Suzuki Boulevard M109R


Suzuki Boulevard M109R
– Santai dan rileks

Jentera dua roda yang dicipta sesuai dengan selera Amerika ini cukup ideal bagi pemanduan jauh di lebuh raya.

Negara yang melahirkan budaya menunggang Harley Davidson, Amerika Syarikat (AS), begitu berpengaruh dalam menentukan pasaran dan corak automotif semasa.


SUZUKI Boulevard M109R menepati selera besar penunggang motosikal di Amerika.

Namun, AS juga merupakan antara negara yang berminat dengan jentera Suzuki. Selain Hayabusa dan GSX-R yang diperkenalkan dengan pelbagai versi dan edisi di AS, Suzuki juga mempunyai pengaruh terhadap motosikal cruiser/easy rider.Tetapi berbeza dengan pasaran di negara lain, penggemar jentera AS cenderung untuk memaksa pengeluar memenuhi cita rasa selera mereka.

EASY Rider untuk pelbagai perjalanan.

Boulevard adalah salah satu contoh mudah, bagaimana budaya AS berjaya ‘memujuk’ pengeluar luar membina motosikal khas untuk mereka. Maksudnya, motosikal yang dibina berdasarkan selera pasaran semasa AS dan kemudiannya diperkenalkan di seluruh dunia.

Suzuki Boulevard M109R adalah salah sebuah motosikal yang dicipta untuk pemanduan santai, perjalanan jauh yang rileks. Jadi, bagi sebuah negara yang lebuh rayanya boleh menjangkau ribuan kilometer, maka easy rider adalah jentera dua roda yang ideal. Diperkenalkan bagi rangkaian 2008, model M109R ini sekali lagi memberi pilihan pada penggemar easy rider seluruh dunia.

Seperti gahnya produksi massa motosikal Suzuki, mereka mencipta cruiser ini untuk setiap jenis minat tunggangan. Suzuki sememangnya mempunyai kepakaran tinggi dalam menghasilkan motosikal yang stabil dengan pengendalian yang sukar ditandingi. Konsep baru Boulevard ini dikatakan mempunyai sentuhan kuasa datar yang panjang dan pengendaliannya sehebat GSX-R siri K.

Dipasangkan dengan enjin 1783cc, empat injap setiap silinder, berkedudukan 54 darjah, sejukan cecair, suntikan bahan api dan bentangan V-Twin. Ia direka dengan pakej untuk respons pendikit yang jitu dan pecutan yang pantas.

Enjin ini dibina di atas platform kebuk gerek 112mm dan lejang 90.5 mm. Dipasangkan dengan omboh aluminium tempa dengan skirt yang pendek dan rod penyambung buatan kromoli, ia mempamerkan sesuatu yang luar biasa pada sebuah motosikal produksi komersial.

ENJIN V-Twin bersesaran 1,783cc.

Lazimnya, penggunaan peralatan sebegini hanya digunakan pada peralatan aftermarket kerana kosnya yang tinggi.

Setiap gerek omboh ini juga dilapik dengan salutan istimewa SCEM (Suzuki Composite Electrochemical Material) yang memastikan edaran haba panas yang efisien, pergerakan omboh yang tegar dan mengurangkan berat keseluruhan.

Sistem pelincirannya pula menggunakan teknik dry sump menerusi sistem SASS (Suzuki Advanced Sump System) yang mengurangkan ketinggian keseluruhan enjin, merendahkan posisi crankshaft dan memperbaiki titik graviti menjadi lebih rendah.

Kombinasi bijak ini digabungkan dengan sistem penyampaian bahan api Suzuki Dual Throttle Valve System (SDTV). SDTV adalah salah satu daripada beberapa sistem suntikan di dunia yang menggunakan dua badan pendikit bersaiz 56 mm.

Ia mampu mengekalkan campuran bahan api dengan tepat bagi mendapatkan kuasa lancar untuk pusingan enjin rendah ke sederhana.

Sistem ini walaupun kelihatan rumit kerana kelihatan payah untuk menalanya, Suzuki telah bersedia kali ini dengan memperbaharui sistem Idle Speed Control (ISC) untuk memastikan enjin ini senang dihidupkan ketika sejuk dan menstabilkan tahap melahu enjin pada apa juga keadaan.

LAMPU hadapan yang memberi sinaran terang.

Ciri khas lain yang diperbaharui pada model 2008 ini termasuklah sistem intake baru berkapasiti 9.5 liter yang digandingkan dengan elemen penapis udara baru. Enjin ini menggunakan sepasang palam pencucuh bagi setiap silinder yang dikawal oleh komputer 32 bit untuk melancarkan sistem pembakaran.

Bagi pengawalan gas karbon monoksida pula, motosikal ini dipadankan dengan sistem saluran 2-1-2 keluli tahan karat yang dikromkan, dilengkapi dengan SET (Suzuki Exhaust Tuning) kawalan digital untuk kuasa maksimum dan mengalunkan irama V-Twin yang mengasyikkan.

Kerangka motosikal ini dibina berasaskan satu set keluli berkembar yang direka untuk menampung enjin dan penungang pada tahap minimum. Ia seterusnya diterjemahkan dengan sistem pengendalian jitu dengan talaan yang rumit dan gabungan aspek lain.

Ia termasuklah roda aluminium berukuran 18 darab 3.3 inci di hadapan dan 18 darab 8.5 di belakang. Roda belakangnya menggunakan jenama Dunlop bersaiz 240 yang mana lebih besar daripada saiz tayar kereta FF (Front engine-Front Drive) yang digunakan untuk pasaran komersial hari ini.

RODA aluminium bersaiz 18 inci.

Sistem breknya menampilkan angkup empat pot di hadapan yang dipasangkan pada cakera rotor 310mm. Sistem brek belakangnya pula didatangkan dengan omboh berkembar dengan kaliper bersaiz 275mm.

Reka bentuk sememang mengagumkan apabila berbicara tentang motosikal ini. Dengan rekaan tangki 5.1 gelen, ia disempurnakan lagi menerusi posisi pelana rendah dan penghadang radiator yang sangat menarik.

Pada bahagian bar hendalnya, dipasang takometer digital dan indikator LED yang memaparkan imej menarik, lebih hampir kepada penunggang di bahagian tangki.

Ia turut memberi maklumat bacaan kelajuan analog, odometer LCD, trip meter berkembar, meter bahan api dan jam.

MODEL ini memiiliki bentuk fizikal yang cukup maskulin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: