Rush selasak pemilik

Rush selasak pemilik

PENGGEMAR aktiviti lasak kini tidak perlu lagi memikirkan kenderaan yang sesuai untuk membawa peralatan aktiviti lasak mereka apabila UMW Toyota memperkenalkan kenderaan sport utiliti (SUV) terbaru, Toyota Rush, baru-baru ini.


Luar comel, dalam luas

Ternyata, kenderaan itu amat bergaya dan elegan.

Dengan harga serendah RM85,888 dan ruang dalam yang luas, pemilik kenderaan ini boleh memuatkan pelbagai peralatan aktiviti lasak termasuk basikal atau papan luncur pada bahagian atas bumbung yang dilengkapi ‘roof rail’ sebagai ciri standard.

Menurut Pengarah Urusan UMW Toyota, Kuah Kock Heng, pihaknya mensasarkan kenderaan itu kepada golongan muda berjiwa lasak yang memerlukan kenderaan selasak pemiliknya.

“Saya yakin SUV terbaru ini mampu menarik permintaan menggalakkan dari Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak.

“Kehadiran SUV ini salah satu langkah syarikat untuk membawa masuk lebih banyak model bagi memenuhi keperluan pengguna masa kini,” katanya pada majlis pelancaran di Pusat servis Toyota 3S, Subang Jaya, Selangor.
Toyota Rush didatangkan dengan tiga varian dipasang sepenuhnya (CBU) dari Indonesia.

“Syarikat memahami kehendak pengguna yang inginkan kenderaan pada harga kompetitif dan kehadiran Rush mampu memenuhi impian peminat SUV.

“Selain pengenalan model pelbagai model terbaru di pasaran, Toyota turut komited memberikan khidmat lepas jualan kepada semua pelanggannya,” katanya.

USB terbaru yang seakan Toyota RAV4 itu dilengkapi beg udara pemandu dan penumpang, lampu hadapan projektor, ruang penghawa dingin untuk penumpang belakang dan barisan ketiga.

SUV terbaru ini ditawarkan dengan tujuh tempat duduk termasuk skirting hadapan, belakang dan sisi penghadang angin bumper hadapan dan belakang.

Ia dijana enjin 1,495 cc DOHC dengan VVTi dengan kuasa maksimum 80kW pada 6,000 rpm manakala tork maksimum adalah 141Nm pada 4,400 rpm.

Selain itu, Rush juga dilengkapi sistem brek anti-kekunci (ABS) yang dibantu Edaran Daya Brek Elektronik (EBD) sebagai ciri keselamatan tambahan ketika waktu kecemasan.

Harga atas jalan bagi model Toyota Rush 1.5G (M) ialah RM85,888, 1.5G (Auto) RM88,888 dan 1.5 Sport (Auto), RM94,888.

Toyota Rush ditawarkan dengan empat warna menarik iaitu ‘Black Mica’, ‘Champagne Mica Metallic’, ‘Blue Metallic’ dan ‘Silver Mica Metallic’.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: