertanggungjawab bagi Daimler Eropah Tengah/Timur, Afrika dan Asia Tenggara Dr. Joachim Schmidt dalam kenyataan itu.

Dengan 279,650 kakitangan, Daimler mencapai pendapatan 151.6 bilion Euro atau kira-kira RM699 bilion pada 2006 dan menjual 4,748,500 unit seluruh dunia.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: