Sedan mewah gaya Jepun

MEMANDU sebuah kereta mewah buatan Jepun sering ‘dipandang serong’ pemilik kenderaan mewah dari Eropah.


Suspensi mantap, pandu selesa

Justeru, bagi membuktikan jentera dari Asia mampu bersaing, Nissan memperkenalkan model sedan mewah, Teana, yang bakal mencabar keangkuhan pengeluar kenderaan Eropah.

Teana diperkenalkan pada 2003, berkongsi platform sama dengan Nissan Maxima dan Nissan Altima.

Bagaimanapun, jurutera Nissan menaik taraf bahagian dalaman Teana supaya lebih lebih mewah dan selesa.

Tahun lalu, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) membawa model itu untuk memberi saingan sedan mewah lain.

Pengalaman penulis memandu uji kenderaan mewah terbabit benar-benar mengujakan.

Walaupun tidak pernah merasai memandu uji model asal Teana sebelum ini, penulis yakin wajah terbaru ini lebih bersifat eksklusif dan mewah.

Kenderaan ini mempunyai sistem tiga memori tempat duduk pelarasan elektronik, kawalan penyaman udara berpusat, sistem audio bertenaga serta panel meter moden.

Kerusi bersalut kulit yang menghiasi dalaman Teana kelihatan kemas dan rekaannya begitu teliti serta selesa ketika memandu.

Konsep ruang dalaman jentera ini menggabungkan ruang moden dengan tema menenangkan, mesra pengguna dan memiliki nilai gaya hidup Jepun.

Penumpang di belakang tidak perlu berkongsi penghawa dingin kerana Teana dilengkapi sistem penyaman udara boleh laras.

Dengan papan pemuka kemasan kayu, jelas terpancar gaya kemewahan Teana selain susunan butang kawalan radio dan penghawa dingin amat kemas dan mudah dicapai.

Ruang but menyimpan barang juga amat luas.

Teana dijana enjin 2,349 cc 24 Valve Enam Silinder V dibantu oleh Nissan’s Continuously Variable-valve Timing Control (CVTC) yang menjimatkan minyak.

Enjin ini mampu menghamburkan kuasa maksimum 127kW (173ps) pada 6,000rpm dan tork maksimum 225Nm (23.0kg-m) pada 4,400rpm.

Mungkin ramai tidak mengetahui enjin yang dipadankan pada kenderaan ini menerima anugerah antara 10 enjin terbaik dunia yang dikeluarkan Ward’s Auto World’s selama 11 tahun berturut-turut.

Tidak hairanlah daya pecutan di lebuh raya dan jalan biasa tidak mengecewakan.

Mengambil selekoh dan laluan tidak rata sungguh menyeronokkan kerana dibantu sistem suspensinya yang mantap.

Kestabilan jentera ini diperkukuhkan lagi dengan sokongan sistem keselamatan aktif dan pasif kereta ini seperti ABS, ESP termasuk enam beg udara.

Penggunaan lampu brek LED menambahkan ciri terkini selain lampu jenis HID di bahagian hadapan memberi pandangan yang jelas pada waktu malam.

Nissan Teana juga dilengkapi teknologi sistem pengubah suai cahaya lampu hadapan (AFS) di mana lampu tambahan akan berfungsi ketika stereng dipusing atau membelok.

Teana dipadankan dengan ekzos berkembar bersalut krom.

Dengan harga RM230,000 termasuk insurans, Teana bukan sahaja berbaloi malah lebih baik berbanding sesetengah kenderaan mewah dari Eropah.

Spesifikasi

Model: Nissan Teana 230JS
Enjin: Enam silinder V6, 2,394 cc
Kuasa Maksimum: 170hp@6,000 rpm
Tork Maksimum: 225Nm@4,400rpm
Transmisi: Automatik empat kelajuan
Ciri Keselamatan: ABS, EBD, VDC, AFS, enam beg udara.
Harga: RM230,000 (termasuk insurans)

Tayar yang dicadangkan:
ContiTouringContact CT95
Saiz tayar: P205/65/R16 94T

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: