Navigasi GPS


Peta bergerak

Pengeluar kereta di negara maju menggunakan sistem ini sebagai sebahagian daripada peralatan OEM dalam kenderaan mereka.

“GPS merupakan teknologi yang memudahkan pengesanan lokasi berdasarkan titik longitud dan latitud seluruh dunia.”

SISTEM Pengesanan Global (GPS) adalah sistem pengesan gelombang mikro yang dibangunkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) menerusi sistem satelit.

GPS merupakan teknologi yang memudahkan pengesanan lokasi berdasarkan titik longitud dan latitud seluruh dunia yang diisyaratkan menerusi gelombang khas dengan alat pemancar dan penerima yang berinteraksi secara berterusan.

GPS navigasi adalah sebahagian daripada sistem pengesan satelit kedudukan global yang berkembang pesat dalam dunia automotif. Kebanyakan pengeluar kereta di negara maju menggunakan sistem ini sebagai sebahagian daripada peralatan OEM dalam kenderaan mereka.

JENIS-JENIS PENERIMA GPS:

* Unit bebas tangan. Unit ini biasanya dibina lebih kecil, bersaiz tapak tangan yang digunakan oleh mereka yang terlibat dalam aktiviti seperti penjelajahan hutan, offroad, mendaki gunung dan nelayan.

Peta yang didatangkan juga berbeza-beza bergantung kepada keperluan peralatan tersebut seperti peta topografi, peta marin, ataupun peta jalan/lebuh raya.

* Unit yang digunakan dalam industri automotif. Ia terdiri daripada unit kawalan luar/unit bebas tangan (portable) yang dipasang secara sekunder atau unit binaan dalam (seperti kebanyakan kereta re-cond model baru).

Bagi kebanyakan teknologi kini, unit luaran ini lebih cenderung digunakan. Ia lebih murah berbanding memasang sistem navigasi lengkap yang biasanya didatangkan dengan sistem audio 2DIN. Sistem bebas ini sama fungsinya dengan unit bebas tangan tadi. Cuma biasanya unit automotif didatangkan dengan saiz yang lebih besar dengan ciri-ciri skrin sesentuh.

Pakej belian juga biasanya didatangkan dengan pengecas kereta untuk punca kuasa dan juga unit pemegang yang dilekapkan terus pada cermin hadapan.

Terdapat pelbagai jenis dan jenama yang dijual di pasaran seperti Mynavi, Garmin, Holux, Trimble, Leica, Airis, Tomato Magellan dan Lowrance. Apa yang membezakan unit ini ialah jenis peta yang dibekalkan atau yang boleh dibaca oleh sistem tersebut.

Sistem navigasi GPS mempunyai pelbagai jenis peta yang ditawarkan oleh pembekal peta seperti Malsingmaps, MapKing, NAVTEQ, Mapsources dan banyak lagi. Setiap benua dan negara mempunyai peta yang dibekalkan dan dikemaskini oleh pembekal peta tersebut. Ia biasanya boleh dimuat turun menerusi pakej ataupun secara aftermarket.

Sebelum membeli sebarang GPS, pastikan jenis peta yang diberikan benar-benar tepat dan terkini, memandangkan sistem jalan raya yang kerap diubah. Unit automotif juga terdiri daripada unit binaan dalam. Unit ini biasanya merupakan pemasangan piawai untuk kereta-kereta Jepun dan negara-negara maju. Ia biasanya diintegrasikan bersama pemain audio kenderaan.

Namun kepincangan sistem dan aplikasi sistem yang berbeza menghalang penggunaan unit ini di jalan raya Malaysia. Ia perlu diubahsuai oleh mereka yang pakar ataupun diintegrasikan semula menerusi sistem luaran menggunakan kaedah pemasangan AV kedua. Ini bermakna sistem asal hanya akan berfungsi sebagai pemapar sahaja, ia menerima isyarat GPS dari GPS receiver luaran yang dipasang secara berasingan.

Sistem aftermarket dengan GPS binaan dalam kini sudah dijual di pasaran. Namun ia lebih mahal daripada unit portable kerana diintegrasikan bersama sistem audio. Untuk memudahkan pemahaman, unit ini biasanya kelihatan seperti pemain DVD dengan skrin sesentuh yang biasa dijual di kedai-kedai aksesori.

Cuma selain daripada memainkan DVD, radio dan kamera mengundur, ia juga mempunyai rangkaian yang dibekalkan dengan sistem navigasi. Selain sistem portable dan sistem binaan dalam, sistem audio asal kenderaan juga boleh dipasangkan dengan penerima GPS.

Sebagai contoh, anda mempunyai sistem audio DVD/VCD dalam kenderaan dengan monitor. Jadi terdapat beberapa jenama penerima GPS di pasaran yang boleh dipasangkan bersama monitor tersebut dengan saluran luaran. Ia berfungsi sama dengan unit automotif bina dalam, cuma ia menggunakan unit penerima luaran.

Sekali lagi, sebelum membeli unit-unit ini, pastikan jenis data peta yang digunakan dan siapa pengeluarnya. Pastikan mereka mempunyai peta yang dikemaskini dengan kerap dan mudah untuk dimuat turun. Selain daripada unit automotif ini, terdapat juga GPS Navigasi yang lebih moden seperti yang terkandung dalam telefon mudah alih dan alat bantu peribadi PDA. Namun begitu ia lebih kecil dan harganya juga lebih mahal berbanding unit portable.

Ia menggunakan perisian Windows Mobile atau Palm OS (berbanding unit portable yang biasanya menggunakan Windows Core) unit PDA/telefon mudah alih ini seperti yang dapat anda lihat dalam iklan Nokia siri N sebagai contoh.

Bagaimanapun terdapat jenama telefon mudah alih dengan GPS lain yang turut dijual, namun ia tidak dipromosi dengan meluas seperti Dopod, O2, Asus dan beberapa jenama lagi.


SISTEM navigasi GPS boleh diterjemahkan sebagai peta bergerak yang memudahkan kita mencari lokasi tujuan dengan mudah.”



FUNGSI GPS

Seperti yang diketahui umum, sistem navigasi GPS boleh diterjemahkan sebagai peta bergerak yang memudahkan kita mencari lokasi tujuan dengan mudah. Ia mengesan kedudukan semasa dan jarak perjalanan lokasi selepas data dimasukkan.

Dalam kebanyakan sistem navigasi moden dengan sistem chipset SIRFIII, ia turut memberi maklumat kelajuan, jarak perjalanan dan kadar masa yang diambil untuk tiba ke satu-satu destinasi.

Navigasi moden juga biasanya didatangkan dengan modul suara (voice navigation) yang memberi arahan suara kepada pemandu untuk menukar arah, membelok dan memasuki simpang atau tersalah jalan.

Kebanyakan unit moden juga didatangkan dengan skrin sesentuh dan bateri yang tahan sehingga lebih lima jam. Ini adalah antara ciri-ciri yang perlu diambil kira sebelum membeli sebarang unit GPS.

Selain memberi panduan jalan, kebanyakan GPS turut memberi panduan tempat-tempat menarik atau ditandakan sebagai POI (Point of Interest).



Pengeluar peta yang baik dan kerap dikemaskini akan memberi maklumat mengenai POI menerusi kepelbagaian kategori seperti hospital, stesen minyak, restoran, hotel dan sebagainya.

Kadangkala anda akan berhadapan dengan masalah mencari lokasi apabila menggunakan fungsi alamat (Adress) atau Jalan/Persimpangan (Interchange).

Ini berlaku kerana sesetengah data yang dimuat masuk oleh pembekal tidak sama dengan yang diterima dalam sistem. Ia boleh terjadi kerana komplikasi nama atau singkatan seperti huruf besar dan kecil, singkatan (Jln.- Jalan, Sg-Sungai), dan pelbagai lagi. POI boleh membantu anda untuk pencarian sekunder.

Apabila anda sudah bersedia untuk mendapatkan unit navigasi, buatlah pilihan yang tepat. Lakukan sedikit kajian mengenai jenama dan peta yang digunakan, kemudahan memuat turun, perkhidmatan selepas jualan, selain pakej yang disediakan.

Advertisements

2 Respons

  1. Thank you for your information. Keep good site.

  2. Numpang Promo Yaaa
    Buana Survey dealer resmi Garmin Indonesia, produk yang kami jual : GPS Automotive, GPS Autopilots, GPS Aviation, GPS Basic Handhelds, GPS Chartplotter, GPS Fishfinder, GPS Mapping, GPS Maps, GPS Marine, GPS Motorcycles, GPS Networking, GPS Portable, GPS Sounder, Garmin Mobile, Radar
    Hub kami di 021-7321129, 021-71458381, 021-71500714, 021-71601997. Website http://www.buanasurvey.net , email : csbuana03@yahoo.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: