BMW K1200S – Dari lebuh raya ke litar


Strategi talaan baru BMW K1200S benar-benar memperbaharui imej BMW dalam menghasilkan sebuah motosikal daripada santai kepada imej perlumbaan.


JENTERA sport touring siri K ini mampu memecut dari titik kosong ke 60 bsj dalam tempoh 2.8 saat sahaja.

BMW mungkin terkenal dengan teknologi pembuatan kereta. Namun, syarikat ini juga mempunyai kepakaran tinggi dalam teknologi pembinaan motosikal, khasnya jenis touring. Seperti mana Mercedes yang berjaya dengan kenderaan komersial seperti lori dan bas, BMW mempunyai keistimewaan, dikenali dengan penghasilan tipikal motosikal berkuasa tinggi.

BMW Motorrad, syarikat subsidiari BMW ini pada peringkat awalnya merupakan pembuat enjin pesawat ketika Perang Dunia Pertama.

Motosikal pertama mereka hanya lahir pada tahun 1923 yang diberi nama R32. Sehingga kini, mereka merupakan antara pengeluar motosikal yang masih unggul dengan ciptaan dan teknologi merentas zaman. Enjin empat silinder sebaris dan konfigurasi enjin susunan boxer yang popular itu antara identiti BMW yang dapat dilihat jelas pada motosikal rekaan mereka.

Siri K merupakan antara rangkaian motosikal popular daripada kalangan jenama BMW. Tidak hairanlah, ia antara model touring yang masih disimpan oleh peminatnya dari seluruh dunia.

Semenjak diperkenalkan lebih sedekad yang lalu, motosikal Siri K (termasuk R dan G) ini menjadi amat popular, hampir sama popularnya dengan BMW 3 Series.

Model ini lazimnya dikenali sebagai sebuah jentera touring atau Dual Purpose di kalangan penggemar motosikal. Pada 2005, BMW telah mengambil keputusan untuk terjun ke arena sportbike dengan memperkenalkan model Sport touring siri K yang dikenali sebagai K1200S.

Menggunakan konfigurasi hampir sama dengan versi touring, model sports ini dibina atas dasar dan permintaan semasa bagi pasaran dalam segmen tersebut.

Sesuai dengan segmen pasaran barunya, enjin K1200S ini telah ditala untuk memberikan helaan kuasa yang jauh lebih buas. Ia mampu memecut dari kosong hingga 60 bsj dalam masa hanya 2.8 saat.

Ia adalah hasil janaan enjin legenda empat silinder sebaris siri K dengan gerek lejang bersaiz 79mm X 59mm, menghasilkan sesaran 1157cc secara keseluruhan.

Menghasilkan 167 kuasa kuda pada 10250 rpm dan 96 paun/kaki tork seawal 8250, strategi talaan baru ini benar-benar memperbaharui imej BMW dalam menghasilkan sebuah motosikal daripada santai kepada imej perlumbaan.

Teknologi yang dicurahkan kepada jentera bukannya sedikit. Sistem penyampaian bahan apinya dikawal menggunakan kotak kawalan komputer BMS K, iaitu ECU rekaan BMW sendiri.

Sistem sejukan enjinnya terdiri daripada radiator satu lapisan dengan campuran anti beku untuk kepelbagaian cuaca. Kotak gear jentera ini pula dipasangkan dengan transmisi enam kelajuan dengan klac berukuran 151 mm pelbagai lapisan cakera.

Membina sebuah enjin untuk motosikal adalah tidak semudah mereka set kerangka yang sesuai untuknya. Graviti selalunya menjadi penghalang dalam mengurangkan kos dan memastikan kenderaan selamat ditunggang.

Kerangka BMW ini jelas premium jika dilihat pada spesifikasinya. Dibina di atas kerangka aluminium komposit yang kukuh untuk menampung berat enjin dan trail lengan ayun belakang. Sistem gantungan hadapannya terdiri daripada suspensi BMW Dualover dengan jarak kelegaan 4.5 inci sementara bahagian belakangnya menggunakan suspensi BMW EVO paralever pada kelegaan 5.3 inci.

Keselamatan tunggangan sport touring ini juga dibantu oleh sistem brek yang direka BMW sendiri.

Pada kebanyakan keadaan pengeluar moden hari ini, rata-rata pengilang menggunakan teknologi pihak ketiga dalam mengadaptasi kepakaran brek, suspensi dan sistem suntikan. Namun, kepakaran BMW amat jelas dalam membina semuanya secara in house.

Brek BMW Evo ini terdiri daripada cakera berkembar dengan empat omboh di hadapan dan cakera tunggal dengan sepasang angkup di belakang.

Berbeza dengan versi touring, model sport ini dipasangkan dengan tayar ‘jalanan’ dengan saiz roda 17 inci dipilih untuk bahagian hadapan dan belakangnya. Di hadapan, roda aloi tempa bersaiz 17 X 3.50/tayar 120/70 digunakan sementara di belakang ialah 17 X 6 dengan tayar 190/50.

Motosikal ini bukan sahaja dilihat sebagai limpahan teknologi terbaik daripada pembuat motosikal Jerman, malah ia turut memiliki karakter tersendiri dalam menjadikannya sentuhan Eropah pada kosmetiknya.

Dengan menutup keseluruhan bahagian enjin dengan fairing penuh, BMW ini kelihatan sebuah model yang datang dari dunia yang berlainan.

Rekaan kontur badan dan tempat duduknya direka simetrikal untuk mengadapatasi hasil akhir sebuah jendera yang kelihatan pantas, walaupun ketika tidak bergerak.


DIBINA atas kerangka aluminium komposit yang terbukti kekukuhannya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: